BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, Mac 02, 2011

BEST

Aku dapat tahu,  bermula semalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan khidmat bas percuma (BEST) kepada semua kakitangan kilang. Operasi 16 buah bas adalah untuk lima hari seminggu dari  6 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 7 petang bermula di Seberang Jaya. 600 petak parkir dengan cas seringgit disediakan untuk kemudahan mereka yang mahu meninggalkan kereta. Bas akan membawa mereka ke kawasan perkilangan di FIZ Bayan Lepas. Aku kagum dengan inisiatif ini. Bukan saja boleh mengurangkan kesesakan jalan, menjimatkan duit minyak, mengurang kesan negatif alam sekitar malah bagi yang bijak boleh mengisi masa dengan membaca akhbar.

Foto dan fakta ihsan dari  sini
Aku merasa naik bas ke kilang semasa baru menjadi juruteknik  sekitar awal 80an dulu. Tapi kerana terpaksa selalu balik lewat untuk kerja lebih masa aku membeli basikal racing. Bila dah kahwin barulah aku menaiki motor Suzuki 100cc dan bila ada anak barulah membeli kereta Mitsubisi Lancer 1.4cc.

Seronok juga bila mengingatkan masa-masa itu. Terpaksa bangun awal pagi menunggu bas di pinggir jalan. Kebanyakan menaiki bas kilang adalah operator pengeluaran yang rata-ratanya perempuan. Jadi, bila bas tiba aku tak sanggup nak berebut dengan mereka. Jadinya aku akan berdiri dekat tangga bas kalau tempat duduk udah penuh.

Bas kilang dulu bukan macam bas kilang sekarang. Ianya adalah recycle dari bas ekspress atau Bas Bandaran macam Yellow Bus milik hartawan Boon Siew.

Aku teringin nak naik bas BEST itu tapi bila difikirkan ada benar juga nasihat dari kawan-kawan. Kalau ada apa-apa kecemasan di rumah, aku akan bermasalah untuk balik segera. Kekadang, antara kemudahan sendiri dengan kepentingan keluarga, memilih kepentingan keluarga itu terpaksa didahulukan walaupun  ianya menidakkan kehendak naluri. Namun mungkin ada masa-masanya aku akan berkesempatan untuk naik. Rindu pula nak baik bas sebab dah terlalu lama aku memandu kereta  ke tempat kerja mengharungi trafik yang selalunya jem.

14 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

selamat pagi IM..

tahiah atas perkhidmatan BEST di penang..memang bagus utk sahabat yang lain..jimat kos dll...

ayu seperti sahabat IM di kilang, mengharapkan IM tak gunakan perkhidmatan ini..maklumlah kesihatan ibusuri tak mengizinkan..

mana tahu, 1 hari impian IM nak naik bersama kawan2 terlaksana..bawa ibusuri sekali yer...amin

kakcik berkata...

Betul IM - kepentingan keluarga mengatasi segalanya. Semoga ibu_suri semakin sihat.

ainnoraini berkata...

mmg bagus sgt tu..IM...jimatkan..

kat sini tak de la pulak buat mcm tu..
saye sejak kahwin dh tak pernah naik bas gi kerja...kadang2 tu mcm teringin jugak...

Kakzakie berkata...

Tinggalkanlah kenangan naik bas sebagai nostalgia IM. Keluarga mengatasi segalanya.

ibuintan berkata...

mengamit nostalgia buat saya juga..

saya pernah naik bas kilang seawal pukul empat pagi semasa bekerja sebagai op pengeluaran selama 6 bulan selepas SPM dulu

sesekali rindu juga nak naik bas kan..

Sham berkata...

Syabas kerajaan Penang...Syabas IM yang mementingkan keluarga...tp sekali sekala bila line clear bolehlah naik BEST tu...;)

Insan Marhaen berkata...

insyaAllah, plan nak naik juga tu.

khabarnya masa pelancaran bas itu KM penang pun naik sama.

Adinda Amy Sensei berkata...

tiu sudah bagus...lg memudahkan ..

S..U..D..@..I..S berkata...

Penang mendahului kemudahan2 untuk rakyat...ada masuk tv?...ada dimuka depan media perdana?
Thniah!! k'jaan penang

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Tiba-tiba teringat kenangan naik Bas Mini semasa hendak ke mana-mana dulu.


Kalau sekarang, mau pucat saya dibuatnya. Darah gemuruh saya ni..

NzA berkata...

mmg best kalu camtu.......

Insan Marhaen berkata...

begitu senangnya kita sekarang ya. harap-harap kesenangan ini bukan membawa kita lupa pada mereka yang susah.

ahmad humairi berkata...

assalamualaikum,

baru semalan saya naik bas,
anak saya punya...
bas sikal....ronda keliling taman.

Dama-Ulan berkata...

BAGUS LA KERAJAAN P.PINANG... rakyat didahulukan... baru betoi..

semoga ibu suri cepat sembuh...