BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, April 27, 2011

Satu-satunya Kes Di Dunia

Di dalam sujud terakhir solat Dhuha, aku sempat berdoa untuk kesejahteraan buat sahabat sekerja ku Azimi yang diberitakan akan menjalani pembedahan di HBPP hari ini. Beliau mengalami ketumbuhan di jantung; satu-satunya kes yang ditemui di Malaysia malah khabarnya di dunia. Ini diperakui oleh doktor pakar di IJN.

Harapannya untuk berjaya adalah 20% ke 80%. Aku umpamakan seperti sesaorang itu sedang berjalan untuk melalui satu pintu yang dia tahu malaikatul maut sedang menunggu di situ. Cuma dia tidak pasti adakah waktu itu gilirannya.

Lagi khabarnya, beliau terpaksa mempertaruhkan masa depannya walaupun berkemungkinan hanya 20% harapannya untuk berjaya. Ibarat luah mati emak di telan mati bapa. Kalau tidak dibuang ketumbuhan itu besar kemungkinan dia akan diserang stroke yang lebih hebat.

Senario sakitnya bermula apabila satu hari pandangan dia tiba-tiba kabur. Dia dikejarkan ke klinik dan kemudiannya ke hospital dimana akhirnya dia disahkan di serang minor stroke yang menjadikan penglihatannya kabur.

Sahabatku ini adalah seorang yang baik. Aku amat mengharapkan Allah memberikan yang terbaik buatnya.

Dan aku berharap keluarganya akan terus bersabar dan tenang menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.

Ameen!…..

14 ulasan:

Cik SHiNJU berkata...

Besar sungguh ujian yg beliau terima...Besar jualah ganjarannya jika sabar dan redha menerimanya...

Semoga ade harapan buat saudara Azimi..sama-sama lah kita doakan..

Bapak berkata...

semoga urusan Azimi dipermudahkan Allah..

ghost writer berkata...

semakin banyak penyakit baru muncul dan semuanya datang atas ujian Tuhan.

semoga teman baik abang IM akan beroleh kesembuhan mutlak.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga Allah menurunkan pertolongannya kepada sahabat IM dan diberi mudah atas segalanya

IMANSHAH berkata...

semoga semuanya selamat

ibuintan berkata...

semoga saudara Azimi selamat menjalani pembedahan tersebut

S..U..D..@..I..S berkata...

subhanallah
gementar jantungku membacanya
semoga dipermudahkan ALLAH dan diberi kekuatan serta kejayaan untuk sahabat IM

Itu Aku berkata...

semoga pembedahan berjalan dengan lancar walaupon semuanya berisiko
amen...

hrusli61 berkata...

Azimi sejak beberapa tahun ini telah diuji Allah dengan bermacam-macam dugaan kesihatan, pinggang, jantung dan sebagainya. Pernak kita lihat belaiu cuma mampu solat secara duduk.

Seorang ahli ibadat dan sangat baik akhlak dan pergaulannya.

Semoga Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya dimudahkan urusan dan disegera penyembuhannya.
Amiin.

NzA berkata...

trlalu hebat ujian yg Allah berikan buatnya ttp yg pastinya Allah Maha kuasa...Hanya doa yg mampu kita panjatkan n xmustahil Azimi akn selamat cz mak sy pernah xde harapan masih dpt menghirup udara smapi ke saat ini...bak kt doc pakar yg merawatnya "mati hidup semula"..percayalh Allah mampu mengubah segalanya!!!!!

Kakzakie berkata...

Besar ujian yg ditempuh sahabat IM ini. Insya-Allah doa-doa insan tersayang memohon Allah berikan pertolongan kepadanya...

kakpah berkata...

bukan mudah untuk menanggung beban ini. Semuga Allah permudahkan segalanya..

Citarasa Rinduan berkata...

subhanallah..
besar ujian utk saudara azimi..
semoga beliau tabah..

ayu doakan pembedahan ini berjaya..amin

LadyBird berkata...

InsyaAllah.. smg dipermudahkan :) ameeennn..