BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, Jun 30, 2010

Nak Salahkan Bola?

Letih aku putar-putar bawa ibu_suri yang asalnya kepingin makan di Restoran Hidayah, Seberang Jaya. Aleh-aleh mak aii.. punyalah ramai manusia duduk keliling tv. Fenomena yang aku dah lama tak lihat.

Tak tahu nak salahkan siapa. Bola ke? Musim bola ke? Peminat bola ke atau taukeh Restoran Nasi Kandar yang baik sangat letak tv besar-besar depan restoran tu sampaikan aku nak masuk pun dah rasa macam kera sumbang.

"Nak makan kat mana?" ibu_suri mula ngomel. Fening agaknya asyik pusing sana sini sejak tadi.

"Kita pergi kat Haris Tomyam, Padang Lalang aje la ya... Nasi goreng ikan masinnya best jugak."

"Habis.. nanti kalau ramai orang acam ni?"

Ya tak ya... nanti buat habis minyak je pi sana. Bukan dekat pulak tu.

"Angah, ayah ada masalah la. Nak minta pandangan." Aku secara santai menalipon Angah setelah mati akal hendak makan di mana dengan ibu_suri. Kalau aku seorang sahaja tidak ada masalah. Tapi ibu_suri ni choosy sikit. Kalau ramai orang dia tak mahu.

"Bungkus aje la ayah. Makan kat rumah."

"Waa... Good idea. Thank you."

Haah... Tak terfikir pula aku tadi. Issyyyy....

Aku bukan minat sangat bola ni macam depa nu. Sanggup tertonggok depan tv restoran berjam-jam. Kalau duduk kat rumah baca Harakah kan bagus. Atau paling tidak tulis blog macam aku ni.

Seorang kawanku semalam nampak macam mamun di tempat kerja pasal tak cukup tidur tengok bola.

"Z, u pi tidur di library nantilah bila time rihat sat lagi. I tengok you dah macam ayam berak kapor je..."

Kekadang kesian aku tengok kawan aku ni. Sanggup bersekang mata tengok bola dari bersekang mata untuk solat malam!



kalau wanita seksi jadi pasukan sorak team bola England, hamba-hamba Allah ni jadi pasukan sorak team Jepun agaknya, ya!

Selasa, Jun 29, 2010

Susahnya Menjadi Aku!

Kemurungan ibu_suri semakin memuncak bermula sebulan lalu sekembalinya dari menziarahi pengkebumian bapa saudaranya di Bidor.

Semalam, setelah puas memujuk akhirnya dia mahu ke Air Itam untuk melihat emak dan abahnya yang juga sudah sebulan tidak dikunjungi. Emaknya terkejut melihatkan wajah ibu suri yang monyok dan lansung tidak berseri. Duduk seperti patung di hadapan tv dengan pandangan lurus ke hadapan. Sesekali mengalirkan airmata dan bertanya soalan yang sama; bila I boleh sembuh?

Ramai orang tidak mengetahui perkembangan terkini ibu_suri. Jika mereka tahu pasti mereka juga akan terkejut. Seperti diduga harapan untuk melihat rakan-rakan atau saudara maranya datang menziarahi cuma tinggal sekadar harapan.

Saban tengahari ibu_suri pasti menalipon aku di lokasi kerja menyuruh aku balik kerana dia rasa takut tinggal bersaorangan di rumah. Hendak tinggalkan dia di rumah kakak atau adiknya dia tak mahu.

"I tak nak susahkan depa.." gitu alasannya.

Sewaktu keluar makan di Kepala Batas tadi, aku singgah di CIMB Kompleks Kailan hendak membayar pinjaman. Semasa aku tercari-cari no akaun di dalam beg belakang kereta, ibu_suri seperti merampus;

"Cepat laa..... Apa yang dok cari tu..."

Dan entah kenapa aku tiba-tiba...gedeganggg...pintu jadi mangsa melepas geram. Aku masuk ke dalam kereta dan terus menekan gear undur..

"Kenapa u ni?" soalan yang menambah sakit. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku tadi lagaknya.

Aku cuba cool down kerana aku tahu aku sedang berhadapan dengan insan yang separa normal. Yang kalau tidak dijaga sebaiknya akan menyusahkan bukan orang lain...... akuuuu jugaaa....

