Suasana iftar dari sudut pandangan aku adalah sesuatu yang mengagumkan.
Untuk keluarga yang jarang makan bersama seperti keluarga aku, iftar seolah-olah satu kemestian bagi individu yang sibuk dan selalu makan di luar waktu, akan pulang terus ke rumah untuk iftar bersama anak isteri atau bersama mak dan adik beradik. Berkongsi juadah yang sama malah kekadang tolong menghabiskan lebihan makanan orang lain. Tidakkah ini satu bentuk tautan ukhuwwah yang hebat?
Makan juga pada waktu yang serentak bersama dengan jiran-jiran setempat malah sedaerah. Kalau sebelum ini kita tidak teringat hendak baca doa makan akan tetapi bila iftar teringat untuk baca doa iftar.
Malah seperti bebaru ini, Along sanggup balik dari Batu Caves, Kuala Lumpur semata-mata untuk mahu iftar bersama aku, ibu_suri serta Angah. Selera ibu_suri tampak bertambah malah boleh meratah lauk lagi.
Tidak hairanlah jika malaikat akan mengerbangkan sayapnya pada setiap keluarga dan menaungi mereka yang iftar bersama di dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Tidak ada gaduh-gaduh atau iri pasal makanan, tidak ada marah-marah dari ibu dan ayah. Kemudian disusuli pula dengan solat berjamaah.
Indahnya hidup ini kalau suasana ukhuwwah sebegini kekal disemarakkan!

11 ulasan:
betul sangat tu IM...
harap2 kasih sayang makin tebal dalam hati kita dengan ahli keluarga
waktu yg sesuai bg menambahkan kemesraan, mengeratkan ksh syg...:)
Salam IM..
semoga keakraban yang terjalin di bulan ini akan terus berpanjangan...
muga juga kasih sayang keluarga kita dapat menjadi contoh kepada keluarga lain juga.
Bila kasih sayang memenuhi ruang hidup maka tidak adalah yang berselerak ke luar rumah dan buat perkara yang tidak elok sepertimana yang heboh sekarang ini.
salam,
bila dah berkumpul...pasti iftar bersama.....ini fenomena yang tidak ada di waktu lain...sungguh unik!
semoga keluarga yang dilimpahi kasih sayang akan terus mendapat rahmat dan keberkatan...
sememangnya Ramadhan bulan untuk mempereratkan lagi hubungan kekeluargaan dan memupuk kasih sayang
umat Islam telah kehilangan suasana ini di dalam budaya hidup mereka.
dan ianya mesti dipupuk kembali. masak bersama, hidang bersama, makan bersama dan mengemas bersama.
Salam IM,
tak sabar menanti suasana yang sama tahun ini.
Aslmkm IM.
Kak G merasakan keadaan seperti ini semasa tinggal di Kuching dulu ... mereka mmg betul2 meraikan.
Tetapi di Semenanjung ni biasanya bersama keluarga & kawan rapat ... Now almost exclusive begitu.
ya... keindahan berbuka, sahur dan beribadah tidak ada di bulan lain. dan suasana begini jika tidak dipupuk akan menjadi hambar sehambarnya iman ...
meriahnyer kanns..
Catat Ulasan