BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Ahad, Julai 04, 2010

Katak Hijau

Aku ada menceritakan tentang usaha pengubatan ibu_suri dalam entri Ayo Dalam Mangkok. Sebenarnya hingga ke hari ini ada beberapa siri usaha pengubatan dilakukan.

Selepas seminggu usaha Ayo Dalam Mangkok dan hasilnya masih negatif, aku di ajak oleh birasku untuk ke Guar Jering.


Memandu di atas ban jauh masuk ke dalam agak kurang biasa bagi aku terutama waktu malam. Nasib baik kereta aku hanya Kancil, jadi kurang masalah untuk ambil selekoh.

Birasku seperti sudah biasa ke sini. Dari ramah tamahnya dengan keluarga tuan rumah aku mengagak begitu. Tidak hairanlah juga sebab birasku ini memang gemar mencari 'tabib' seperti ini. Orang berniaga katakan.

"Apa cerita?" tanya 'tabib' itu setelah agak lama kami lepak di ruang tamu. Agaknya dia berubat tadi. Agaknya walaupun aku tak nampak sesiapa pun selain kami.

"Ni ha, isteri IM ni..bla..bla..bla..."

"Oh... Apa yang kamu risaukan?" tanya 'tabib' pada ibu_suri. Sedari tadi ibu_suri yang hanya duduk seperti patung dan sesekali memegang tanganku, memandang aku.

"Kamu tengok bini kamu ni macam mana?" tetiba soalan begitu diajukan pula kepada aku.

"Err... Nampak macam dia la Pak Cik!" Aku tersengeh. Tak pasti betul ke jawapan tu.

"Tak ada nampak macam benda lain ke? Ada setengah yang mai tu suami dia tengok bininya tengah motong sayur, tangannya penuh darah. Kukunya panjang. Itu le yang aku tanya kamu ni. Tak ada nampak macam tu?"

"Tak." Aku mula tak sedap perut.

Dia masuk ke dalam lalu keluar membawa sebuah ...hmm.. benda bulat. Besar sedikit dari bola rounders. Warna oren. Macam labu tapi kulitnya ada bulu macam baldu. Aku tak perasan tapi kata birasku bila ibu_suri melihat itu terus memaling muka dan memeluk kakaknya di sebelah.

"Ha.. Aku dah agak. Tengok bini kamu. Dia takut nengok benda ni. Kamu tahu apa dalam ni?"

Geleng kepala. Tak berani nak teka. Perut makin tak sedap.

"Bini kamu ni ada benda dalam badan dia. Ada banyak. dah lama dia duduk dalam badan bini kamu ni. Sebab itu bila dia tengok benda yang aku pegang ni dia takut. Di dalam inilah aku tangkap dan simpan benda-benda tu. "

Aku tiba-tiba teringat blogger Warna Nostalgia. Tak sangka pula malam ni aku ada dalam suasana yang kurang selesa ni.

"Yang aku bimbang, bukan setakat bini kamu ni tapi anak kamu yang tengah pun benda tu dah mula duduk di dalam."

Anak yang tengah? Angah la tu.. Hmm... tepat juga tilikannya ini sebab Angah sahaja yang selalu ada di rumah. Along di KL sementara Akhmal di Taiping.

"Kalau kamu hendak berubat kamu kena sediakan paku keranda Cina, kelapa tebuk tupai dan bla.. bla..."

"Isyy.. susah tu. Nak cari dimana? Pak Cik saja yang sediakan tak boleh ke. Kami mana biasa cari semua tu. Hendak si IM ni, lagi la dia tak reti."

Aku sekali lagi tersengeh. Aku biasa dengar semua ini tapi ini baru kali pertama terkena batang hidung sendiri.

"Kalau nak suruh pak cik kamu, kena sediakan RM360 untuk upah orang carikan. Bukan senang nak dapatkan semua ni." sampuk isterinya yang sesekali menjadi perantara kepada ibu_suri yang kekadang sukar hendak memahami apa yang dicakapkan kepadanya. Kesan stroke menyebabkan otaknya lembab berfikir dan menafsirkan apa yang di dengar.

"InsyaAllah, kalau kamu nak berubat dengan pak cik akan pak cik usahakan. Kalau tak boleh juga pak cik usahakan kamu jumpa dengan bomoh Siam. Kawan pak cik juga tu. Bomoh Siam tapi orang Islam macam kita juga."

Aku mula terasa lemas.

