Bukan senang hendak menukar kebiasaan yang sudah bertahun-tahun. Sejak kenal dapur, aku sudah pun mengguna pencuci pinggan seperti Axion, Senang, Kuat dan seumpamanya. Mudah. Dengan sekali colek menggunakan serat pengelap, pinggan dapat dibersihkan hingga ber'ciut'.
Tapi akhir-akhir aku cuba untuk membuat anjakan. Bukan anjakan paradigma tetapi anjakan kebiasaan. Aku seboleh-bolehnya mahu menggunakan produk keluaran syarikat Islam seperti HPA.
Tapi akhir-akhir aku cuba untuk membuat anjakan. Bukan anjakan paradigma tetapi anjakan kebiasaan. Aku seboleh-bolehnya mahu menggunakan produk keluaran syarikat Islam seperti HPA.
Aku pun cuba beli pencuci pinggan WIDURI. Heh.. heh.. renyah sikit bila guna pencuci ini. Kena sediakan bekas asing. Picitkan secukupnya sabun cairan pencuci dan tuangkan air secukupnya. Perlu buat begini setiap 2 kali seminggu untuk dapatkan kebersihan yang optimum.
Walaupun renyah tetapi aku rasa puas kerana menjadi salah seorang pengguna produk orang kita sendiri. Rasa yakin dengan kebersihan dan kesuciannya. Juga rasa berbaloi wang yang dikeluarkan. Rasa ukhuwwah itu lebih akrab dengan saudara seagama sendiri.
Walaupun renyah tetapi aku rasa puas kerana menjadi salah seorang pengguna produk orang kita sendiri. Rasa yakin dengan kebersihan dan kesuciannya. Juga rasa berbaloi wang yang dikeluarkan. Rasa ukhuwwah itu lebih akrab dengan saudara seagama sendiri.
15 ulasan:
teringat dulu2 produk keluaran zaitun....
terbaru dari saya : manjakan diri
Salam IM..
Tahniah.. semoga ramai yang mengikut jejak langkah IM. :)
salam IM...akak dah lama menggunakannya.
Tahniah Im..semoga terus menjadi suami, ayah dan suri rumah yang ikhlas dan redha..
baru nak mula guna produk ni sebab dah ada outletnya di sini..
salam. belum cuba lagi sebab kat tesco tak ada hehe..
salam IM
" Bukan senang nak jadi suri rumah tangga rupanya. " Dah tau tak pe.... he..he
saya main guna je apa yg ada kat dapur..hahaha...klo dah abes,main beli je..nak murah jew~hehehe
Artikel best:Semua kerana kawan baik!
pada yang belum bertukar ke produk islami, tukar la sekarang. pada yang sedang guna... syabas.
kalian memang seorang ekstrimis!
Assalamualaikum Im
Salam Ukhwah
salam perkenalan
usaha IM mengukut sunah Nabi
taniah
Syukur
Wassalam
Ikut sekadar termampu sebab dunia sekarang banyak sangat yang tak ikut sunnah.
Pasal tu serba-serbi punah ranah....
Salam IM,
masih menggunakan keluaran yang IM guna dulu.
InsyaAllah.
Pertama kali dengar ada produk ni di pasaran.
Aslmkm.
Memang baik jika barangnya suci & bermutu kan?
Syabas... memang kita patut sokong produk keluaran Islam.. selain dr aspek kebersihan, kita juga membantu untuk menjana ekonomi umat Islam itu sendiri...
Marilah kita bersama2 membantu produk Islam bukan produk Melayu.. hihihi...
Kita perlu bina generasi yg berakal sains tp ikut sunnah. Research perlu tekal untuk produk berkualiti, baru boleh bersaing.
Catat Ulasan