BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, Mac 30, 2011

Duit

Aku memang selalu bawa ibu_suri makan di gerai S.A Jaleel tepi Public Bank, Pekan Kepala Batas. Tadi, lepas makan aku pimpin ibu_suri ke kereta seperti selalunya. Masuk dalam kereta dan aku memandu keluar ke jalan raya untuk balik.

"Bang, you ada hilang duit?"

"Tak!"

"I jumpa duit tepi pintu kereta tadi." Sambil menunjuk not yang berkeremut akibat digenggam."Nak buat macam mana ni?"

Aku diam. Duit orang ni. Hisshh... satu masaalah la pulak!

"Bang, I risau la...."

"Bagi kat mesjid aje la. Tak pun bagi kat NGO."

Tak jauh memandu.

"Bang, macam mana nak buat dengan duit ni."

"Simpan je dulu."

Sesampai di rumah; " Bang, you simpan duit tu kat mana?"

Tu la... Kalau simpan duit yang bukan kita sendiri punya jadi gini lah. Tak tenteram dibuatnya.." Rungutku.

Satu kerja la pulak nak fikir pasal duit ni!

Ahad, Mac 27, 2011

Tekanan

Bagaimana agaknya sikap kalian bila berada dalam tekanan yang memuncak?

IM hadiri satu majlis perkahwinan semalam. Bukan orang lain, saudara ibu_suri. Kira saudara IM jugalah. Majlis dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Tu pun, kira ratus orang juga yang datang. 

Penang memang musim hujan yang tak menentu. Semalam, hujan sedari pagi hingga petang. Urusan menyiapkan khemah kenduri jadi serba basah. Lauk pauk yang di amanahkan kepada orang lain untuk memasak masih belum sampai. Majlis tahlil yang bermula jam 11.30 sudah berakhir. Bila dijemput mereka ke meja untuk jamuan, cuma yang ada lauk pauk. Nasi?

Ketika itu aku sudah dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena. Aku terus ambil inisiatif mengelola hidangan meja. Mujur ada nasi rupanya. Masih panas. Hmmm.... Aku mengaut nasi dan isi ke dalam pinggan demi pinggan. Bila nasi di situ habis aku memberitahu tuan rumah.... nasi dah habis!

Tuan rumah masuk ke dapur dan bertanya isterinya... Mana XXXX tak sampai lagi ni. Dok  'on the way' dari tadi?

"Tak tahulah bang....Hujan macam ni lambat sikit kut. Sabaq la..."

"Aku dah agak dah.... aku dah agak dah...." suaranya tinggi sambil menepuk dahi dan terus tumbang!

Kelam labut aku dan beberapa orang menguruskan dia.

"Abang memang macam tu. Bukan boleh tertekan sikit...!"

Masa majlis perkahwinan anaknya lelakinya tahun lalu juga begitu. Dia tumbang lansung terhantuk ke mesin basuh. Terpaksa digegaskan ke hospital kerana mulut berbuih. Aku ambil alih tugasan sebagai tuan rumah untuk menyambut tetamu yang datang.

Sabtu, Mac 26, 2011

Aku Percaya

Kesihatan aku masih lagi berlegar-legar dalam badan. Sekejap kebah, sekejap lemah. Walaupun ramai orang kata ibu_suri dah nampak ok, namun keperluan dia setiap hari tak boleh tidak mesti dipenuhi. Ini membuatkan aku tidak ada masa untuk merihatkan diri kecuali bila lepas 12 malam.

Rumah usah dikata. Tak berkemas sebulan lebih. Malu rasanya kalau ada tetamu yang datang. Luar rumah juga berselerak. Hendaknya hujan asyik mencurah turun sahaja dah hampir seminggu lebih.

