Bukan mudah meredah kesesakan lalulintas pepagi begini. Tapi begitulah yang mesti aku terokai mutakhir ini.
Pagi ini aku tinggalkan ibu_suri di rumah kakak sulongnya di Bukit Jambul. Sudah pastinya hari ini aku lewat masuk ofis. Sepanjang jalan Sungai Nibong pula entah kenapa pagi ini sendat dengan kenderaan. Tidak seperti selalunya.
Aku tahu ibu_suri bukan selesa berada di rumah orang. Bila malam selalu dia merayu kepada aku untuk tidak mahu ke mana-mana. Namun bagi aku berada seorang diri di rumah lebih membuatkan dia sunyi, takut dan kosong. Bila tengahari sahaja mesti dia menalipon aku supaya balik segera kerana dia merasa terlalu gelisah dan risau tidak berpunca.
Setidak-tidaknya bila berada di rumah kakaknya, dia boleh bercakap walaupun tidak selancar selalu. Ada yang memerhatikannya jika dia ke bilik air. Juga, harap-harap dia boleh jamah sedikit makanan dengan pujukan kakaknya kelak. Dan muga cara begini menjadi terapi yang baik buat saikologi ibu_suri.
Sudah 3 minggu begini. Sebelum itu aku kerap menghantarnya ke rumah kakaknya yang ke3 di Bertam Perdana, Kepala Batas. Bayangkan aku terpaksa menungkah kesesakan kenderaan yang berbagai. Minyak dan tol apatah lagi. Satu tangki Kancil itu kalau sebelum ini boleh tampung untuk 3 kali ulang-alik tempat kerja dan sedikit untuk keluar makan malam tapi kini cukup untuk 2 kali sahaja dan perlu isian semula.
Beberapa hari ini kerap sahabat dan saudara-mara datang ziarah. Khabarnya, jiran juga mahu datang Cuma mencari waktu yang sesuai. Semalam terdengar pula cerita kurang sedap yang rupanya sedang berlegar di kalangan jiran keliling rumah.
“Betul ke ayah depa kata ibu dot dot dot?” Tanya anak menakan.
Aku cuma senyum bercampur kepelikan. Macammana pulak dia orang ni boleh bersangkaan begitu.
“Datanglah ke rumah, tengok sendiri.”
Aku dapat rasakan kunjungan saudara dan rakan-rakan sedikit sebanyak mengurangkan stress yang aku hadapi. Walaupun aku tahu ibu_suri kurang selesa dengan kunjungan mereka yang kekadang ramai dan berjam-jam; yang kekadang gurauan atau ceceran mereka itu sedikit keterlaluan tanpa menyangka ibu_suri bukan normal seperti dulu malah lebih perasa dan berprasangka namun aku tetap ingin berterima kasih dengan mereka. Aku percaya ini juga satu lagi terapi yang baik untuk ibu_suri.
Setidak-tidaknya aku masih dapat merasakan bahawa mereka masih mengingati kepada kami suami isteri yang kini sudah semakin kurang bercampur dengan jiran dan beraktiviti bersama rakan-rakan se-NGO.
Begitulah indahnya ukhuwwahfillah!

9 ulasan:
Salam tuan,
Kuatkan semangat bagi mengharungi segala dugaan yang mendatang...
Semoga ukhwah itu berpanjangan. :)
salam ziarah buat tuan rumah :)
Persaudaraan kerana Allah~
Latest post:Ingatkan saya sorang je malu,tapi semua org malu!!
terima kasih. kalau pun tak dapat ziarah di rumah, ziarah di blog pun sudah memadai.
walaupun tak dapat dengar suara dapat baca komen pun sudah cukup untuk memberi motivasi.
allah jua yang membalasi dan mengerat ukhuwwah ini...
Moga Allah bersama IM dan keLuarga..
Ameen, ya Allah~
Tabahkan hati melayan karenah kehidupan. Sama2lah kita mengharunginya.
salam. Menziarahi yang sakit memang dituntut tapi perlu kita ketahui adat-adat menziarah ini supaya jangan sampai menyusahkan dan meresahkan pesakit.
semuga IM tabah..
memang kehidupan ini mahu tidak mahu mesti diharungi.
dan kehidupan penuh dengan adab dan adad. mematuhi adab dan adad ini juga dituntut demi kesejahteraan bermasyarakat.
terima kasih sekali lagi atas doa. muga sesama kita dirahmati Allah!
Catat Ulasan