BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, Julai 06, 2010

Hakikat Hidup

Letih. Memang letih. Lebih-lebih lagi kalau ditanya soalan yang sama bertubi-tubi.

"Bila I nak baik?"

"Abang tak kesian kat I ke?"

Semalam, selepas sahaja mandi dan makan ubat, ibu_suri minta aku temankan dia di katil hingga tidur,

"I tak mahu u tinggalkan I. kalau boleh I mau u sentiasa ada di tepi I"

Hmmmmm........

"Masalah u ialah u masih tak dapat terima hakikat yang u ni ditakdirkan Tuhan mendapat sakit ini. Cuba u tengok mak abang, dapat stroke hingga lumpuh sebelah kiri tapi mak abang kelihatannya cukup tabah. Dan dia masih beruntung berbanding kawan mak abang yang selalu car pool dengan abang tu. Mak dia stroke seluruh badan. Terbaring sepanjang hari. Hendak bercakap pun sukar. Hanya guna bahasa isyarat."

Aku urut-urut tangan ibu_suri. Usap kepalanya. Dan picit-picit bahunya. Muga-muga sentuhan yang begini akan dapat mengaruhkan kehangatan dan kemesraan sekaligus mengurangkan ketegangan di jiwa ibu_suri.

Sebenarnya, sikap ibu_suri yang tidak sabar dan sukar mengakui hakikat diri adalah antara faktor yang membuatkan dirinya semakin lemah.

Semalam, seharian ibu_suri tidak mahu makan. Badannya makin lesu. Beratnya turun 1 kilogram lagi.

Adapun, aku sendiri sesekali merasa letih menulis perihal ibu_suri. Letih kerana seperti tidak ada modal lain untuk ditulis. Namun, itulah hakikatnya duniaku kini.

Akhirnya ......... aku yang ........ ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzz....... di sisi ibu_suri!

13 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Mudah2an ibu_suri segera mendapat kembali semangatnya yang hilang.

ahmad humairi berkata...

salam,

akuilah kesalan sendiri...jangan bersikap suka menyalahkan orang lain!

hentian berkata...

jika mampu mengakui kesalan sendiri, sesungguhnya dia itu mempunyai jiwa yang besar.

hentian berkata...

bagi yang mampu mengakui kesalan diri sendiri, memang dia itu berjiwa besar!

hentian berkata...

kiranya kita mampu mengakui kesalan diri sendiri, sesungguhnya kita memang mempunyai jiwa yang besar!

Hjh Noralenna Abbas berkata...

Salam,
InsyaAllah dengan meluahkan perasaan melalui penulisan boleh meringankan kerisauan.

hentian berkata...

kalau mampu mengakui kesalan diri sendiri, dia itu memang berjiwa besar.

ibuintan berkata...

ibu_suri kerunsingan dan dalam rasa tertekan dengan kesihatannya, dalam keadaannya begitu dia perlu seseorang yang boleh sentiasa menemani dan mendampinginya..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.

IM..dlm setiap sujud terakhir waktu solat,amalkan doa..

ya ALLAH,sesungguh nya isteri aku telah di timpa peyakit dan musibah,sedangkan engkau saja la tuhan ku yg maha pengasih dari yg pengasih.masuk kan aku melalu jln yg benar,dan keluarkan aku dr jln yg benar.lindungi la aku dr mensyirik kan MU YA ALLAH,dlm usaha aku mengubati penyakit isteri aku ini.
tiada daya dan upaya ku Ya Allah,melainkan kekuatan MU yg maha tinggi lg maha besar.

IM..SETIAP masalah ada jln keluar nya.bersabar dan bertawakal la.minta ibu suri jgn tinggal solat,dan perbanyak kan solat2 taubat dan tahajud .

Unknown berkata...

ya, mereka yang berjiwa besar dan bersemangat waja di samping rujukan AQ dan Sunnah dapat meneruskan kehidupan di dunia..
Menyesal??Adakah kita x pernah menyesal spjg hidup kita..
IM, teruskan menulis..Moga ada sinar di hujungnya, IA~

iBu...gUru berkata...

salam IM
Usaha, doa dan tawakal yang dapt kita lakukan sebagai hamba.......... Apabila Dia lambat makbulkan doa mu, Dia ingin menguji mu..........
Apabila Dia tidak memakbulkan doamu maka Dia merancang yang lebih baik untuk mu..............

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm IM.
Kak G telah melihat byk kejadian & penyakit, menyaksikan pelbagai musibah & keajaiban.
Pengajaran utama dari semuanya:
-Jangan sesekali berputus asa, kerana Allah SWT tidak suka sedemikian rupa.
-Jangan sesekali menjauhkan diri dari Allah SWT kerana jika begitu, Allah SWT jua akan menjauhkan dirimu dari Rahmat & NikmatNYA.
-Tiap musibah yang berlaku ada sebabnya, maka muhasabah diri, mohon keampunan dari Allah SWT supaya kita semakin dekat padaNYA.
-Setiap penyakit itu sendiri adalah bagi menghening dosa.
Sama2lah kita sentiasa berdoa & tabah menghadapi segalanya. Insya Allah, mesti kebaikan & kebahagiaan juga balasanNYA.

hentian berkata...

tkasih kak G. kehidupan tidak selalunya sempurna. namun kesempurnaan bukan selalunya menjamin ketenangan. banyak kalanya kesederhanaan adalah lebih baik.

sabar dan tenang adalah sebahagian dari kesederhanaan itu.

amat berbesar hati dengan kunjungan kak G serta lain-lainnya selalu ke laman yang tak sepertinya ini.