Aku masih beruntung juga kerana punyai Along dan Angah yang walaupun tidak membantu secara terus tapi menyokong aku dari belakang. Akhmal tidak tahu tinggal di mana. Cuma, bila aku tiada dia datang jenguk ibu_suri. Itupun aku tahu, kerana mahu ambil duit belanja saku.

kida
Bila aku renung semula, ini semua adalah kifarah dari dosa-dosaku masa lalu, agaknya. Kecuaian aku dalam menjaga amal ibadah, kecuaian aku dalam memikul amanah dan kecuaian aku dalam menjalankan tanggungjawap sebagai anak, kawan, saudara dan ketua keluarga.

Apapun, aku masih bersyukur kerana masih diberi waktu untuk memperbaiki mana yang rosak dan menambah mana yang kurang dalam bekalanku menuju hari yang satu. Aku percaya, Allah masih memandang ke wajahku ketika aku berdoa padaNya dan masih mendengar keluhanku ketika aku memohon padaNya!

Mak... InsyaAllah, aku akan selalu jenguk kamu di kampung selagi aku terdaya. Usah bimbangkan Kida di PULAPOL. Muga dia dijauhi dari penyakit yang membawa maut itu!

Khamis, Mac 24, 2011

Kesan Positif!

Nampaknya, sejak menggunakan botol ke 2, krim rambut Tropicana BioHearbs seperti n3ku di sini, kelihatannya ada kesan positif. Rambut ibu_suri sudah tidak banyak gugur. Kelihatan agak sihat dan tidak fobia lagi untuk menyikat. Keadan ini sikit sebanyak memberi impak postif juga pada emosi ibu_suri. Tidak lagilah merengek pada aku setiap kali lepas menyikat rambut lepas mandi.
 
Khabarnya ada produk yang lebih baik dari krim rambut yakni serum. Tapi harganya mahal sebab itu aku cuma beli krim rambut sahaja.

Sebenarnya ramai yang menyarankan aku menggunakan berbagai cara. Ada yang suruh guna minyak zaitun. Ada juga cadangkan perap dengan santan kelapa. Mak aku di kampung pula suruh masak santan hingga menjadi minyak. Dan minyak itu dilumurkan ke kepala.

Disamping guna Tropicana BioHerbs, aku juga guna syampu anti gugur bila cuci rambut ibu_suri. Memang meresahkan tatkala mensyampu rambut ibu_suri, rambutnya bertaburan atas bahu. Aku terpaksa menggosok kepala ibu_suri ala kadar sahaja.

Syukurlah padaNya terhadap ini semua. Satu demi satu aku lalui dengan tabah. Esok lusa, belum pasti ujian apa pula yang menanti!

Selasa, Mac 22, 2011

Nyampangnya..

Aku ke KL untuk melihat apa sebenarnya yang tercatat dalam rekod CTOS hinggakan aku tak layak membuat pinjaman. Rupanya salah satu ialah laptop yang aku beli entah zaman bila masih belum selesai kesnya. Aku masih terhutang sekian RM.

Aku cuba hubungi syarikat jualbeli secara mudah berkenaan yang beribupejabat di Bayan Lepas.

"Tapi you tak bagitau pun yang saya perlu bayar sebanyak itu. Surat apa pun tak ada?"

"You ada tukar no talipon ka? 012 bla..bla.. bla.. ini you masih guna?"

"I dah tukar Celcom."

"Ha... itu pasal la... I pun not sure sebab kes awak ni dulu orang lain yang handle!"

Huuu... malas aku nak sembang panjang. Senang aje bunyinya. Bila gagal hubungi pelanggannya, dia letak nama kita dalam CTOS. Dia tahu, lambat laun, pelanggan tersebut pasti akan hubungi semula mereka seperti keadaan aku sekarang ini.

Nyampangnya emosi ibu_suri ok selama aku ke KL ini. Walaupun tekak aku pedih, badan seram sejuk dan jiwa sedikit lemah namun aku gagahi juga memandu dalam hujan lebat sepanjang jalan pergi dan balik KL.