Siapa lagi yang ada dan akan menjaganya kalau tidak aku. Dan tegakah aku untuk tidak menjaganya? Ibarat daging walaupun udah lama, dicicah dimakan jua.

Inilah susahnya menjadi orang seperti aku. Terlalu tidak sampai hati untuk menidakkan orang lain. Ahhhhh......

Sabtu, Jun 26, 2010

Pintu Syurga

Aku tetiba di datangi sms dari adik perempuanku di kampung. Suspen juga bila dapat call atau sms dari kampung ni.

" Assalamualaikum, Yop! Apa khabarnya Yong? Uya doakan agar semuanya bertambah baik. Yop sendiri, jaga diri ya! "

Aku pun balas sms sambil berjalan masuk ke lokasi kerja;

" Yop kira ok la. Selalu fikir yang positif dan banyak pasrah! "

Dan senyum panjang bila membaca sms jawapan balasnya;

" Bangga le Uya dapat Yop macam ni... "

Entahlah! Sebenarnya aku meneruskan hidup ini dengan cara aku sendiri je. Kekadang aku merasakan seperti ntah apa-apa sahaja aku ini. Kehidupan yang aku angan-angankan sedari dahulu tidak tercapai lansung. Sebaliknya aku terpaksa menungkah gelombang dan badai yang tidak pernah terfikirkan oleh aku sebelum ini.

Gimapun, seperti jawapan smsku tadi, aku tempuhi semua ini dengan penuh kepasrahan dan cuba memiliki fikiran yang positif.

Kata orang, kalau nak umur panjang kena selalu berfikiran positif. Kalau nak awet muda kena selalu senyum. Kalau nak masuk Syurga kena banyak beramal dengan penuh keikhlasan.

Ye ke? Ehemm...



Uya telah diamanahkan oleh keluargaku untuk menjaga mak yang lumpuh separuh badan. Dan aku pernah berkata kepadanya;

" Kamu beruntung kerana dapat jaga mak. Jika ditambah dengan ketaatan kamu kepada suami dan Allah, Yop percaya pintu Syurga terbuka luas untuk kamu! "

Khamis, Jun 24, 2010

Dunia.. Dunia..

Aku pernah terbaca mutiara kata ini:

' Jangan jadi seperti lalat. Bilamana hinggap di belakang Tuan Puteri hanya kekotoran jua yang dicari. Jadilah seperti lebah yang hinggap di sampah. Yang dicarinya tetaplah madu. '

Tapi, di sepanjang yang aku lihat dan perhati bukan mudah kita hendak menghadamkan falsafah ini ke dalam hidup dan muamalah seharian kita. Sebaliknya kita tetap akan bersikap seperti lalat yang mencari kudis dan tidak pula menjadi lebah yang mencari madu.

Kekadang mulut kita berkata kita bersikap terbuka dan menerima kritikan dari orang lain akan tetapi bila kita dikritik, melenting-lenting pula adanya.

Bercakap hebat seolah-olahnya kita tahu serba serbi. Lebih buruk ialah dalam masa yang sama kita merendah-rendahkan pula kelemahan orang lain. Sebenarnya orang lain itu memerlukan dokongan kita; bukannya lecehan.

Bak kata Husin lempoyang;

" Dunia...dunia... Berniaga orang lebih baik dari berniaga unta. "

Sesekali fikir, banyak betulnya kata-kata si Husin tu!

WOW.....!

Selasa, Jun 22, 2010

Biar Lebih Kuah...

Aku memang suka makan mi kari. Kalau makan di Restoran BIB, Kulim selalunya aku akan memesan mi kari. Hinggakan ibu_suri akan menyinggit aku;

"Tak ada makanan lain ke u ni. Asyik asyik mi kari!"

Pernah aku ketika membuat pesanan memberitahu pekerja di situ;

"Biar lebih kuah, jangan kurang isi, ya!"

Entah dia perasan entah tidak maksud aku itu sebab bila hidangan itu datang, kuahnya bagi aku masih sedikit dan tidak puas untuk dihirup...

Sabtu, Jun 19, 2010

Pahala Mudah

Beberapa malam lepas aku sempat menonton satu forum agama di tv tatkala menemani ibu_suri makan di Restoran Abang E Capati, Kulim. Seorang ahli panel wanita memberi 3 tatapan mudah untuk mendapat pahala.

