BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, April 19, 2011

Mengembek Lagi

Aku mengembek beberapa kali. Entah kenapa, aku terasa sangat jauh hati. Mungkin agaknya kerana aku sudah dirasakan tidak boleh dimanafaat menyebabkan aku disinggit dengan begitu pedih sekali.

Foto Hiasan cuma
Aku mengembek. Entah untuk beberapa kali. Aku seperti merasakan, gerombolanku di sana memandang diriku persis makhlok yang asing. Benarkah namaku sudah dipadam dari senarai gerombolan itu? Atau aku sahaja yang perasan seperti diasingkan?

Aku mengembek lagi. Aku tahu, sudah hampir 4 tahun aku mengasingkan diri dari kelompok kambing-kambing itu. Tapi bukanlah sengaja. Aku keluar padang kerana aku perlu menjaga ibu kambing yang patah jiwanya. Rencat warasnya. Selama 2 tahun aku bergelut dengan resah dan keluh. Kemudiannya barulah aku dapat menerima rentak tari hidup yang asing itu. Hari ini aku cuba untuk menelusuri jalan lama. Aku cuba jengah padang lama. Aku cuba beri senyum percuma.

Sayangnya.. Aku disinggit atas kesilapan yang aku kira bukan sangat seberapa. Malah aku jadi hairan dengan fenomena yang tak kuduga.

Aku mengembek lagi untuk entah ke berapa kalinya. Aku hanyalah kambing yang terkeluar dari kelompoknya kerana terpaksa menerima takdir Ilahi. Yang kini cuba hendak kembali memasuki gerombolan di tengah padang tetapi tidak menjadi.

Tidak mengapalah...duhai! Biarlah aku sendirian dahulu membujuk hati. Esok-esok, aku cuba menjengah lagi dan memberi senyum manis seekor kambing.

Dikesementaraan ini, biarlah aku hanya mengembek di sini…….di dalam hati!

28 ulasan:

nyanyisunyi berkata...

kambing mengembek menyatakan keluh kesahnya...kita hanya bisa menjerit dalam hati untuk meyuarakan rasa hati..

Ariff Budiman berkata...

Biarlah kita mengembek dengan Allah sebab Allah maha mengetahui isi hati kita. Sudah lumrah gerombolan kambing andaikata seekor kambing terkeluar maka dikatakan tidak mahu lagi bersama gerombolan lain. Aku telah merasainya. Biarlah dulu.

maiyah berkata...

mmmmbekkkkk hehe.. sy nk try mkn daging kmbing sbb x prnh mkn lg.. asyik bedal lembu jek

Benjy berkata...

Alahai ... kesiannya kambing tu ... diasingkan oleh kelompoknya ... ini bahaya ni kalau dibiarkan berterusan nanti stress pula kambing tu nanti ..

Jalan Penyelesaian :- IM apa kata kita sembeli je kambing tu ... selesai masalah kambing tu ... setuju tak ?

ibuintan berkata...

sedihlah pulak

moga jauh hati IM tu tidak berpanjangan, insyaallah gerombolan itu akan menerima juga akhirnya

tehr berkata...

mungkin juga gerombolan tu terkejut
ambil yang elok je untuk difikirkan
yang tak elok biar saja gerombolan tu yang memikirkannya

LadyBird berkata...

xpelah :).. biar mereka pulaukan.. asalkan Allah tidak pulaukan kiter.. mereka x pernah lalui dan rasai ape yg kite raser.. mereka tak pernah mahu menyelami dan cube membantu menenangkan hati.. mereka hanya tahu kite yang menyepi.. biarlah mereka seketika kerana suatu hari nanti pasti mereka akan mengerti..

Suka makan kambing berkata...

Mungkin kambing itu bermasalah atau ada penyakit jadi kambing yang lain tidak mahu hampiri. Tuan kambing itu pula tentu tidak boleh menjualkannya kerana jika hendak dijual perlu yang baik-baik.

Maka kambing itu akan pupus begitu sahaja.

spy berkata...

Cth dan tauladan yg IM beri TIDAKlah boleh disamakan dgn cth yg ArRasul beri.Gambaran yg diberi oleh Nabi menunjukkan jika seseorg terpisah drp kumpulan yg baik-baik.

Maka hendaklah org itu cepat-cepat memasuki kumpulan yg dia terpisah tu.W/apa pun keadaan nya dia kena segera join balik supaya serigala tak mudah membahamnya.

So..tak payahlah nak beremosi sgt..ikut nasihat nabi kita bila kita terpisah je cepat-capatlah kembali kepangkal jalan..

jgn mudah ikut kata hati bisikan syaitan..betulkan kita dahulu..menulis dan realiti tak sama kadang3...

mario berkata...

wah...apsal ni bro...?

Insan Marhaen berkata...

nyanyi sunyi,
pendekata, mengembek tapi kambing lain tak mendengari.

budiman,
betul kata pepatah, jauhari juga yang mengenal manikam...

maiyah,
kat restoran Puncak Mutiara di sini memang ada daging kambing spesial. boleh cuba...

benjy,
memang bernas idea awak ni. kelas pertama!

ibuintan,
IM ni memang macam tu. esok-esok, ok lah ...

tehr,
gerombolan tu mungkin tak tahu apa yang IM embekkan nih!

ladybird,
mereka tu ok. IM ni jer yang terkadang sensitif!

suka makan kambing,
memanglah kambing tu bermasaalah. pasal tu dia mengembek je sejak akhir akhir ni..

spy,
insyaAllah, IM akan kembali semula kepada gerombolan itu satu masa nanti.

izman berkata...

kalau tertinggal dari kumpulan, kejar dan sertailah kembali.

kalau ditinggalkan, may be patut bersama kumpulan lain yg memerlukan.

emmm... sebut pasal kambing ni air liur saya dah meleleh. kambing bakar sedap ni.

hrusli61 berkata...