Ahad, Mac 20, 2011

Kasih Dan Ihsan

Kalau sebelum ini aku menggunakan sepan untuk menggosok badan ibu_suri namun tidak hari ini. Merasai sendiri sentuhan kulit ke kulit rupanya membuat rasa kasih dan ihsan aku lebih indah dan akrab.

Kasih aku kerana mengenangkan dialah teman hidupku sejak >20tahun lalu. Bersama merenangi lautan hidup yang penuh gelombang. 

Ihsan pula ialah kerana aku tahu saat begini dia amat mengharapkan keikhlasan 100% aku untuk menjaga dan ambil peduli akan dirinya  yang  sudah tidak mampu berdikari.

Aku lap badannya dan mencarikan baju yang dia mahukan. Sediakan ubat mengikut jadual dan bawa dia bersiar-siar hampir setiap malam dan hujung minggu untuk hiburan. Selalu aku tiupkan peransang dan kata-kata manis bila saja dia mengadu sakit atau susah hati. Walaupun kekadang bukan sedikit kejemuan dan rasa marah singgah di celah-celah keletihan aku sebagai insan biasa namun aku tahu, dia amat memerlukan aku. Aku tahu dia menaruh sepenuh kepercayaan kepada aku. Aku juga tahu setiap hari dia menunggu aku balik dari kerja dan meminta aku memeluknya untuk mendapatkan kekuatan dirinya sendiri!

Kiranya aku masih beruntung kerana masih punya dia sebagai teman hidup, masih punya kesihatan yang baik untuk uruskan dia dan punyai anak-anak yang saling menyokong walaupun mungkin tak seberapa!

Jumaat, Mac 18, 2011

Terlupa Dia

Perut aku masih rasa senak. Pinggang juga rasa lenguh tak terkata. Aku tak pernah alami sakit sebegini sebelum ini. Aku cuma pernah dengar orang lain yang mengadu. Hari ini baru aku tahu rasanya bagaimana.

3 hari sudah aku ambil halfday leave. Semalam m/c. Isnin pula akan bercuti untuk ke KL. Pendekata, minggu ni aku banyak cuti dari bekerja. Mujur aku amalkan sikap kerja hari ini aku cuba habiskan hari ini. Dalam situasi keluargaku yang sebegini  aku perlu  siap siaga. Kereta mesti tip top. Petrol mesti jangan di tahap E. Cuti mesti simpan sedikit. Kad tol selalu ada kredit. Bankard juga mesti ada sedikit baki. Cash money mesti ada di 2 lokasi-lokasi selalu guna dan lokasi kecemasan. Bila lokasi kecemasan diguna, kena pergi bank untuk diganti semula. Kalau di bank juga tahap jingga, otak kena ditrigger untuk mencari sumber lain.

Alangkah bagusnya kalau begini aku rancang untuk masa hadapan. Masa yang mana aku sudah tidak ada talian hayat lain selain doa anak yang soleh, amal baik dan sedekah jariah semasa di dunia. Sayangnya aku cuma teringat Dia ketika aku sedang sakit. Bila aku sihat dan ketawa semula, aku terlupa akan hadirnya Dia!

Khamis, Mac 17, 2011

Tazkirah Untuk Aku, Sebenarnya..

Seorang customer menghantar peralatan Tension Gauge ke ofis aku untuk dikalibrasi. Sambil memasukkan data nama, nombor pekerja dan ID peralatan, dia berkata:

“Apa nak jadi dengan dunia kita ni? Bencana sana sini. Tsunami la.. gempa bumi la… banjir la…”

“Ya…Bagaimana agaknya kalau masa ini di tempat kita bercakap ini berlaku tsunami? Apa agaknya yang kita rasa?”

“Terima aje la…Nak buat macam mana. Kuasa Allah!”

“Ya..la.. Maksud aku, selama ini kita selesa dengan kereta, dengan makan yang banyak, dengan kawan-kawan gelak ketawa; aleh-aleh… datang bencana macam tu. Agaknya barulah kelam kabut sebut nama Allah, kelam kabut berdoa, kelam kabut cari sejadah sebab dah tak ada pada sapa lagi nak mengadu…”

“Ya..la.. Tak apalah IM. Dah register ke?” sambil menguak pintu ofis aku.