"Isteri saya ni la ni masih berubat dengan orang lain. Saya datang bawa dia ni cuma nak tengok dulu apa yang tak kena dengan dia."

"Takpa lah. Gini. Aku buatkan dulu air penawar. Malam nanti sebelum tidur, kamu suruh bini kamu minum sikit dan sapu muka. Selebihnya bila bini kamu tidur nanti kamu letak dekat kepala dia. Kalau kamu berani.. kalau beranilah... tengah malam nanti kamu bangun. Tengoklah mangkuk air ni. Kalau dizinkan dan kalau benarlah 'dia' tu nak ubatkan bini kamu, kamu nanti boleh nampak benda tu berenang dalam mangkuk ni. Kepala dia macam katak hijau. Kaki dia macam itik."

Sekali lagi pak cik ini seperti tahu pula. Katak hijau memang menjadi kegemaran ibu_suri sejak dia di serang stroke. Di rumah aku ada puluhan katak dari pelbagai bentuk yang dibeli bila kemana sahaja aku membawanya berjalan.


"Berani ke kamu nengok nya?"

"Err... Terus terang saya cakap. Benda-benda macam ni saya tak berani."

Allahuakbar! Terasa jarum jam lambat bergerak walaupun sebenarnya sudah hampir 11.30 malam.

15 ulasan:

Ariff Budiman berkata...

Salam IM. Suspen ya. Ada benor juga tu telahan tok bomoh. Insyaallah perbanyakkan membaca mathurat. Lam,a kelamaan dia akan menjadi lemah. Yob bagilah ibu suri semangat dalam masa yang sama yob juga kena ada semangat. Kena kuatkan hati kemungkinan akan melihat benda yang tak sepatutnya. MN nak ulas pun susah. Yob akan tau nantilah

ibuintan berkata...

selamat pagi Im,
betul ke tu, boleh percaya ke..
lain macam je caranya, kekadang bila dukun tilik mungkin pula ada kebetulan tepat kata-katanya kita mula jadi konfius kan..
konfius sebab kekadang caranya macam bercanggah pulak dengan hukum, saya pernah juga beberapa kali dulu mengalami masalah seperti ini semasa menghantar aruah emak berubat..

Insan Marhaen berkata...

IM tak mahu kata itu 'tabib' betul atau tak betul. IM hormati dia yang mungkin telah berjaya mengubati penyakit yang memang disebabkan 'benda' tu.

Cuma IM tak berapa biasa dengan cara ini.

al-lavendari berkata...

benda ghaib ni nak percaya sangat pun tak boleh. tak percaya langsung pun tak boleh. hanya bagi mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu.


saya sendiri pernah mengalaminya. ternyata doktor di HKL tidak berupaya mengubatnya.

iBu...gUru berkata...

salam IM
bila tgk tajuk en3 ini rasa lucu........ bila baca semua jadi seram pulak. spt kata al-lavendari nak percaya sangat pun tak boleh, tak percaya pun tak boleh. saya tunjukkan en3 ini pada en.suami ...... katanya org yg mengalami saja dapat menilainya ........en.suami & keluarga berusaha mengubati ibu mertua hingga keakhir hayatnya ....mereka berusaha tanpa mengenal putus asa. tapi tuhan lebih mengetahui....

Insan Marhaen berkata...

ialah tu. IM sebenarnya belum lagi berubat dengan 'tabib' ni. kalau pun pergi mungkin sebagai jalan terakhir. RM360 yang buatkan IM fikir banyak kali tu...

macam hospital swasta pulak...

razip berkata...

hmmm... ni bab susah. susah nak pisahkan permata daripada kaca. tabib ni dah ada "track record" ke? takut dia pun baru cuba2

Dama-Ulan berkata...

Assalamualaikum...

Benda2 yg cam nie memang ada cuma dia tinggal dialam yg lain bukan dialam kita. Cuma sesekali ada juga yang terlepas ke alam kita disebabkan dipuja oleh manusia atau mereka sendiri dpt menembusi ke alam kita sama macam mana ada di antara kita yg dpt ke alam mereka...

Mungkin masalah isteri Abg. disebabkan penyakit sama. Mahluk ghaib (JIN) nie memang suka attack manusia yg lemah terutama sekali yg sakit. Seperti mak saya baru2 nie, perwatakan dia dh jadi macam orang bodoh dan tak ceria seperti biasa. Alhamdulillah... sekarang nie dh pulih cuma tinggal penyakit moden sahaja.. Bayangkan sebelum ini setiap kali senja darah tinggi mak saya naik. Saya terpaksa bawa dia ke klinik untuk mkn ubat.

