BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, April 02, 2011

Tidur Rumah Kawan

Sewaktu makan pagi di kantin lokasi kerja, aku sempat diberitahu oleh rakan tentang anaknya yang mula pandai tidur di rumah kawan. Aku amat memahami kebimbangannya kerana insiden itu pernah  aku lewati lama sebelum ini.

"Anak ini kalau masih kecil letih badan kita kerana nak hambat dia berlari dan memanjat ke sana ke mari. Bila dah umur belasan tahun pula letih jiwa raga kerana risau akan arah jalan kehidupannya. Bila dah dewasa letih fikiran pula kerana nak menguruskan kedewasaannya pula."

Foto hiasan Google
Ujarku lagi, "anak ini kalau dah mula balik lewat selepas 8 malam, selalu membeli gula-gula Hacks, masuk bilik, kunci pintu atau sering tidur di rumah kawan.... ada sesuatu yang perlu kita khuatiri."

Pada pandangan aku makan malam bersama adalah aktiviti paling minima perlu ada dalam  setiap komponen keluarga. Paling baiknya, hidangan itu dimasak dan disediakan oleh ibunya sendiri.

"Cuba kita fikir, makanan yang paling kita gemari ialah makanan yang emak kita masak dulu. Dan cuba bayangkan zaman ini; bagi keluarga yang selalu makan di kedai.... kenangan apa yang anak mereka boleh bawa ke masa dewasa mereka kalau ditanya tentang makanan yang paling mereka suka?"

Sebenarnya, kata-kataku pada kawanku itu adalah pengalaman yang aku sendiri lalui dalam kehidupanku; bukan retorik atau puisi yang puitis!

22 ulasan:

ghost berkata...

dan aku yang masih lagi sebagai seorang anak mula rasa bertuah kerna aku semakin sedar akan hal itu..

ibu bapa mana yang tak bimbangkan anak-anak dia sekalipun semuanya sudah besar.naluri itu sangat berbeda denag naluri anak.

nadz berkata...

betul tu..
sesamalah kita mengawasi gerak,sikap dan perjalanan hidup anak-anak kita..w/salam

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum IM,

Betul. Makanan yang dimasak oleh mak dan kadangkala ayah akan dikenang oleh anak-anak sampai bila2. Mereka tetap akan bandingkan dan rindu kesedapan masakan mak/ayahnya bila makan ditempat lain.

Sekarang ni susah nak kata makanan 'spesial' untuk anak-anak. Semuanya mereka dan selalu makan.

Tentang anak balik malam ni, satu perkembangan yang kurang sihat sikit, kalau boleh cuba pantau.

hentian berkata...

ghost writer,
anak pun insyaAllah satu hari nanti akan jadi bapa. dan akan melalui kebimbangan itu.

nadz,
ya.. kesedaran begini yang penting.

kunang-kunang,
IM selalu teringat masakan mak. Adik-adik IM pula selalu bercerita masakan IM untuk mereka masa mereka masih kecil dulu.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

sebab tu kami jarang makan di luar kecuali hujung minggu.

ibuintan berkata...

saya juga mula bimbang dengan keremajaan ke tiga2 anak sekarang ni, bimbang mereka tergelincir


saya juga memang menjadikan makan malam bersama satu kemestian

attholib berkata...

amat benar.. amat benar sekali... Nasihat buat diri ku jua..

norh berkata...

ingata utk sendiri jugak.
dulu lain, sekarang lain..

hentian berkata...

azrina,
boleh makan di luar cumanya selalu makn di rumah dengan sediaan ibu bapa sendiri.

ibuintan,
bimbang itu satu signal positif mengenai keprihatinan ibubapa.

mutalib,
memang itu tujuan IM menulis. tazkirah sesama kita.

norh,
dulu lain sekarang lebih lain. tetapi tanggungjawap tetap sama.

YUSRI berkata...

dari masak kat rumah mengajar erti kerjasama. Anak tolong basuh pinggan. Ayah tolong potong bawang. Mak masak. Betapa ruginya kalau kita tak makan kat rumah.

Suara Hati Ini.... berkata...

btl2..like this post...

Aida Ali berkata...

Salam IM. Era internet ni lagailah banyak cabaran yang melanda anak-anak kita dan kita juga. Semoga segalanya dapat kita tangani dengan baik.

hentian berkata...

yusri,
itu adalah terbaik dalam institusi keluarga.

suara hati ini,
tk kerana suka post ini. post-post lain pun harap memberi manafaat.

aida ali,
hah, duduk dalam bilik, kunci sambil layari internet tu la... lagi kita kena skodeng!

Granny Hani berkata...

saya seorang ibu yg masih membesarkan anak secara 'zaman Batu'
ini tak boleh, itu tak boleh..Tapi hasilnya syukur, mereka walau dah mula hidup di hutan batu tapi tak jadi tarzan.

Guru berkata...

saya bukan ibu yang rajin memasak... *sigh*

Maiyah berkata...

assalam..

mmg risau.. nk tegur mesti kena ada cara.. ada separuh tu kuat mmberontak

sud@is berkata...

lebih teruja dengan kata2 kawan, nasihat kawan dan segala2nya kawan..

hentian berkata...

hani,
ada yang berjaya cara begitu. tidak kurang sebaliknya..

a kl citizen,
ibu_suri juga ... pandai memasak tapi bukan rajin memasak..

maiyah,
yang kuat memberontak, kena tangani cara lembut.

sud@is,
itulah paten sosial anak masakini.

Unknown berkata...

selamat malam IM
tersangat rindu nak singgah sini..
ayu singgah guna mozila..
tak boleh bnak bubuh blog IM sebab ada virus malware dari blog IM iaitu Chedet.co.cc

harap2 sangat IM buang dahulu senarai blogger tersebut dari bloglist IM yer...

PS: sangat ralat

Unknown berkata...

alhamdullilah....ayu singgah sini dgn hati senang....
ini kalu ke 2 ayu buang blog IM di bloglist ayu

moga2 cukuplah....
ayu dah letak balik blog Im di bloglist ayu..moga2 lepas ini dipermudahkan ayu baca penulisan IM....

KELI OH KELI berkata...

benar kata saudara...makan bersama keluarga wajib diamalkan..

lagu di blog IM sangat damai...

BENIH IKAN KELI ROCK

NzA berkata...

betul tu...airtangan ibu boleh menjadikan anak2 lbh lembut hatinya....