“Dah.. esok boleh ambil, ya..”

Sebenarnya bukan sangat kata-kataku tadi aku tujukan pada sesiapa. Ianya lebih sebagai tazkirah buat diriku sendiri yang selama ini terlalu banyak gurausenda dan ketawa daripada menangis….

Rabu, Mac 16, 2011

Nak Rehat La...

Aku bawa ibu_suri ke Klinik Kesihatan Kubang Semang pagi semalam. Mengadu sakit pinggang dan peha serta sakit perut.

"Perut awak tak ada apa-apa. Awak nak saya check urene juga?"

Aku mengiyakan. Bukan sangat aku nak tahu tapi sekadar memuaskan kemahuan ibu_suri yang teruja mahu tapi aku teruja tidak mahu.

Sebaik saja air kencing ibu_suri diperiksa, nurse menulis sesuatu di belakang borang sambil mengecop.

"Nurse, positif ke negatif?"

Nurse cuma tersenyum sambil memberi borang itu untuk dikembalikan kepada doktor untuk pengesahan. Aku nampak bulatan pada tulisan 'negatif'. Aku pun tak pasti apa maknanya itu.

Oh...Tuhan, janganlah di celah-celah kesihatan ibu_suri yang separa normal dan di usia yang petang begini ada pula 'dugaan' baru untukku.

"Kenapa, tak mahu ke?" tanya doktor bila aku beria-ia bertanya dengannya dalam Bahasa Inggeris.

Aku cuma ketawa. 

"Dah letih la doktor. Nak rehat la..."

Selasa, Mac 15, 2011

Jarum Jam Tetap Berputar

Semalam, tak sedar airmata bertakung di kolam mata. Walaupun rakan yang selalunya menumpang aku balik kerja becok bercerita tentang hal-hal kerja, aku cuma dengar tanpa perhatian yang penuh. Fikiran aku melayang ke dunia yang kosong dan tak bertepi.

Aku sempat singgah ke klinik ofisku seusai saja solat Asar bersama blogger JH sebelum balik. Aku tahu stress yang aku alami telah memberi kesan pada fizikalku pabila otot-otot di dadaku sakit seperti dicucuk-cucuk. Nurse memberikan aku panadol dan minyak panas walaupun sebenarnya aku mahukan lebih dari itu.

Aku cuba menahan airmata itu dari tumpah ke pipi. Aku tidak pernah menangis selama aku berdepan dengan pelbagai masalah sebelum ini tetapi tidak hari ini. Jarum jam yang tetap berputar tanpa belas kasihan pada doaku menyebabkan hari yang ada semakin pendek. Petang tadi Angah bertanya lagi tentang perkahwinannya dan aku cuba menjawap setenang mungkin bahawa ayah sedang memikirkannya.

Di rumah, aku tahu aku tidak dapat berihat. Rengekan ibu_suri pastinya menagih perhatianku. Sudah beberapa hari dia mengadu sakit di bahagian peha dan belakang. Aku tahu dia minta aku berbuat sesuatu. Apalagi yang aku tahu selain merujuknya ke klinik?

Aku berdoa muga aku tidak tumbang. Kalau itu berlaku siapalah yang akan menguruskan kehidupan keluagaku terutama ibu_suri!

Isnin, Mac 14, 2011

Masih Sepi

Seperti selalunya aku, bila terasa amat tertekan dan resah begini aku akan lebih banyak tidur dengan harapan pabila bangun, resahku akan reda dan boleh berfikir secara rasional semula.

Tapi kali ini tidak. Aku dan hatiku masih dibelenggu resah dan buntu.

Tuhan, tolong hambamu ini. Aku amat menagih simpati walaupun sedikit. Aku amat mengharapkan cahayaMu walaupun sedetik.