Mahluk halus (JIN) ini akan tinggal didalam salur darah kita dan kebiasaannya dia akan ganggu perasaan kita (hati jadi libang libu dan klu ada darah tinggi mesti naik). Selain dari mahluk halus (JIN) awam nie kekadang tu disebabkan SAKA (JIN BERASAL DR MANUSIA). Rujuk balik salasilah keluarga isteri Abg. Org dulu2 hebat2..hutan boleh jadi kampung... Sebaik2nya, Abg cari org yg pandai dan buang saja benda2 nie kemudian lihat perubahannya..

Tak percaya tak boleh, sebab dalam Quran ada tulis...

Wallahualam...

Insan Marhaen berkata...

razip,

'tabib' ni nampaknya veteren dah. track record tu tak tahulah membanggakan atau menghampakan. tapi dengar khabar ramai yang jumpa dia. ada yang minta pelaris kedai juga...

Insan Marhaen berkata...

dama-ulan,

bab salasilah keluarga dengan SAKA ni, IM kurang gemar nak bicara. memang ada namun IM selalu doakan supaya ianya tidak turun ke anak-anak IM. mereka ini hidup di zaman generasi Y. takut tak terpikul akan amanah ini.

DDrfauziah berkata...

Aslmkm IM.
Kak G berkongsi cerita dibawah untuk tatapan:
1. Mak Kak G dulu terkena mainan makhluk halus/ghaib suruhan orang hingga ke tahap tak boleh berjalan - murung, marah & mericau ... lepas tu letih sampai mcm pengsan. Bila bawa jumpa doktor, tak lama pastu sudah sedar pulak & esoknya dah macam kuat balik.
Lebih 6 bulan berubat & dgn bomoh yg ke 15 baru pulih dari kuasa makhluk & kemudiannya beransur sembuh sepenuhnya.
2. Kes kawan yg terkena buatan orang, lbh tepat suruhan orang - kawan jadi sampai bodoh & ada tumpuk hitam2 di beberapa bahagian badan. Setahun lebih juga suaminya usaha berubat, now OK.
3. Saudara jatuh sakit kerana patah hati & kemudian terkena saka - sekarang semakin baik tp masih dalam proses pemulihan.
MORALNYA: Sakit kerana makhluk ghaib mg benar berlaku.
IM cubalah usahakan secara batiniah, tp bawalah kepada ulama/orang arif agama.

ahmad humairi berkata...

salam,

saka....terkadang kita warisi tanpa sedar.

Insan Marhaen berkata...

terima kasih. sedikit sebanyak memberi IM kekuatan untuk terus mencari penawar buat ibu_suri yang Allah kata ada tapi carilah...

Inilah untungnya mempunyai rangkaian rakan bloggers. boleh berkongsi pengalaman dan bukan mustahil berkat dari diskusi ini akan menemukan IM jalan keluar.

Kekadang IM hampir putus asa dan keliru juga .....

Dama-Ulan berkata...

Assalamualaikum...

Jangan mudah berputus asa.. Setiap kejadian adalah hikmahNya.. Itulah kebesaranNya yang Dia nak tunjuk kat kita.. Masalah isteri Abg nie bagi pendapat saya lbh baik usaha juga cara kampung..

Bab Saka Baka nie kalau boleh buangkan saja atau jaga baik2. Di zaman moden orang kurang guna Saka sbb dh banyak JINtolak2 yang dok ada boleh mudahkan keje kita..

Memang betul Saka Baka boleh diwarisi tanpa kita sedari disebabkan pertalian darah, nasab dan keturunan... Wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

The Abercrombie and Fitch style has lived much longer than Abercrombie its counterparts from the 1980s; Abercrombie Sale it may be because of its relatively Cheap Abercrombie inoffensive style or Abercrombie outlet because people just love animals, abercrombie Jeans but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet sets in a cheetah print. Abercrombie Pants These are common enough that you could Abercrombie Tees even go to a department store and find them, so you should have no problem finding cheetah printed sheets Abercrombie Shorts and blankets if they are what you are looking for. Abercrombie Sweaters These can be a great accent to a more contemporary home theme, though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by. You may have to go to interior design specialty stores, or look online order to find curtains with cheetah spots printed on them. However, in most cases if you can find them, they are usually not very expensive.