BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, September 01, 2010

Di Sebalik Rumah Batu

Aku masih ingat. Beberapa musim Ramadhan yang lalu. Tika itu aku masih aktif dengan JIM sebagai setiausaha. Rutin aktiviti bila menjelang Ramadhan ialah membuat sumbangan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah. Punca wang sumbangan adalah dari ahli JIM atau ahli luar JIM.

Aku banyak bertemu dengan keluarga susah. Yang susahnya mereka itu kekadang tidak pernah terlintas di benakku sebelum ini. Seperti tidak logik tapi kenyataannya di depan mata.

Aku dan rakan-rakan singgah di sebuah rumah. Ada suami yang lumpuh kedua belah kaki. Isterinya cuma terbaring di katil lantaran tua dan uzur, Anak perempuannya baru balik dari kerja.

"Saya kahwin dengan isteri saya kerana kasihan pada dia. Dia lebih tua dari saya tapi saya tak kisah. Demi mahu menjaga, saya mengahwininya."

"Selain dari dia (anak perempuan), kami ada seorang lagi anak lelaki. Tapi..... tu dia la... Nak cakap pun salah... tak cakap pun salah."

Rupanya, anak lelaki yang dimaksukan itu tinggal hanya beberapa jengkal dari rumahnya. Tapi anak lelakinya ini tidak pernah ambil peduli hal mereka. Malah, tingkap yang menghala ke rumah mereka pun di tutup. Anak-anak mereka di larang dari bermain di rumah pak cik ini.

Begitu kering dan dangkal sikap anak lelakinya itu.

"Terlalu dengar cakap isteri," celah anak perempuan pak cik itu.

"Tuhan sajalah yang membalas jasa baik anak-anak semua. Jarang ada orang yang datang bagi sumbangan kat pak cik ni." sambil mengesat airmata.

Beginilah dunia. Di sebalik rimbunan pohon yang rendang dan rumah batu yang tersergam indah di kiri kanan jalan yang saban hari kita lalui, rupanya jauh ke dalam ada rumah usang yang penghuninya amat memerlukan kasih sayang dan rasa prihatin dari insan seperti kita, rakyat marhaen!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada di antara insan tersebut tidak pernah mengadu pada orang lain, apa lagi meminta2. Lihatlah betapa besar jiwa mereka berbanding dengan kita... TK En IM for bringing this up. Moga2 di bulan yang mulia ini, kita dapat bertemu mereka2 ini & menyumbangkan sesuatu...

Kakcik Seroja berkata...

Semoga kasih Allah melimpahi mereka.

ahmad humairi berkata...

salam lailatulqadar,

moga sentiasa sedar bahawa dunia siang di sini, ada malam di sebelahnya.

hentian berkata...

ya.. memamg ramai yang masih memerlukan sedangkan kita masih boleh membazir.

kalau nak dikirakan, kita tak cukup masa dan tak cukup harta untuk membantu mereka...

Tanpa Nama berkata...

Salam IM,

Semoga sihat di bulan Ramadhan ni.

Begitulah kehidupan kita yang zahir di mata tak zaman disebaliknya.

Syahazli berkata...

Setiap dari kita tak dapat lari dari masalah, masing-masing dengan kisah masing-masing, yang berbeze hanya berat ringannya.

Apa pun, semoga IM dapat aktif macam dulu, semoga dipermudahkan dan dibukakan jalan oleh Allah agar segala masalah IM juga diringankan.

hentian berkata...

tk.

memang IM rindu sesangat akan zaman IM aktif dengan kerja memasyarakatan.

IM selalu doakan zaman itu berulang kembali sebelum IM menutup mata buat selamanya.

Maiyah berkata...

sayu.. rasa kekurangan diri.. tp dr sudut lain ada yg lebih kurang dlm keadaan yg lain

ibuintan berkata...

salam Im,
apa yg kita buat kepada kedua ibu bapa semasa hayat mereka, akan kita hadapi juga di masa hayat kita masih ada.

tunai Allah beri kepada mereka semasa mereka hidup lagi..

itulah yang saya lihat sekarang, seorang nenek tua yg terbiar sendiri walaupun ada lapan org anak tak seorang pun dtg menjenguk, sendiri di bulan mulia ini tidak dipedulikan, itulah juga yg dilakukannya dulu semasa hayat ibunya masih ada ( walaupun ibu nenek itu tinggal disebelah rumahnya saja)

hentian berkata...

maiyah,

memang lain padang lain belalang. lain orang lain susahnya.

ibuintan,
kesusahan mereka menjadi iktibar buat kita dan mereka yang celik matahatinya.