BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, September 21, 2010

Tanpa Prejudis

Sebenarnya aku jarang bermasa untuk menelusuri blog-blog cerita politik. Tapi bila kawan aku meng-emel kisah pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan, aku jadi teruja untuk lebih mengikutinya. Aku memang udah maklum sebelum ini bahawa baginda dikatakan amat menghormati akan alim ulama dan kerap menjadi iman sembahyang jamaah dan amat  menyayangi masjid.


Mungkin ini berkat doa rakyat Kelantan yang inginkan sebuah Kerajaan dan Intitusi Beraja yang meletakkan Islam di atas segalanya. Berbahagialah rakyat Negeri Kelantan kerana mempunyai kepimpinan yang adil dan bersih.

Aku harap selepas ini akan ada lagi negeri-negeri yang mempunyai Raja atau Sultan yang bukan setakat berjiwa rakyat malah berjiwa Islam.

Boleh sorot berita-berita yang aku pautkan di sini untuk perkongsian bersama.

1. Allahu Akbar Ganti Daulat Tuanku

2. Apabila Tuanku Mengangkat Ulama

Aku menulis ini dari hati yang tulus tanpa prejudis terhadap politik.

p/s: harap abaikan komen negatif di bawah setiap entri pautan.

9 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Allah sentiasa merahmati Tuanku dan kerajaan naungan baginda. Amin

Kamsiah yusoff berkata...

salam
rumah siap,pahat berbunyi...ayahandanya baru failkan kes kat mahkamah..pemasyuharan Tengku Faris tak sah...adui..mcm2 hal...bila melibatkan wang dan kuasa...tak kenal anak beranak,adik beradik...
tp rakyat kelantan amat sukakan sultan yg baru ni..berjiwa rakyat,sederhana penampilannya,alim..

ibuintan berkata...

teman-teman dari negeri Kelantan yg merantau ke mari amat mengagumi Sultan yang baru ini, semoga Kelantan terus makmur di bawah naungan baginda....

hentian berkata...

hmmm.. begitulah hendaknya. tapi kalau benarlah ada isu mahkamah... cuma akan menjatuhkan imej kesultanan itu sendiri.

sedih juga dengarkan ini..

Maiyah berkata...

daulat tuanku! :)

abu muaz berkata...

Rakyat kelantan faham semua peristiwa ini.Mereka sudah masak sangat dengan sepak terajang politik ni.

zakir932 berkata...

RAraser-rasernya elok tak malaysia jadi sistem monarki macam brunei

FaAtip berkata...

zaman2 dulu sultan terdiri dari golongan yang alim2 dan kuat agama. semoga Sultan Kelantan yang baru menjadi contoh bagi yang lain2. Kerana sultan pemegang amanah agama Islam. di sana kelak antara yang pertama yang akan disoal. Wallahualam. Allahu Akbar!

Unknown berkata...

SALAM,
SANGAT SETUJU ! BAGINDA SULTAN & RAJA2 & PARA PEMIMPIN NEGARA BUKAN SAHAJA PERLU BERJIWA RAKYAT TETAPI JUGA BERJIWA ISLAM.