Maafkan aku, Tuhan! Tunjukkanlah aku jalanMu.....!

Memang.....diri ini terasa amat sepi dan kesaorangan walaupun di dalam ruang yang penuh dan sesibuk ini...

Sabtu, Mac 12, 2011

Pasrah

Perkara yang paling merisaukan aku sekarang ialah perkahwinan Angah. Aku seperti tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Masa yang berbaki 2 bulan buat aku semakin panik dan kejang.

Aku mengalami masalah kewangan yang ketara. Di sepanjang perjalanan dari mula majlis pertunangan Angah tahun lalu, ada-ada saja yang berlaku yang membuatkan aku terpaksa mencairkan wang simpanan hingga ke tahap kering.

Semakin ramai rakan-rakan dan kaum keluarga bertanya tentang persiapan, semakin kuat ketarku di dada. Lebih kuat ketarnya bila setiap kali aku memandang wajah Angah.

Segala usaha yang aku cuba usahakan berhadapan dengan jalan buntu. Adik beradik yang cuba aku minta tolong hanya menyatakan .. maaf.

Aku kini hanya pasrah pada Tuhan. Setiap kali sujud aku bermunajat. Aku sudah ke tahap... push towards the limit. Aku tidak berdaya. Lemah seluruh anggota.

"Abang, bila you nak kemas rumah ni?"

"Abang, sebulan sebelum kahwin, kita kena hantar wang hantaran tu tau..."

Pengetahuan ibu_suri tentang permasaalahan aku ini tiada. Malah aku tidak akan beritahu dia kerana aku tidak mahu dia turut susah hati yangmana hanya menambah kusut simpulan ini.. Biarlah aku rengkuh sendiri segalanya.

Tuhan, tolonglah hambamu ini...

Jumaat, Mac 11, 2011

Indahnya Usrah

Aku sepatutnya berterima kasih pada blogger Jendela Hati kelmarin. Dia jemput aku mengisi slot tazkirah pada grup usrah remaja yang dipimpinnya setiap hari Selasa. Minggu lepas lagi sebenarnya dia minta tapi aku tertagak-tagak.

Lebih kurang ada 6 orang remaja yang rata-ratanya lepasan SPM. Sejuk hatiku melihat mereka yang begitu rajin datang. Ada yang sejauh Sungai Petani semata-mata untuk menimba ilmu. Mengisi tanggungjawap sebagai pelatih duat di masa akan datang.

Buat pertama kali aku sendiri tak tahu nak bagi tazkirah apa. Sesekali ada sedikit rasa rendah diri sebab aku sendiripun sebenarnya perlu banyak ditakzkirahkan. Namun selaku khalifah, tentulah amanah yang dipikul perlu dilaksana sebaiknya.

Aku bagi 3 isi tazkirah.

1. Kita di dunia ini umpama sekuntum bunga Ros. Tumbuh sedari kudup kemudiannya kembang mekar dan akhirnya akan layu. Bila sudah layu kita tak akan dapat kembali lagi menjadi bunga semula. Sebaliknya akan jatuh ke bumi menjadi tanah. Maka selagimana kita hidup dan kembang mekar perlulah kita isi kehidupan ini dengan pekerjaan yang baik dan memberi guna kepada orang lain.

Kita dilahirkan sebagai Khalifah
2. Kita hendaklah selalu mendidik diri kita supaya menjadi manusia yang memberi guna kepada orang lain. Didikan dari masa masih muda ini perlu kerana akhirnya kelak didikan ini akan menjadi satu tabiat pabila kita telah dewasa.

3. Kita jangan jadi seperti jari telunjuk yang kerjanya hanya menunjuk atau menyalahkan orang lain. Jadilah seperti ibu jari yang selalu memberi isyarat bagus. Jadilah seperti lebah yang sentiasa mencari madu. Jangan jadi seperti lalat yang selalu hinggap di kekotoran.

