BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Isnin, Ogos 30, 2010

Balik Kampung

Aku balik kampung Sabtu lalu. Puas hati kerana sempat singgah rumah Mak Nyah; kakak kepada abah. Itupun bila mak beria-ia pesan suruh singgah. Bila mak pesan begitu aku faham sangat. Mesti singgah kalau tidak mahu rasa terkilan di belakang hari.

Berbuka puasa dengan mak menyeronokkan. Mak cukup positif orangnya. Walaupun dia terpaksa mengisut ke bilik air dan ke katil, wajahnya tetap tenang.

Ok pula ibu_suri kali ini. Sikit-sikit ok ... ek.. tu biasalah! Banyak mengadu pada mak tentang keadaannya dan mak pula banyak memberi nasihat. Mak diserang angin ahmar hingga lumpuh bahagian kiri badan sementara ibu_suri pula ahmar di bahagian saraf otak. Hmmm...

Aku kemas dapur mak yang berselerak dengan pinggan mangkuk dan kain tak bercuci. Aku gantikan tungku dapur mak yang dah reput dimakan api. Belikan sesangkar telur ayam. Juga gantikan sabun basuh pinggan dan sepan.

Jam 4.30 pagi aku bangun untuk sediakan juadah sahur. Kebanyakkannya adikku Duyah sudah masakkan siang tadi. Ada satu dua mata aku beli dari kedai. Lainnya, aku cuma perangat dan modify sikit-sikit jer...

Aku pesan pada adikku supaya potong rumput depan rumah mak yang nampaknya sudah mula panjang. Habis kaki seluar aku kena kemuncup tatkala menjemur pakaian.

Pendekata, aku puas dengan ziarahku kali ini. Tambah pula Angah yang memandu kereta sementara aku jadi bos di belakang. Sesekali, best juga...

Sebelum balik aku peluk cium mak dan beri sedikit RM. Sikit je....

Juga tak lupa kepada Duyah, satu-satunya adik perempuan aku yang sanggup mengorbankan kerjanya semata-mata untuk menjaga mak sepenuh masa walaupun ekonomi keluarganya sendiri agak goyah. Pengorbanan yang aku sendiri tidak sanggup lakukan walaupun aku abangnya yang paling tua.

Muga-muga Allah beri ganjaran yang sebaik-baik kepada Duyah, adikku yang pendiam ini...

Ameen!

10 ulasan:

kakcik berkata...

Seronok bila dapat menggembirakan hati orangtua dan bila melihat mereka gembira dengan apa yang kita lakukan untuk mereka. :)

kak wan berkata...

saya ingin sekali buat seperti yang IM buat kat ibu IM tapi rasanya tak terdaya sebab komitmen pada family sendiri .juga Tahniah buat Duyah sudah pasti Duyah bahagia dunia akhirat.

ninie's corner berkata...

Alhamdulillah...setiap pengorbanan ada ganjarannya, samada kita sedar @ tidak...juga samada didunia @ diakhirat kelak.....

ahmad humairi berkata...

salam lailatulqadar,

berkorban apa saja...

al-lavendari berkata...

semoga ditabahkan hati Duyah dan dipanjangkan umur serta diberi kesihatan agar dia dapat terus berbakti.

siti murni berkata...

Salam IM...

Alhamdulillah...berpeluang menghabiskan masa bersama bonda.

p/s: kemuncup = temucut
kan?hihi...

maiyah berkata...

salam.. sudi le kiranya terima kad raya dr sy.. makasih

Insan Marhaen berkata...

terima kasih buat yang memberi respon. maaf, belum ada masa untuk balas ziarah.

Cikgu Nurin berkata...

Seronok dan bahagia dapat jaga mak...saya sempat ambil cuti tanpa gaji gaji mak sakit selama sebulan sebelum amk pergi meninggalkan kami di bulan ramadhan...rindunya tak terkata...

ainnoraini berkata...

saye pun ade mak yg tak berapa sihat dan pernah kene strok semuanye kami kene uruskan tapi sekarang alhamdulillah dia sudah pulih sedikit...

saye menangis bile saya mandi dan menyikat rambut dan memotong kuku mak saye...bagi saye tak ade tandingan pergorbanan ibu saye semasa membesarkan saye sehingga sebesar ini...kini tibe giliran saye melayan mak saye sebagaimana dia buat ketika saya mase kecik dulu2..mmg tak terbalas jasa mak saye...

salam kenal dari saye....