BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Julai 10, 2010

Sahabat Sejati

Jarang aku ini pergi ke klinik semata-mata hendak mengambil ubat. Selalunya aku akan menunggu hingga masuk ke hari bekerja, baru aku ke klinik semata-mata ehem.. untuk dapatkan MC. Kemudian ubat itu akan terletak di atas meja tidak berusik.

Tapi semalam, tidak begitu. Jam 4 petang aku mula terasa seram sejuk, sakit kepala, sakit badan serta beberapa kali ke tandas.

"Sat g malam kita pi klinik, ya!" beritahu aku kepada ibu_suri.

"Tapi badan u tak panas pun!" sambil ibu_suri meletakkan belakang tangannya ke tengkukku.

"Baru nak mula ni."

Jika aku demam dan asyik terbaring, aku pasti tidak dapat melayani ibu_suri dengan sebaiknya. Bimbang juga aku kalau ibu_suri merengek seperti selalu sedangkan aku dengan sakit kepala dan sakit badan, akan ada 2 masalah pula.

Betul juga nasihat dari sahabat-sahabatku sebelum ini.

"IM kena jaga kesihatan. Kalau IM sakit, bukan saja IM yang susah, ibu_suri juga akan susah."

Aku tiba-tiba teringat mutiara kata ini yang aku selalu guna semasa menulis surat kepada sahabat;

"Sahabat yang ramai umpama butir-butir pasir di pantai. Sahabat yang sejati umpama mutiara di celah-celah pasir itu."

Layakkah aku menjadi mutiara di celah pepasir itu?

9 ulasan:

Bearcat berkata...

Semoga cepat sembuh. Ubat untuk dimakan, bukan sebagai perhiasan dalam peti sejuk hehe.

ahmad humairi berkata...

salam,

Kalau Tuhan kata "Ya" tiada siapa berupaya menafikannya.

ibuintan berkata...

sakit pening ujian Tuhan, kita digalakkan mencari penawarnya, ubatnya harus dimakan bukan untuk ditonton..
moga cepat sembuh, tentu ibu-suri pun risau

al-lavendari berkata...

IM memang telah pun menjadi mutiara kepada ibusurinya selama ini!

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam IM,

Dapatkan rehat secukupnya. Ubat pula jangan lupa dimakan/minum.

hentian berkata...

hari ini seharian IM baring. ibu_suri yang merengek sebelah IM pun IM cuma layan tak layan je.

kesian kat ibu_suri. tapi kena kesian kat IM dulu la nampaknya..he..he..

Acik Erna berkata...

IM..semoga sehat kembali..untuk meneruskan tugas dan menjaga ibu suri..

iBu...gUru berkata...

salam IM
dalam keadaan tertentu dalam sesuatu komuniti kadang2 tak perlu kawan yang ramai ........... biar sedikit tak apa, asalkan saling mengerti dan tidak hipokrit serta bermuka-muka didepan kita .......... bila dibelakang tikaman bertubi-tubi. masalahnya sukar untuk kita mengetahui siapakah yang memiliki mutiara untuk dijadikan sahabat dan sebelum itu pastikan diri kita dahulu yang memiliki mutiara sejati....

hentian berkata...

buat masa ini, kengkawan IM baik-baik adanya. belum ada lahi yang tikam dari belakang.

dan IM harap pun kawan seperti itu tidak ada di keliling IM.