"Bila I boleh baik?"
Atau yang kekadang mengilankan perasaanku:
"Tak kesian kat I ke? Buatlah sesuatu!"
Udah lebih dari buat sesuatu. 2 hari lepas aku bawa ibu_suri ke Klinik Kubang Semang untuk rawatan susulan darah tinggi. Hmm... bila diperiksa darah, ada gula pula di dalamnya. Aku ceritakan pada doktor tentang keadaan terkininya yang sentiasa runsing tanpa punca. Doktor beri ubat Alprazolam 5mg. Ubat ini mengantuk, pesan doktor lagi. Dan memang pun!
Aku terpaksa ambil aleh semua kerja rumah. Dari hujung pintu depan hinggalah hujung pintu belakang kini akulah yang selenggarakan 100%. Walaupun kami hanya ber3, kerja rumah tidak pernah habis.
Akulah isteri, akulah ibu. Balik kerja belum sempat tukar baju aku akan memeluk ibu_suri. Membujuknya agar sabar dan terima hakikat kehidupannya kini. Malam pula akan membawanya bersiar-siar kalaupun tidak untuk pergi makan tetapi untuk ambil angin setelah sepanjang hari dia tersepok di rumah sendirian. Begitulah rutinnya.
Adapun anak, ya... seperti juga aku di zaman masih kecil dahulu... asyik dengan dunia sendiri yang penuh tawa.
Aku terpaksa ambil aleh semua kerja rumah. Dari hujung pintu depan hinggalah hujung pintu belakang kini akulah yang selenggarakan 100%. Walaupun kami hanya ber3, kerja rumah tidak pernah habis.
Akulah isteri, akulah ibu. Balik kerja belum sempat tukar baju aku akan memeluk ibu_suri. Membujuknya agar sabar dan terima hakikat kehidupannya kini. Malam pula akan membawanya bersiar-siar kalaupun tidak untuk pergi makan tetapi untuk ambil angin setelah sepanjang hari dia tersepok di rumah sendirian. Begitulah rutinnya.
Adapun anak, ya... seperti juga aku di zaman masih kecil dahulu... asyik dengan dunia sendiri yang penuh tawa.
Aku call GH untuk percepatkan temujanji dengan pakar Psikiatri. Dari 15hb dapat awal pada 6hb ini. Cuti lagilah nampaknya.
8hb akan pergi ke Darul Syifa', Kulim untuk perubatan cara Islam. Aku minta adikku uruskan. Entahlah, kalau usaha aku sebegini masih ibu_suri rasa tidak mencukupi apakan daya.
Rawatan neurologi hanya pada bulan September. Itu rawatan yang semakin kurang perlu, kata doktor berkenaan.
Aku faham ibu_suri sentiasa bimbang dengan tahap kesihatannya yang menjunam. Bayangkanlah kalau dulu dia seorang aktivis masyarakat bergerak di bawah naungan NGO Jamaah Islah Malaysia. Disamping menjadi guru Tadika Amal Rintis juga aktif dalam parti politik. Tiba-tiba takdir Tuhan menentukan pada satu pagi di Bagan Specialist Centre, ibu _suri sudah tidak dapat mengingat nama suaminya sendiri. Angin Ahmar menyerang kebanyakan saraf-saraf kecil di otaknya.
Lalu, dunianya yang pernuh warna-warni itu bertukar jadi kelam dan gerimis.
Ah, bukan mustahil kita juga akan seperti itu. Lalu, sewaktu 5 masa kita masih ada jangan dipersia-siakan sehingga datang 5 masa yang lain. Entah-entah takdir sedang mengintai kita!
18 ulasan:
Salam IM..
(kakcik bukanlah orang yang arif atau bijak pandai)..tapi, dari pembacaan dan pengalaman orang lain, kakcik rasa - yang penting adalah kekuatan dalaman diri seseorang itu. Iyalah, muingkin kedengarannya mudah, tapi adalah sesuatu yang payah bagi empunya diri. Mungkin ibu_suri kena 'beri kaunseling' pada dirinya sendiri. Beliau kena kuatkan azam dan tekad untuk terus sihat.
Maafkan kakcik, kalau kata-kata ini tidak IM senangi kerana ia bukan terjadi pada diri kakcik. Bagaimanapun, dari hari ke hari mengikuti coretan IM, kakcik memang kagum dengan ketabahan IM.
IM..terus tabah..dan berikhtiarlah..dan..teruskan memberi semangat pada ibu-suri..memang berat apa yang IM hadapi..
Memang tabah dan sabar itu sesuatu yang power dalam hidup. Tapi letih juga mempertahankan sabar dan tabah ini terutama bila tidak nampak penghujung jalan.
Gimanapun, life goes on....
