BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, September 28, 2010

Epal

Aku ada menerima satu e-mel yang di dalamnya ada diselitkan kata-kata ini. Ingin aku kongsikan bersama kalian. Muga memberi manafaat.

' Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu; kemudian kita tukar ilmu tersebut. Anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu. '

20 ulasan:

kakcik berkata...

Ada yang tersirat di sebalik yang tersirat. :)

kak wan berkata...

Kalau epal tu di bahagi - bahagi, lagi ramai yang boleh merasanya....

Insan Marhaen berkata...

tapi pahala dari ilmu yang dikongsi bertambah macam MLM.

ahmad humairi berkata...

salam,

tragedi buah epal,
...terbelah di sisi sebilah belati..

ahmad humairi berkata...

...errr...tengok lencana SRC tu...saya gak bekas pelajarnya...tahun 1978/79 ...dok asrama Sang Nila Utama.

CgMas berkata...

En IM: tidak semudah itu sebenarnya 'bertukar2' ilmu... pada usia yg nak senja ini kita ada ilmu yang jadi asas pada tindak tanduk (amal) kita selama ini... jika ada saudara2 kita yang cuba menyampaikan ilmu yg asing pada kita, mulalah kita menyoal siapa dia, apa yg dia telah buat dsb... adakah kita cuba menyelidik sama ada ilmu itu benar, hak, dari Allah dan disokong dengan dalil/nas yang kuat/sahih? Maaf jika agak keras bunyinya ayat saya ini...

Lana~Bulu berkata...

Mesej yg teman paham adalah..harta yg dijaga tak kemana tapi ilmu yg diamalkan dan diajarkan akan berkembang utk orang lain dan juga diri sendiri...

ainnoraini berkata...

dalam maksudnye tu...

Insan Marhaen berkata...

ahmad humairi,

I was SRCian 1976/1977.

Insan Marhaen berkata...

CgMas,
tentunya kalau umur dah senja kita punya neraca yang baik untuk menimbang mana yang haq dan batil

dan tentunya kita punya daya hikmah yang mantap untuk menolak yang batil dan mengiyakan yang haq walaupun terkena batang hidung sendiri...

Mila@Rimbun berkata...

Ilmu ini tidak terbatas kepada ilmu2 agama or akademik shj... contoh kalau kita tahu nak buat kuih keria yang sedap, then share with others... dah berkembang ilmu tuh. Maybe ada antara org yg kita share ilmu itu nnt menggunakan ilmu itu untuk memberi nafkah yg halal untuk keluarganya.. besar pahalanya untuk kita..

maiyah berkata...

ilmu yg baik dan manfaat mmg patut di kongsi.. jgn simpan sorang2.. dapat pahala wooo :)

hrusli61 berkata...

Epal akan habis dimakan, tetapi ilmu yang dimanfaatkan dan disampaikan akan berterusan pahalanya hingga ke kubur.

Di kubur semuanya tak laku cuma amalan sendiri dan;
* ilmu yang disampaikan,
* sedekah jariah dan
* anak yang soleh yang mendoakannya.

Tiga perkara ini hendaklah kita semai dari sekarang.

kak Erna berkata...

IM..kongsi ilmu tu kan..

kakpah berkata...

saya nak tukar ilmu dan epal...

ibuintan berkata...

epal kita tukar, kita makan.... habis...

ilmu kita tukar, kita dapat, kita guna..... makin berkembang

Insan Marhaen berkata...

komen mengkomen ni pun boleh dikira tukar menukar ilmu juga, ya...

fa*atip berkata...

janganlah jadi orang yang kedekut ilmu..**saya ada beberapa orang kawan yang begitu** :(

ilmu orang lain dia cuba korek sebanyak mungkin, tapi ilmu dia seboleh2 nak kunci dalam peti besi!

**rasa nak sekeh kepala dia!** hehe

fa*atip berkata...

janganlah jadi orang yang kedekut ilmu..**saya ada beberapa orang kawan yang begitu** :(

ilmu orang lain dia cuba korek sebanyak mungkin, tapi ilmu dia seboleh2 nak kunci dalam peti besi!

**rasa nak sekeh kepala dia!** hehe

blueCITY® berkata...

salam,
heheheheh
kalau epal, limau leh arh kita tukar tukar,
kalau hati?
boleh ke?
ekkekekek....

terima kasih dgn ilmu ini.