Tak pastilah samada anak-anak usrah JH ini dapat menerima dan memahami isi tazkirah yang aku sampaikan kerana aku sendiri berasa agak gemuruh dan ntah apa-apa semasa memberi point-point tersebut. Kekadang semasa berucap aku kehilangan track yang sebelum itu aku sudah lakarkan dalam kepala. Namun aku sempatkan tinggalkan mereka dengan kata-kata hikmat oleh Khalil Gibran begini:

'Si Optrimis hanya melihat kembang Ros tanpa memperdulikan durinya sedangkan si Pesimis hanya melihat duri tanpa melihat kembang Ros.'

Apa-apa pun aku rasa seronok dan tiba-tiba rindu pada suasana usrah yang aku sendiri sudah lama ketinggalan.

Aku harap satu hari nanti aku dapat kembali bersama sahabat-sahabatku; berusrah, berqiamullail dan bermuqayyam bersama!

Aku tetiba terkenang pada anak-anakku yang satu ketika dulu begitu rajin mengikuti aku ke program-program agama dan kemasyarakatan namun kini masing-masing pergi mengikut haluan sendiri dan ada yang aku sendiri tidak tahu di mana hari ini!

Rabu, Mac 09, 2011

Aku Dan Blog

Ramai rakan-rakan mengaju saranan;

"IM kena tukar nama blog la. Insan Marhaen ni asyik tulis cerita sedih je. Ambil nama Insan Cemerlang ke. Insan Hebat ke..."

Aku cuba juga terima pandangan mereka secara positif. Tapi kemudiannya aku terfikir bahawa bukan nama itu yang memberi perspektif kurang ceria bagi sesetengah rakan maupun follower aku tetapi isi tulisan.

Konsep blog aku sebenarnya adalah penulisan kisah hidupku sendiri atau  istilah lebih tepat ialah biografi diriku sendiri. Aku menulis kisah benar yang berlaku pada diriku, keluarga dan alam sekeliling. Aku tak gemar mengambil hasil tulisan orang lain atau dengan kata lain, 'copy & paste' tulisan orang. Rugi.

Bagi aku, biarlah blog aku ini akan menjadi seperti diari yang menyimpan susur galur perjalanan hidupku. Kelak nanti bila aku sudah tiada lagi di dunia ini, anak dan cucu aku masih dapat mengikuti sejarah perjalanan hidup ayah atau tok mereka dahulu.

Walaupun aku tahu sedikit sebanyak aku seperti membuka pekung di dada sendiri. Mencerita perihal dalaman diri dan keluarga yang kemudiannya di tatap oleh rakan-rakan. Kemudiannya kekadang tulisanku menjadi gurauan di tempat kerja maupun di mana-mana. 

Aku terpaksa terima dan menelan itu semua walaupun pahit. Aku perlu akur pada dunia tanpa sempadan, pada hak orang lain membaca, mentafsir dan menyebarkan pada orang lain.

Pernah satu artikel di dalam blog aku ini disalin dan disebarkan melalui emel kepada ramai orang hingga membuatkan aku terasa malu.

Pernah juga tulisan aku di blog ini yang ditegur secara keras oleh insan Tanpa Nama hingga membuatkan aku menjadi fobia terhadap keyboard malah fobia pada bunyi siren kereta peronda polis.

Aku teringat kata DSAI semasa zaman Reformasinya;

'Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai..'

Blog adalah teman akrabku buat masa ini. Blog adalah bikar aku untuk mencurahkan segala rasa hati. Blog adalah tempat aku menyambung nafas  yang tersekat-sekat!

Justeru, biarlah aku dengan Insan Marhaen. InsyaAllah, aku akan menulis sekadar apa yang aku ada dan terdaya..

Isnin, Mac 07, 2011

Giliran Dia

Angah juga pernah berbuat begini semasa sekolah menengah dulu. 

"Mahu mencari siapa hakikat diri.Ayah ibu jangan susah hati. Angah akan balik satu hari nanti."