Salam IM,
Ini adalah ujian Allah SWT buat IM. Terimalah dan terus pertahankan kesabaran dan ketabahan.
salam IM,
sesungguhnya ibu-suri amat bertuah memiliki IM sebagai suami dan pendampingnya, semoga terus tabah dan cekal..
Allah akan membalas yang selayaknya kepada IM
jika benar IM ini seorang yang tabah, ketabahan ini IM percaya mewarisinya dari emak IM. Dan kiranya ada keikhlasan, IM percaya ianya mewarisi keikhlasan abah IM.
kedua mereka ini saling lengkap melengkapi.
muga-muga, anak-anak IM akan mewarisinya pula dari IM...
assalamualaikum IM
membaca coretan IM saban waktu,hanya kali ini saya bagaikan ditarik2 meninggalkan jejak di sini
IM,membaca catatan IM
"
Akulah isteri, akulah ibu. Balik kerja belum sempat tukar baju aku akan memeluk ibu_suri. Membujuknya agar sabar dan terima hakikat kehidupannya kini. Malam pula akan membawanya bersiar-siar kalaupun tidak untuk pergi makan tetapi untuk ambil angin setelah sepanjang hari dia tersepok di rumah sendirian. Begitulah rutinnya."
bagaikan membaca tugas rutin harian suami saya. Dialah ibu,dialah isteri dialah babysitter dan disamping tugas2 hakikinya.
Saya mengerti pasti sukar ibu-suri melalui ujian sebegini. Maklumlah dari seorang yang aktif.Kerna saya sendiri melalui dugaan itu dan perlu kerusi roda(Walaupun dalam konteks berbeza,saya sudah acapkali melihat teman-teman sewad di hospital).
Sukar untk saya katakan, namun apabila kita ditimpa musibah dan dugaan, barulah kita mengerti akan erti ketabahan itu. Ketabahan itu pula hanya padaNya kita sandarkan harapan,kan IM...
IM,semoga Allah memandang ketabahan kita itu meski kdang kala kita sesekali diusik hilang sabar.Maaf andai kata2 saya mengguris IM dan teman2.
p/s:saya tinggalkan jejak di sini,melalui blog peribadi saya yang agak jarang saya iklankan pada orang lain sehingga beberapa hari lepas, suami memberikan saya motivasi ttg blog ini...
semuga KLQ terus sudi ziarahi IM dan meninggalkan sedikit pesanan yang diharap akan dapat memberi IM tolakan untuk terus komited dengan hidup yang ikhlas bersama ibu_suri.
IM seorang insan kecil yang beremosi seprti laut. kekadang tenang kekadang bergelora.
sesama kita panjatkan doa muga Allah semburkan kekuatan ke dalam diri kita.
sekali lagi, terima kasih atas sudinya KLQ ziarah IM di waktu yang masih bersisa ini...
Waw, tabah dan setia..
Memang boleh jadi contoh yang baik untuk kami yang anak-anak.
Semoga Allah terus beri kekuatan.
harapnya begitulah. IM menulis disamping kerana memang gemar menulis, juga untuk meluahkan apa yang berbuku di hati, harap juga akan dapat memberi manafaat kepada lain orang yang membaca tulisan ini.
terima kasih lanratan sudi menjengah...
salam IM
kadang2 timbul rasa takut dan insaf membaca en3 disini ........ hari ini ibu guru dikurniakan kesihatan yang baik dapat menjaga anak dan suami serta ibu yg masih boleh menguruskan diri sendiri ..... takdir utk esok entah macam mana, tiada siapa yg dpt meneka apa yg akan berlaku.... mudah2an kita sentiasa ingat dan tidak akan lupa dengan yang 5 itu...
kita sekadar usaha menjaga kesihatan jasmani dan rohani. tuhan berhak atas segalanya.
berdoalah muga hujung usia kita kelak kita tidak akan menyusahkan orang yang akan menjaga kita!
salam,
Kesabaran....terus mengalir bak air. Jika dibendung, ia tetap akan mengalir. Sipembendung perlu teguh. Jika pecah, banjir berlaku!
benar. membendungnya perlukan kekuatan empangan. motivasi, kaunseling, nasihat dan doa adalah di antaranya.
rakan-rakan adalah penjana...
Akhi,
dari jauh, saya hanya dapat ucap sabar dan tabah. Wbp, ia tetap memberi inspirasi kpd saya.
ws
razip,
terima kasih. berbesar hati dengan ziarah enta ke blog picisan IM ini di celah-celah kesibukan enta bersama masyarakat.
Suami mithali. Ibu suri seorang yang bertuah dapat suami macam ko IM. Semoga Allah merahmati IM dan Ibu Suri, amin.
ameen. beacat juga gitu hendaknya!
Catat Ulasan