Satunya ialah kerap menatap Al Quran. Al Quran adalah qalam Allah hatta menatap ia disetiap ketika akan dapat menimbulkan ketenangan apatah lagi jika membaca dan memahami maksudnya.

Kedua ialah menatap Kaabah. Walaupun mustahil untuk kita yang jauh ini menatap wajah Kaabah selalu, menatap gambarnya sahaja pun memadai. Ini akan dapat menyuburkan cita-cita untuk berusaha ke sana satu hari kelak.

Ketiga ialah menatap wajah ibu. Ibu adalah insan yang ketiga selepas Allah dan Rasul yang wajib kita taat dan menyayanginya.

Aku tiba-tiba teringat emak di kampung. Jika ibu_suri hanya mengalami serangan ahmar di saraf kepala, emak pula mengalami serangan ahmar hingga lumpuh sebelah kiri tubuh. Tetapi emak mempunyai hati yang cekal serta jiwa yang kental. Emak tidak mudah mengeluh malah semakin kuat beribadah.


"Kita balik kampung hujung minggu ni ya? Lama dah abang tak tengok mak!"

Wajah aku direnung tepat oleh ibu_suri tanpa ada sebarang riak positif atau negatif. Dalam hati berfikir bahawa alangkah ruginya kalau aku tidak mengambil kesempatan yang masih ada ini untuk menatap dan bercakap dengan mak sepuas-puasnya sebelum' janji' salah satu antara kami tiba!

Khamis, Jun 17, 2010

Ayo Dalam Mangkuk

Tergopoh-gapah aku menalipon Kak Oyah dan Kak Ina, kakak ipar yang aku kira ada juga ambil berat soal kesihatan ibu_suri. Sejak beberapa hari ini ibu_suri asyik menangis dan bertanya bila nak bawa dia berubat. Dia hendak segera sembuh seperti dulu, katanya.

Teringat juga seorang kawan baikku yang berniaga di pasar malam sekitar Seberang Perai ini. Tentu dia tahu dimana bomoh yang boleh mengubati sakit ibu_suri ini, fikirku.

"Nanti awak tanya. Ada juga sorang tu kabonya dia pandai berubat. Berubat dari jauh pun boleh."

Sejuk juga hati ini menerima tawarannya hendak menolong.

"Dia kata, kamu ambik ayo bubuh dalam mangkuk. Kamu letak di dapur. Letak di tempat elok le ye... jangan letak dekat bilik ayo pulak, keh..keh..keh..Nanti kalau dah siap kamu talipon awak balik, ye.."

Aku pun berbuat bagai yang diarah. Kurang selesa juga rasanya membuat kerja-kerja begini.


"Tok bomoh tu kata dia dah baca dah apa yang patut. Ayo dalam mangkuk tu nanti kamu suruh ibu_suri lap ke muka dan tapak tangan. Selebihnya suruh dia minum."

Lalu, lepas solat Mahgrib, aku mengarahkan ibu_suri perbuat apa yang disuruh. Lap muka, basuh tangan dan minum.

"I boleh baik ke nanti?" Soal ibu_suri. Susah aku nak menjawap hingga membuat aku menarik nafas panjang.

"Kalau Tuhan izinkan, insyaAllah, baik. Jika tak baik juga kita usaha lain le.."

Memeluk aku akan ibu_suri sambil bercucuran airmata. Aku menggosok-gosok belakangnya sambil berkata;

"Sabarlah... Tidak ada yang lebih hebat dari perkataan SABAR!"

Sebenarnya perkataan itu juga adalah untuk aku dan mereka-mereka yang bernasib seperti aku!

( Ini pengubatan ibu_suri yang pertama yang aku akan ceritakan. Entri lain aku akan ceritakan pengubatan seterusnya.. )

Rabu, Jun 16, 2010

Sejuk Hatiku

Nampaknya aku terpaksa kembali juga menggunakan template asal kerana template baru yang aku guna untuk blog aku sebelum ini terlalu lambat untuk dimuaturunkan ke skrin. Ini pasti akan menyukarkan aku dan rakan bloggersku untuk menatapnya.