Mau tak susah hati. Mengalir lalu jatuh airmata ibu_suri ke dalam pinggan nasi ketika sahur bila mengenangkan Angah menghilangkan diri dari rumah tanpa kami ketahui sebabnya.

Uh, hari ini giliran dia pula. Setelah 2 hari aku tercari-cari, yang dapat cuma ;

"Asalammulaikum.. ayh ny ***** ayh.. tak pyh cri ***** smpai bla2 dh tau..thun ny ***** nk hdup sowang2 plak tpa fmliy..tpi stu jew **** mnta..***** nk mnta maaf awl2 ayh ibu angah..na nk tau kot ***** dh tak dk..smpai cni jew ayh jga ***** k..ayh ibu angah bwt cm ***** ny bkn ank ayh ibu angah k..skrg ayh ibu jgn risau psal ***** k. ***** dh bsar bleh fikir sndri......."

Tersandar aku di kerusi. Adakah ini balasan lantaran banyaknya dosaku padaMu, Tuhan?

Aku bangun ke arah pintu. Menerusi cermin aku memandang tempat dia selalu berdiri dan bersembang dengan kawan-kawannya.

"Tuhan... Selamatkanlah dia! Walaupun dia bukan darah dagingku namun aku tetap menerima, mengasihi dan menghormati dia. Sebusuk-busuk daging, kumasak, kucicah, kumakan jua."

Sabtu, Mac 05, 2011

Oh Laptopku!

Tak tahu nak cerita bagaimana. Laptop yang aku sayangi boleh hilang dalam sekelip mata. Laptop yang aku beli dari duit yang aku kumpul sejak umur 22 hingga hari ini boleh lesap tanpa sebarang ucap pamit.

Aku tak sempat guna sepenuhnya laptop itu. Simpan dan hanya menggunakannya bila bawa ibu_suri berjalan jauh. Simpan dengan hasrat untuk menggunaknnya bila sudah pencen nanti. Bilamana masa itu tinggal aku seorang sahaja mengisi sisa-sisa hidup yang ada dengan kerja-kerja amal. Itu cita-citaku. Cita-cita yang tersorok jauh ke dalam dada.

"Hati ayah bengkak. Ayah cukup kecewa." luahku kepada Angah.

Tapi mereka atau dia tak rasa apa-apa. Mereka atau dia  tak tahu apa-apa. Mereka atau dia masih muda. Masih belum jerih membahu beban dunia.

Apa yang dapat aku kata. Hanya menarik nafas panjang dan dalam serta redha.

"Susah menjadi lelaki tak pandai marah macam ayah." getus ku lagi.

Angah hanya memandang dinding di hadapan yang bisu dan kaku. Kasihan Angah, selalunya menjadi tempat aku meluahkan rasa kesalku. Kalau tidak pada dia, pada siapa lagi!


foto hiasan dari farid scorpio

Jumaat, Mac 04, 2011

Smile

Every sunset gives us one day to live but
Every sunrise gives us one day more to pray
Any my prayer is that you are safe and happy

A good plan of today is better that a great plan of tomorrow
Look backward with satisfaction and look with confidence.

The joy that you give to others is the joy that flows back to you
A happy heart makes a cheerful face
May your day be as happy as your heart.

Smile is the lighting system of a face
Cooling system of the heart
Boosting system of the mind
So keep smiling…..





sumber: email

Rabu, Mac 02, 2011

BEST

Aku dapat tahu,  bermula semalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan khidmat bas percuma (BEST) kepada semua kakitangan kilang. Operasi 16 buah bas adalah untuk lima hari seminggu dari  6 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 7 petang bermula di Seberang Jaya. 600 petak parkir dengan cas seringgit disediakan untuk kemudahan mereka yang mahu meninggalkan kereta. Bas akan membawa mereka ke kawasan perkilangan di FIZ Bayan Lepas. Aku kagum dengan inisiatif ini. Bukan saja boleh mengurangkan kesesakan jalan, menjimatkan duit minyak, mengurang kesan negatif alam sekitar malah bagi yang bijak boleh mengisi masa dengan membaca akhbar.

