BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, Mac 09, 2011

Aku Dan Blog

Ramai rakan-rakan mengaju saranan;

"IM kena tukar nama blog la. Insan Marhaen ni asyik tulis cerita sedih je. Ambil nama Insan Cemerlang ke. Insan Hebat ke..."

Aku cuba juga terima pandangan mereka secara positif. Tapi kemudiannya aku terfikir bahawa bukan nama itu yang memberi perspektif kurang ceria bagi sesetengah rakan maupun follower aku tetapi isi tulisan.

Konsep blog aku sebenarnya adalah penulisan kisah hidupku sendiri atau  istilah lebih tepat ialah biografi diriku sendiri. Aku menulis kisah benar yang berlaku pada diriku, keluarga dan alam sekeliling. Aku tak gemar mengambil hasil tulisan orang lain atau dengan kata lain, 'copy & paste' tulisan orang. Rugi.

Bagi aku, biarlah blog aku ini akan menjadi seperti diari yang menyimpan susur galur perjalanan hidupku. Kelak nanti bila aku sudah tiada lagi di dunia ini, anak dan cucu aku masih dapat mengikuti sejarah perjalanan hidup ayah atau tok mereka dahulu.

Walaupun aku tahu sedikit sebanyak aku seperti membuka pekung di dada sendiri. Mencerita perihal dalaman diri dan keluarga yang kemudiannya di tatap oleh rakan-rakan. Kemudiannya kekadang tulisanku menjadi gurauan di tempat kerja maupun di mana-mana. 

Aku terpaksa terima dan menelan itu semua walaupun pahit. Aku perlu akur pada dunia tanpa sempadan, pada hak orang lain membaca, mentafsir dan menyebarkan pada orang lain.

Pernah satu artikel di dalam blog aku ini disalin dan disebarkan melalui emel kepada ramai orang hingga membuatkan aku terasa malu.

Pernah juga tulisan aku di blog ini yang ditegur secara keras oleh insan Tanpa Nama hingga membuatkan aku menjadi fobia terhadap keyboard malah fobia pada bunyi siren kereta peronda polis.

Aku teringat kata DSAI semasa zaman Reformasinya;

'Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai..'

Blog adalah teman akrabku buat masa ini. Blog adalah bikar aku untuk mencurahkan segala rasa hati. Blog adalah tempat aku menyambung nafas  yang tersekat-sekat!

Justeru, biarlah aku dengan Insan Marhaen. InsyaAllah, aku akan menulis sekadar apa yang aku ada dan terdaya..

23 ulasan:

ghost writer berkata...

kekalkan saja dengan title blog yang ada sekarang..kadang bukan mudah untuk menunjukan rasa bahagia kita..sukar untuk dinyatakan..

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum IM...

kita adalah kita, tak perlu berpura2 demi untuk menyenangkan hati orang lain sedang hati kita sendiri tercalar luka...

Kamsiah berkata...

salam
saya jugak tak suka C&P...cerita biar ori..walaupun tak sehebat citer2 blogger yg popular...
sbb tu blog saya 3,4 ari sekali baru berupdate heehee..

IMANSHAH berkata...

xpa, rakan2 sudi mendengar dan membaca

Tanpa Nama berkata...

Kisah2 suka atau duka org lain tetap boleh dijadikan iktibar. Jadi, teruskanlah menulis mengikut keselesaan IM.

Ariff Budiman berkata...

Yes. That's the way aha aha. I like it

tun_telani berkata...

Ooo.. insan marhean tu makna dia sedih ke? (BA subject plg lemah.. hehe.. just assume tu dlm bahasa arab ;p)
by sy, selagi ia tidak menimbulkan fitnah atas diri sendiri atau org lain, it shud be ok. lagi pun byk pengajaran dan pelajaran ttg hidup yg sy peroleh di sini =)

ainnoraini berkata...

saye tulis ape yg yg saye rase...sedih ke...marah ke..gembira ke...semua ade...dh jd rojak...

macam2 adaaa....

Kakzakie berkata...

Hak kita utk membuat atas apa juga pada halaman kita. Kekalkan saja dan teruskan apa Yg IM rasa terbaik....

ahmad humairi berkata...

aku menuli bukan kerana warna tapi "kerana ada"

ibuintan berkata...

IM... kekalkan begitu mengikut perasaan kita, tak perlu mengikut rentak orang lain

Temuk berkata...

As-Salam IM

Memang jelas dari reaksi rakan-rakan bahawa blog IM, IMlah yang punya. Isinya, isi hati IMlah. Kalau orang sudi membaca dan gembira, atau menjadikannya iktibar, syukurlah. Kalau sebaliknya pun, syukurlah juga. Saya lihat dalam entri-entri lalu, dalam keadaan tertentu, IM sendiri amat bersedia menerima idea rakan-rakan. Semoga ceria selalu!

roslaini saad berkata...

menulis apa yang kita rasa adalah hak kita...jangan peduli apa orang lain kata.. kadang-kadang saya sendri terasa sama seperti IM nyatakan...tapi inilah catitan rasa kita yang hanya kita yang tahu dan rasa....
IM.. teruskan menulis...pengalaman indah yang patut dikongsi bersama...

S..U..D..@..I..S berkata...

menulis dari rasa hati itu yang baik...
teruskan ...

Sham berkata...

sokong IM...sokong tulisan IM...oh peminat DSAI ke ni...?jadinya kena hati2 jugalah ye...hu hu...

Citarasa Rinduan berkata...

assalamualaikum IM

biarlah depa nak kata..
hak kita ttg blog nie

ayu tak berbekas pun kalau depa nak kata apa...
mmg takkan layan..

sabar yer..
ayu suka IM kongsi cerita ttg kehidupan IM dan ibusuri

aLieF si Muncung ManiS berkata...

dunia berblog mmg byk halangan dan cabaran..begitulah nasihat blogger otai kat alief dulu..huhu...biarkan mereka semua..yang penting kita mndapat kepuasan berbelog..keep blogging abang IM

izman berkata...

IM, teruskan dgn apa yg abang buat sekarang. menulis untuk diri sendiri, bukan utk kepuasan org lain.

NzA berkata...

setuju dgn IM..msg2 punya pendpt n citarasa...ada org brblog semata2 pentingkan trafik ttp bg saya catatan diary kehidupan lbh utama.

Adinda Amy Sensei berkata...

moga terus tabah!

siti murni berkata...

blog kita, wadah kita, wajah kita..
usah gentar IM..teruskan!
Saya pun tak suka copy paste..setiap realiti yang tertulis, selesa untuk dikongsi, teruskan saja...blog pun macam jurnal harian pada saya..:)

Aida Ali berkata...

Betul cakap teman2. Biarlah apa org nak kata. Asal kita bertanggungjawab dgn tulisan kita.

LadyBird berkata...

ok jer dengan blog ni :)..
lad suke jerk..
xde yang bercanggah dngn agama kan? aslkan kt buat tu bende yg x berdosa.. x mendatangkan dosa.. teruskanlah.. lagipun bagi lady, menulis tu leh hilangkan tekanan.. so kite tulis je lah apa yg kite suke.. kisah hidup kite ke.. nota2 pelajaran kite ke.. :).. leh org jadikan pengajaran..