BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Khamis, September 09, 2010

5 Perkara

Orkut Scraps Eid Ul Adha


*** SELAMAT HARI RAYA ***

buat semua yang sudi membaca tulisan-tulisan bilis di blogku yang tak sepertinya selama ini!


.............oooo0000OOOO0000oooo..............



Esok, Syawal akan tiba untuk gantikan Ramadhan. Cepat rasanya masa berlalu. Tak terhambat.

Aku temani ibu_suri yang tampak murung di bibir katil. Aku faham perasaannya. Lebih-lebih lagi bila dia melihat aku bak lipas kudung mengemas rumah. Takut tak sempat.

"Sori, I tak dapat tolong u."

"Ah, takpa."

"I tak seronok."

"Tak mau sedih-sedih macam ni la. Kita kan nak Raya. Takpa, abang kemas rumah. Anak-anak ada boleh tolong. Kan abang dah cakap kat u; yang penting ialah u mesti terima qada dan qadar Tuhan yang memberi u tak sihat (aku jarang guna perkataan sakit demi menjaga hati ibu_suri). Kedua, u mesti jaga kesihatan. Makan ubat dan jangan banyak tidur. Ketiga, u mesti banyak berdoa pada Tuhan supaya cepat sembuh; banyak beristighfar dan zikir. Keempat, u mesti selalu bersikap positif. Sikap positif boleh bantu u sihat dengan cepat. Ada tengok abang selalu sedih depan u?"

Geleng kepala.

"Hmm... jangan ingat abang selalu senyum dan ketawa depan u bermakna abang tak sedih dengan keadaan u. Sebaliknya abang akan selalu fikir macamana usaha untuk berubatkan u. Kelima, u mesti banyak bersabar. Kuatkan semangat. Keadaan u ni sebenarnya masih ok berbanding orang lain yang kudung kaki atau yang tak boleh bangun lansung. u, at least boleh berjalan walaupun cepat letih; boleh makan walaupun kurang selera; boleh berbual walaupun kurang lancar. Ada orang yang lansung tidak boleh buat semua ni."

Tarik nafas panjang.

"Rehat dulu, ya! Abang nak mandi dan sembahyang."

" Sembahyang tepi I, ya!"

Ok.... No problem!

9 ulasan:

CgMas berkata...

Hmmm... pakar motivasi, perancang, penenang, pengurus dan perunding. Ada 5P! Syabas En IM!

CgMas berkata...

Hmmm... pakar motivasi, perancang, penenang, pengurus dan perunding. Ada 5P! Syabas En IM!

kakcik berkata...

Selamat menyambut Lebaran buat IM, Ibu_suri dan anak-anak. Maaf Zahir dan Batin. :)

hrusli61 berkata...

IM selamat Hari Raya semoga diberkati. Ampun dan maaf dari kami sekeluarga sepanjang kita bersahabatan kita.

Agar ibu_suri lekas sembuh dan kembali ceria .

Selamt berlebaran.

ibuintan berkata...

selamat hari raya buat IM sekeluarga, mohon maaf kalau ada komen yg tersentuh hati selama ini..

maiyah berkata...

mmg bertuah akak ye.. punyai insan yg berhati mulia

salam aidilfitri sekali lagi.. maaf zahir dan batin

Insan Marhaen berkata...

CgMas,
tak sangka IM banyak kepakaran, ya!

kak cik,
balik kg ke raya ni? IM raya kat taman dulu...

Insan Marhaen berkata...

hrusli61,
SHR juga dari IM. tkasih atas sokonganmu selama persahabatan kita. muga kehangatan persahabatan ini berkekalan...

ibuintan,
SHR dari IM. siapa sangka ya kita bersahabat di alam maya. nak hanntar kartu tiada alamat rumah. nak ziarah terasa jauh.

bermaafan kat alam siber je...

Maiyah,
Kita sama-sama pun beruntung kerana masih berpeluang meraikan ramadhan n syawal tahun ini.

en_me berkata...

salam aidilfitri juger wat abg IM ittewww.. ja’alanallahu minal ‘aidin wal faizin, maaf zahir batin dr me yg jauh dimata..