Maaflah kerana tulisan aku ini asyik-asyik berkisar tentang kisah ibu_suri. Aku tahu ada di antara kalian yang mencebik bibir. Namun aku percaya masih ada juga yang tetap setia mengikuti perjalanan kehidupanku yang agak stereotype ini.

Pun, ibu_suri sejak 2-3 hari ini sudah mula lalu makan. Sakit gusinya beransur baik. Cumanya, teriak tangis dan mahunya aku selalu di sisinya itu masih membimbangkan.

Aku terpaksa mengambil cuti yang kerap kerana perlu bersamanya. Saudara-mara mula datang ziarah dan ada yang menawar diri untuk membawa ibu_suri berubat cara kampung. Sejuk sedikit rasa hatiku ini menerima kehadiran mereka. Walaupun aku sedikit cuak dengan istilah berubat cara kampung ini namun logik pemikiranku pun mengatakan bahawa mungkin ini juga satu cara diantara ribuan cara pengubatan yang Allah sediakan kepada makhluknya di atas muka bumi ini.

InsyaAllah, aku akan terus menulis berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang apa sahaja yang aku akan alami ini.

Besar kemungkinan aku akan rujuk semula ibu_suri ke unit Psikiatrik disamping akan mencuba perubatan Darul Syifa'.

Doaka yang terbaik buat kami berdua, amin!

Ahad, Jun 13, 2010

Bukan Kerana Jus Mate 5

Menarik juga kemaskini terbaru di dalam template Blogspot ini. Walaupun kesihatan ibu_suri masih tidak berubah, aku masih sempat mencuri-curi mencuba rekabentuk baru template blog aku ini walaupun dengan terburu-buru. Aku menggunakan mini laptop yang Along dapat pabila dia mendaftar Streamyx pakej 50 menggunakan kelayakan sebagai pelajar U. Tidak puas pula sebab skrinnya kecil.

Keadaan ibu_suri membimbangkan. Badannya menjadi lemah dan asyik berbaring. Berat badannya menurun 2 kg dalam masa seminggu. Aku pasti bukan kerana JUS Mate 5 yang dia makan sejak sebulan ini. Akan tetapi kerana ketumpulan selera makannya yang ketara. Semalam dia cuma makan separuh pinggan bihun goreng. Moi sup yang aku beli tidak disentuh.

InsyaAllah, aku cuba melakukan sebaik-baiknya untuk dia yang telah bersamaku selama lebih 24 tahun. Kekadang menyelinap fikiran dan telahan yang bukan-bukan. Malah sesekali mimpi yang bukan-bukan.

Sekejap lagi aku akan membawanya ziarah Akhmal di STB. Ini kali pertama Akhmal menemui ibu_suri dalam keadaan yang murung. Along akan pergi bersama dengan harapan suasana pertemuan akan lebih baru berbanding sebelum ini yang hanya kami berdua sahaja yang datang hingga kekadang tidak tahu apa yang hendak dipersembangkan.

Malam tadi semasa membawa Along ke Permata Hijrah di Carrefour untuk rawatan hidung, ibu_suri juga tidak boleh bertahan lama di sana lantas menggesa aku menghantarnya balik. Dan sebaik sahaja selesai makan ubat, dia terus tidur.


Jumaat, Jun 11, 2010

Kasih Erat Pabila Dalam Kesakitan

Sesampai sahaja di rumah aku akan terus mendapatkan ibu_suri. Seperti biasa dia akan duduk di kerusi depan tv di sebalik samar Maghrib. Mukanya sebek.

"Kenapa U lambat balik?"

"Tadi ziarah kawan di Hospital Pantai. Dia kena Denggi. Kenapa tak pasang lampu?"

"Tak mau. U dah cari sapa-sapa ke untuk ubat I?"

"Hmmm... tengah tanya kawan-kawan. Sabarlah... Nak makan? Ni abang beli pizza kat Pasar Tani tadi."

Ibu_suri memejam mata. Aku sentuh kakinya. Hangat. Aku sentuh tengkuknya. Tidak ada tanda-tanda demam.

Sudah sebulan ibu_suri mengadu sakit gigi. Dan sudah 3 klinik gigi aku rujukkan dia. Klinik gigi Seberang Jaya. Dia tak puas hati. Pergi pula Bhar Dental. Juga tak puas hati. Akhir pergi ke klinik gigi Ameen. Duit mengalir bagai air sungai lepas hujan.