Tuan punya kambing itu tentu sentiasa menerima kambing-kambingnya walaupun ada yang terkeluar samada sebentar atau lama.

Cuma mungkin ada seekor dua kambing yang dalam kelopok itu agak tidak mahu memberi ruang kepada yang terkeluar tadi dengan sebab-sebab yang tertentu.

Yang amat kita risau ialah serigala yang menunggu itu. Setuju sangat dengan komen spy itu.

JH sentiasa menunggu kehadiran IM di dalam semua aktiviti atau program yang sedang dan akan dilaksanakan. Contohnya PATT- Pagi Ahad Tidak Tidur, mahupun ISPA - IKRAM Sihat Pagi Ahad. Cuma IM saja suka pergi sendirian pada waktu atau hari yang lain.

ghost writer berkata...

saya faham tentang tuh..faham sangat dengan perumpamaan begitu kerna saya juga pernah terbaca artikel tentang 'gerombolan kambing' sebelum nih yang merasakan kehadiran sudah terlalu jarang amat.

disisihkan sangat menyesakkan jiwa,seolah kita telah ditendang dan dilempar jauh.tapi takper,saya percaya Abang IM sudah terdidik dengan ketabahan.bersabarlah.

NzA berkata...

kisah penuh simbolik diolah oleh sesorg yg kreatif..apa pn pasrah n menerima takdir penuh ketenangan n kesyukuran.....

Insan Marhaen berkata...

izman,
IM tak pernah rasa daging kambing bakar...

hrusli,
tak mengapa. IM terpaksa tempuh ini semua. memang kekadang satu dua di antara mereka itu yang membuatkan IM lebih suka mendiam diri.

IM tak biasa dengan sikap yang suka terjal ni.

ghost writer,
IM bukan ditendang dan dilempar jauh. IM cuma keluar sekejap. insyaAllah akan masuk padang semula. cuma tunggu masa yang mengizinkan..

Yusri berkata...

biar mengembek di dalam hati...dari mengembek buat org lain terasa hati

Kakzakie berkata...

Tidak mudah untuk kembali mengikut gerombolan yg lama kita tinggalkan. Sabarlah IM, kerana kalau niat kita baik kena tabah dan cuba masuk je padang tu ragut rumput perlahan-lahan. Usah mengembek banyak kali dgn mereka tcuba ragut dipadang yg sama.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Selain Allah, hanya kita yang tahu dan mengerti kehidupan kita.

Tabahkan hati.

S..U..D..@..I..S berkata...

suatu hari gerombolan akan sedar sbb dan musababnya...
mungkin hari ini mereka kurang peka....
manatau esok meeka berubah cara....

Insan Marhaen berkata...

yusri,
kekadang dalam hati lebih baik..

kakzakie,
ya... IM fikit begitu juga. be positive..

kunang-kunang,
benar tu. allah lebih mengetahui.

sud@is,
gerombolan tu tak salah. cuma satu dua di antara mereka tu saje..

khai berkata...

Salam IM, lamanya sy xda peluang ziarah IM.
hep3..xmo ar jadi kambinggg..x kira sama ada kambing okke atau kambing yg kuar dari gerombolan. Cuma sy nak IM positif, apa2 yg kita lakukan selagi berpaksi kepada kalamullah ia tidak salah. Orang cuma tahu berkata2 sedangkan mereka sendri lom tentu faham apa yg diperkatakan. termasuklah sy..he3..biar kita ukur baju di badan sendri, biar kita fikir dahulu kemampuan kita utk melakukan sesuatu. Perchayalah IM, Allah sedang menguji dan ingin menganugerahi kita makna tabah. ops..terlebih sudaa..ok, take care. nk g sekolah nihh..

Cik SHiNJU berkata...

Niat yg baik akan dipermudahkan..
Semoga ALLAH memudahkan segala urusan IM...

aLieF si Muncung ManiS berkata...

embekkkkkk...embek....alief teringat suara kambing mengembek sebelum kena sembelih..huhuhuhu..:P..Abg IM,,semoga hidup abg IM baek2 saja..:P

alongxp berkata...

saba la abg IM,bukan sume org boleh faham keadaan kite,tambah2 kalau kite ni tak pandai meluahkan, zaman sekarang ni, diam dianggap sombong, merendah diri dianggap lemah... sabar je la ye..

bluethunderheart berkata...

blue suka snagat postingan disini
sangat menykai
salam hnagat dari blue
p cabar,bang

Insan Marhaen berkata...

khai,
memang orang tak memahami keadaan kita sepertimana kita juga tak memahami keadaan orang lain..he..he..

cik shinju,
ada juga niat yang baik di uji oleh tuhan.

alief,
tapi bila dah masak dan berbau sedap, lupa pulak embekkannya tadi..

alongxp,
betul tu. diam disangka sombong,merendah diri dianggap lemah..

blue,
tk. ada yang tak suka. tapi rupanya ada yang suka. dunia, gitu ler..

Mutalib attholib berkata...

Moga tuan sentiasa tabah atas ujian2 yg hadir dan juga diberi kekuatan oleh yang Maha Berkuasa.