BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, Jun 16, 2010

Sejuk Hatiku

Nampaknya aku terpaksa kembali juga menggunakan template asal kerana template baru yang aku guna untuk blog aku sebelum ini terlalu lambat untuk dimuaturunkan ke skrin. Ini pasti akan menyukarkan aku dan rakan bloggersku untuk menatapnya.

Maaflah kerana tulisan aku ini asyik-asyik berkisar tentang kisah ibu_suri. Aku tahu ada di antara kalian yang mencebik bibir. Namun aku percaya masih ada juga yang tetap setia mengikuti perjalanan kehidupanku yang agak stereotype ini.

Pun, ibu_suri sejak 2-3 hari ini sudah mula lalu makan. Sakit gusinya beransur baik. Cumanya, teriak tangis dan mahunya aku selalu di sisinya itu masih membimbangkan.

Aku terpaksa mengambil cuti yang kerap kerana perlu bersamanya. Saudara-mara mula datang ziarah dan ada yang menawar diri untuk membawa ibu_suri berubat cara kampung. Sejuk sedikit rasa hatiku ini menerima kehadiran mereka. Walaupun aku sedikit cuak dengan istilah berubat cara kampung ini namun logik pemikiranku pun mengatakan bahawa mungkin ini juga satu cara diantara ribuan cara pengubatan yang Allah sediakan kepada makhluknya di atas muka bumi ini.

InsyaAllah, aku akan terus menulis berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang apa sahaja yang aku akan alami ini.

Besar kemungkinan aku akan rujuk semula ibu_suri ke unit Psikiatrik disamping akan mencuba perubatan Darul Syifa'.

Doaka yang terbaik buat kami berdua, amin!

5 ulasan:

kakcikseroja berkata...

Salam IM..

kakcik tak pernah jemu membaca coretanmu. Walaupun tak dapat membantu apa2, tapi kakcik cuba menyelami apa yang IM dan ibu_suri rasa. Semoga segalanya akan pulih segera. Insya Allah.

Ariff Budiman berkata...

Semoga Allah bersamamu sahabatku

Insan Marhaen berkata...

tk KakCik dan WN. kehidupan ini memang memerah segala kekuatan dan menagih segala ketabahan. sokongan moral dari sekalian anda umpama suntikan picagari berinsulin buat penyambung nafas seorang insan marhaen seperti aku ini!

maiyah berkata...

usaha jgn berhnti..

iBu...gUru berkata...

Salam IM
baru ada kesempatan baca coretan kali ini........ teruskan usaha jangan jemu moga ibu suri kembali spt biasa. Hanya doa dari kejauhan ...... moga IM dan keluarga dapat melakukan yg terbaik buat ibu suri.........