"Gigi dia ok. Dia ada masalah gusi ni. Kena selalu kumur dengan air garam," beritahu doktor Ameen yang aku kira lebih berumur dari aku.

"Kenapa kumur dengan air garam?" sengaja aku ingin tahu.

"Memang. Kumur dengan air garam baik untuk gusi. Tok-tok kita dulu pun amalkan cara begini untuk jaga gigi."

Menjaga ibu_suri mutakhir ini memang membimbangkan. Lebih-lebih lagi sejak dia balik dari menghadiri pengkebumian bapa saudaranya di Bidor seminggu lalu. Aku pun terlupa lantaran membawanya terus ke kubur tanpa mengambil kira badannya yang 'lemah'. Sejak itu karektornya berubah 180°. Dari agresif kepada murung. Dari selalu bercerita hendak buka tadika, hendak berjumpa dengan ADUN Penanti kepada banyak mendiam diri. Huh, begitu susah. Begini pun susah hati juga aku ini.

Dia semakin kurang makan. Bila di restoran, bertanyakan makan apa yang dia mahu, jawapan yang dia beri amat lambat. Aku pula yang terpaksa memberikan cadangan pilihan.

Badannya tampak lemah. Bila berjalan aku perlu pimpin ibu_suri. Bila memasuki kereta aku perlu bukakan pintu. Setiap masa aku akan bersama dia. Malah kekadang aku tertidur bila menemaninya di katil terlalu lama.

Sudah beberapa malam aku bersembahyang Tahajjud. Memohon pada Allah agar dipelihara akan ibu_suri.

Tatkala tidur malam, ibu_suri akan memegang tanganku erat. Terasa tangannya bergetar.

"I takut!"

"Takut apa?"

"Tak tau. I sunyi. Kekadang I risau."

"Risau apa?"

"Tak tau." Lalu menghamburkan air matanya yang begitu murah. Ini yang aku tak boleh tahan ni.

Aku cuba menalipon kakak-kakaknya memberitahu keadaan ibu_suri. Respon mereka agak tidak menggalakkan. Terasa pula kesal. Dalam hidup ini, fikirku, apa sahaja permasaalahan, paling baik biarlah sendiri yang menguruskannya. Jangan mengharapkan belas orang. Orang lain pun mempunyai masalah mereka tersendiri. Begitu sesekali aku beranggapan. Malah kekadang keprihatinan dari sahabat lebih hangat daripada keprihatinan adik beradik sendiri.

Namun walaupun kekadang aku rasa tertekan, rasa lemah dan rasa ketepuan pemikiran, aku akan melemparkan senyuman dan kata-kata semangat pada ibu_suri. Aku buatkan dia seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

"Kita kena positif hadapi hidup ini. Syukurlah sebab U ada abang yang masih sihat untuk jaga U. Jangan lupa berdoalah banyak-banyak pada Tuhan. Tuhan Maha Kaya."

Ya... Sesuatu yang baru aku perasan bila ibu_suri berkeadaan begini ialah aku selalu bersolat jamaah dengan dia hatta solat subuh sekalipun. Aku selalu balik awal untuk melihatnya. Dan segala yang aku perbuat, belikan dan doakan adalah dengan segala ketulusan dan keikhlasan.

Aku bimbang dengan perkembangan terkini ibu_suri. Masa inilah aku teringat kawan-kawannya dulu yang sama-sama berjuang dalam NGO dan kepartian. Aku sengaja menghantar e-mail sekadar mahu melihat sejauhmana respon mereka. Entah! Aku tidak dapat merasakan balasan kehangatan ketahap yang aku harapkan. Mungkin puncanya dari kesilapan aku atau ibu_suri juga adanya.

Bila sesekali aku merenung ibu_suri yang sejak akhir-akhir ini juga hela nafasnya agak kasar, seperti benar kata sesetengah orang;

Kasih sayang kita kepada orang yang kita sayangi akan semakin erat pabila dia di dalam kesakitan!

Rabu, Jun 09, 2010

Kucupannya Hangat

Terasa pipiku hangat dikucup. Itu pasti kucupan abang sebelum pergi kerja. Akhir-akhir ini kucupannya hangat dan ikhlas.