Foto dan fakta ihsan dari  sini
Aku merasa naik bas ke kilang semasa baru menjadi juruteknik  sekitar awal 80an dulu. Tapi kerana terpaksa selalu balik lewat untuk kerja lebih masa aku membeli basikal racing. Bila dah kahwin barulah aku menaiki motor Suzuki 100cc dan bila ada anak barulah membeli kereta Mitsubisi Lancer 1.4cc.

Seronok juga bila mengingatkan masa-masa itu. Terpaksa bangun awal pagi menunggu bas di pinggir jalan. Kebanyakan menaiki bas kilang adalah operator pengeluaran yang rata-ratanya perempuan. Jadi, bila bas tiba aku tak sanggup nak berebut dengan mereka. Jadinya aku akan berdiri dekat tangga bas kalau tempat duduk udah penuh.

Bas kilang dulu bukan macam bas kilang sekarang. Ianya adalah recycle dari bas ekspress atau Bas Bandaran macam Yellow Bus milik hartawan Boon Siew.

Aku teringin nak naik bas BEST itu tapi bila difikirkan ada benar juga nasihat dari kawan-kawan. Kalau ada apa-apa kecemasan di rumah, aku akan bermasalah untuk balik segera. Kekadang, antara kemudahan sendiri dengan kepentingan keluarga, memilih kepentingan keluarga itu terpaksa didahulukan walaupun  ianya menidakkan kehendak naluri. Namun mungkin ada masa-masanya aku akan berkesempatan untuk naik. Rindu pula nak baik bas sebab dah terlalu lama aku memandu kereta  ke tempat kerja mengharungi trafik yang selalunya jem.

Selasa, Mac 01, 2011

Sembahyang Dalam Kereta

2 hari di ujung minggu baru ni banyak masa dihabiskan membawa ibu_suri jalan-jalan. Hari Sabtu ke Selatan dan hari Ahad ke Utara. Saje jer.. jalan tanpa tujuan. Boring..boring.. itu jerit ibu_suri sepanjang hari yang silih berganti hinggalah ke ujung minggu.

Menjadi masalah juga bila hendak singgah di masjid yang tidak ada kemudahan untuk orang yang uzur macam ibu_suri. Tiada kerusi yang boleh digunakan untuk sembahyang duduk. Malah lebih sedih, ada masjid yang tempat solat wanitanya di tingkat 2. Yang tandasnya jauh dari ruang solat, tiada paip air malah kotor dengan pam yang rosak.

" I sembahyang kat rumah aje lah.." Akhirnya ibu_suri rasa kecewa.

"Takpa, you sembahyang dalam kereta saja. You masih ada air sembahyang kan?" Hem, seperti selalu ibu_suri boleh pertahankan wudhuknya dalam tempoh yang agak lama berbanding aku yang cepat batal kerana selalu saja keluar 'angin'.

"Macam mana?"

Aku membelokkan kereta supaya betul-betul menghadap kiblat dengan berpandukan arah ruang solat. Aku ambil sarung tangan ibu_suri yang memang aku ambil siap-siap dari rumah.

"Boleh ke sembahyang begini sahaja? Tak payah telekong?"

"Tak payah. Asalkan tutup aurat. Baju dan tudung ni dah lebih dari ok."

Wajah aku direnungnya minta kepastian. Dan aku memang pasti. Itulah untungnya pengalaman aku bermuqayyam dan bermusafir bersama-sama teman jamaah. Kesemua ini aku dapat pelajari di sana. Yang penting, sembahyang tiada istilah qadha-qadhaan...

Mujurnya, kereta aku bersih kerana aku memang selalu menjaganya agar dalam keadaan tip top! Pada aku, kereta adalah keperluan ke 3 selepas rumah dan komputer.

Lagipun, hanya kami berdua sahaja yang menggunakannya. Anak-anak cuma sesekali...