Aku kagum dengan 'pemergian' abah aku dalam 2 perkara. Dan aku harap aku dapat mencontohinya walaupun berkemungkinan ianya jauh dari mungkin.
Abah, walaupun tidak berkelulusan setinggi dan bergaji ribu-ribu seperti aku, 2 perkara ini belum tentu boleh aku warisi.
Satunya pemergian abahku ke alam Baqa' tidak lansung menyusahkan isteri dan anak-anaknya. Seminggu sahaja dia berada di hospital setelah disahkan menghadapi kegagalan fungsi ginjal. Setelah seminggu rawatan, seminggu pula berada di rumah. Tanpa sumbangan dari aku, adik-adikku menjaga makan mandi abah. Kemudian abah pergi dalam keadaan yang mudah dan aman.
Keduanya pemergian abah tidak sedikit pun meninggalkan hutang. Sebaliknya emak ditinggalkan dengan sedikit simpanan bank dan pencen. Sebuah rumah sederhana besar dengan sebidang tanah walaupun sekangkang kera dengan anak-anak yang tinggal di sekelilingnya untuk menjaga emak.
Mudah dan simple hidup abah. Hatinya tidak pernah ada hasad dengki dan sangka buruk terhadap lain orang. Tidak pernah mengadu sakit lutut, darah tinggi atau lelah. Tidak pernah cerewet dengan apa yang dipakai dan dimasak oleh emak.
Pemergian abah di kala umur melebihi 70 tahun sebenarnya menjadi garis ukur prestasi aku dikala usia ini.
Al Fatihah buat abah yang entah kenapa aku sering mengingati dan menghargainya. Selalu!
19 ulasan:
Al Fatihah..
Moga roh abah tuan ditempatkan dalam taman orang-orang yang beriman....
Al Fatihah..
Sekurang2nya dia diantara orang yg beruntung kerana dh terlepas dari masalah dunia.. dan Abg dpt juga pengalaman hidup dgn seorang Abah.
Saya pada usia 4 tahun, Abah saya dh tak ada... Afaaltullah...
salam,
bila abah datang ziarah,
dalam mimpi atau jaga,
sedekahkan al fatihah,
kita kan menyusul juga.
Alfatihah,
samalah seperti abah saya yang tidak pernah berhutang pada sesiapa, prinsip hidup yg tak dapat saya ikuti...pantang berhutang
tapi ramai yg berhutang padanya dan sebelum dia meninggal abah dah halalkan semua hutang2 tersebut
Aslmkm.
Al Fatihah. Semoga dicucuri rahmat.
Bagi kita yg tinggal, teruslah berusaha untuk meneguhkan iman, mempertingkatkan taqwa & menggandakan amalan sesuai SERUAN ILLAHI.
sesama kita berdoa supaya kita sempat melangsaikan hutang semasa masih di dunia ini.
al-fatihah
Kita selalu merasakan diri yang belajar tinggi-tinggi ni cerdik. Tapi yang sebenarnya cerdik ialah orang tua kita yang berjaya mengelak daripada berhutang walaupun gaji yang depa dapat jauh lebih kecil daripada gaji kita.
alfatihah.
salam IM
al-fatihah.......... moga your abah bahagia di sana....alhamdulillah your abah dpt membawa salah satu drp 3 yang dpt di bawa ke sana,ia itu .... doa dari anak yang soleh ..... rindu pada my abah yang telah 16 pergi ke Sana ........ alangkah bahagia jika my abah masih ada ......
hormatilah yang telah pergi. hargailah yang masih ada di sisi
salam...
innalillahi wainna ilahi rojiun...
alfatihah, semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg beriman
al fatihah uk arwah...
Assalamu'alaikum
Mohon izin singgah & terima kasih kerana sudi ke blog saya.
Tulisan sdr mengenai 'abah' mengingatkan saya kepada arwah abah saya juga. Sepanjang hidupnya, alhamdulillah, dia juga tak pernah sakit & tak pernah complain! Hanya beberapa hari sebelum pergi, pada umur 90 tahun lebih, dia kurang sihat. Semoga Allah mencucuri rahmat & memberi keampunan kpd arwah abah kita.
Ya... Muga dia bersama dengan golongan yang beriman.
Salam IM,
Setiap yang hidup, ada penghujungnya.
semuga penghujung kita memudahkan orang lain yang bertanggungjawap menguruskannya.
Semoga Allah juga memberi kekuatan dan keyakinan seperti mana yang telah diberikan kepada kedua-dua orang tua kita. Ak Fatihah
Catat Ulasan