“Abang sayang U. Abang tak mahu tengok U menangis. Kalau ada apa-apa talipon abang, ya!”

Aku angguk sambil airmata berjurai.

Aku tidak pasti kenapa mutakhir ini hatiku diserang hiba yang keterlaluan. Rumah ini terasa amat sepi. Hidup ini terasa amat kosong. Tiada kawan datang ziarah. Tiada saudara mara datang singgah. Dan sejak balik dari menziarahi pengkebumian bapa saudaraku di Bidor aku semakin pasif. Selalu teringat beliau. Terkilan kerana tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.

Tapi aku sendiripun entah kenapa tidak mahu kemana-mana. Abang selalu sarankan aku pergi rumah kakak supaya boleh bermain-main dengan cucunya. Aku tidak hendak. Ziarah mak di Air Itam. Juga tidak hendak. Abang cadangkan pula supaya aku ziarah Kak Ati,kawan baikku masa kerja dulu di Balik Pulau. Juga tidak. Dicadangkan aku ziarah Latifah yang dulu sama-sama aktif dalam program KRJ, juga aku geleng kepala. Atau ziarah Rahim di Titi Teras, kawan baik abang Juga tidak..tidak..tidak..

Entah kenapa aku tidak ada hati untuk semua itu. Aku lebih suka berkurung dalam rumah sejak 2-3 minggu ini. Dalam bilik. Aku tahu abang amat bimbang dengan perubahan diriku yang mendadak ini. Suara dan elusannya menggambarkan itu.

Malam semalam, beriya-iya abang mengajak aku keluar jalan-jalan. Aku pun dengan payah melangkah masuk ke Kancilku. Sepanjang perjalanan aku hanya membisu dan memejamkan mata. Abang ajak singgah makan aku geleng kepala. Aku tahu abang sengaja ambil jalan jauh walaupun tampak dia sedikit mengantuk. Aku tahu abang letih seharian bekerja. Balik pula terpaksa kemas dapur dan basuh pakaian.

Aku tahu abang amat ambil peduli akan kesihatanku. Cuma aku yang tidak faham kenapa aku jadi begini. Aku minta abang supaya cari seseorang yang boleh ubati aku. Mungkin aku dihinggapi sesuatu yang membuatkan kekadang aku rasa sejuk; kekadang takut; kekadang sedih dan kekadang bimbang tidak bersebab. Atau mungkin semangatku perlu dipulihkan.

Sudah lebih 3 tahun emosi aku terumbang ambing begini. 3 tahun sejak di serang angin ahmar. Amat lama… Dan seminggu dua ini lebih aku terasa!

  • Aku rindui persahabatan ini...

Ahad, Jun 06, 2010

Bersama Di Masjid Kapitan Keling

Aku tiba di Masjid Kapitan Keling kira-kira jam 12.30 tengahari, Jumaat 4 Jun bersama blogger Jendela Hati dan Tuan Hj Atan menaiki Unser merah.

Pertama kali aku solat Jumaat di sini. Hari ini pun aku ke sini semata-mata ingin bersama rakan-rakan dan NGO lain untuk menyatakan kemarahan dan kekesalan kami terhadap kekejaman Israel menindas rakyat palestin hatta menyerang kapal Mavi Marmara yang cuma membawa bantuan kemanusian ke Gaza.

Khutbah yang dibacakan dalam 3 bahasa; Arab, Melayu dan Urdu walaupun agak kurang jelas namun membakar semangat untuk bersama-sama menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin menegakkan ketuanan Islam dan tanah air.

Walaupun aku tidak mampu berperang bersama mereka namun aku masih boleh berbuat sedaya upaya seperti mengedar risalah, menulis blog, menghadiri forum, menyertai solat hajat, mengutip derma untuk tabung Palestin, membeli produk keluaran Aqsa Sharif dan seperti hari ini - menghadiri demo.

Foto-foto di bawah menyatakan segalanya. Harap sekalian anda tidak ketinggalan bersama dari hanya berada di bawah gebar. Atau sekadar selesa berjalan di atas karpet merah!

  • kepelbagaian sepanduk yang menyatakan isi hati pendemo

  • Dr Roslan, wakil JIM yang juga ahli Aqsa Sharif memberi ucapan

  • wanita juga tidak ketinggalan

  • say NO to Zionis

  • sidang media pemberita bersama YB Abdul Malik, Exco Agama Negeri Pulau Pinang
  • IM bersama blogger Jendela Hati dan Tuan Hj Atan

ps: foto ihsan dari YDP JIM Pulau Pinang

Sabtu, Jun 05, 2010

Suara Kita Di mana?

Bezanya kumpulan yang iltizam berjuang menentang kezaliman.

1. Himpunan bantahan anjuran Pakatan Rakyat & NGO - klik sinin

2. Himpunan bantahan anjuran Barisan Nasional & NGO - klik sinun

Namun, setidak-tidaknya mereka ini ada turun padang menyatakan sanggahan terhadap penyerangan tanpa belas dan kebinatangan terhadap rakyat Palestin di Gaza hatta kapal Mavi Malvira yang membawa misi kemanusiaan.

Kita pula berada di saf mana?


Jumaat, Jun 04, 2010

Lompat Keluar

Sebaik sahaja aku diberitahu bahawa rupanya memang sudah ada FaceBook yang dibina oleh orang Islam, aku segera melayarinya dan mendaftar.


Alhamdulillah, mulai hari ini bolehlah kita saling ziarah menziarahi melalui laman MillatFaceBook aku yang baru ini. Gembira sesangat kerana aku kini berpeluang menjadi pengikut laman FaceBook yang dibina oleh orang Islam sendiri sekaligus melompat keluar dari laman FaceBook yang selama ini dipelopori oleh golongan Kafir. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu bersekongkol dengan mereka dalam apa sahaja bentuk dan keperluan kehidupanku.

Klik di sini mengetahui kewujudan laman MillatFaceBook atau layari wajahku di http://www.millatfacebook.com/. Ianya dibina oleh pakar-pakar IT Pakistan dan kini mempunyai 1.57 billion pengikut. Kegigihan pakar IT Pakistan untuk membina alternatif FaceBook bagi orang-orang Islam ini tercetus setelah isu FaceBook membenarkan malah menggalakkan mereka memaparkan gambar Nabi Muhammad S.A.W

Pada pandanganku sewajarnya kita meninggalkan FaceBook dan bertukar ke MillatFaceBook. Sepertimana kita meninggalkan sikap berbelanja di Tesco, Mengisi minyak di Mobil dan membeli makanan jenama Nestle serta membawa anak-anak makan di KFC.

Kita tidak mampu berperang dengan puak Kafir seperti Israel dan US dengan senjata akan tetapi setidak-tidaknya kita buat apa yang terdaya seperti memboikot produk mereka.

Tidakkah kita rasa cemburu melihat pejuang-pejuang Islam berjuang untuk gugur mendapat syahid sedangkan kita tidak berbuat apa-apa. Hanya berdoa di atas sejadah untuk mendapatkan Syurga Allah yang amat mahal harganya!

Selasa, Jun 01, 2010

Belum Bersedia

Dapat berita mengejutkan semalam
Bapa saudara ibu_suri di Bidor menyahut panggilan Tuhan
Diserang sakit jantung tanpa jemputan
Ketika hendak isi minyak kereta di pekan.

Sesampai di perkuburan talkin sedang dibacakan
Aku tunduk melihat bumi kerana terasa gerun dengar Tok Imam berpesan.
Entah si arwah faham atau di dalam ketakutan
Akan gelapnya kubur tak dapat digambarkan
Lemas dan sempit tidak terfikirkan.

Tinggallah kekasih tinggallah kawan
Semalam anak isterimu menangis kesedihan, sebentar lagi ketawalah berderaian
Si arwah juga yang tak keruan
Menanti nasib yang belum ketahuan.

Walaupun payah hendak kukhabarkan
Aku sendiripun amat gerun mengenangkan
Bilakah giliranku yang pasti kan datang
Sendirian terperosok dalam kegelapan.

Bapa saudaraku, aku pamit lah ya
Kerana esok aku perlu kembali bekerja
Aku tidak mampu menolongmu bagaimana
Terpulanglah pada amal dan sedekahmu yang ada.

Aku sendiri pun risau berkelana
Belum cukup bersedia mengungsi ke SANA...