BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Ahad, April 17, 2011

Tak Boleh Tidur

Hari ini dan semalam sedikit letih kerana mengemas rumah. Mujur Angah ringan tulang untuk menolong cat bilik dan pangkas pokok bunga. Lagipun, ini semua kan untuk meraikan hari Raja Seharinya...

Semalaman ibu_suri tidak boleh lelap mata. Hanya pukul 10 pagi tadi baru dia lena. Aku biarkan hingga dia terjaga sendiri jam 5 petang. Memang begitu pusingan tidur ibu_suri. Tak tentu waktu pejamnya. Cuma yang aku perasan masanya berubah sedari kalau dulu jam 1 pagi kemudian 3 pagi kemudiannya 5 pagi. 

Kekadang aku berseloroh;

"Boleh pinjamkan ke rasa tak mengantuk you tu? Esok abang cuti, bolehlah main komputer sampai pagi.."

"You nak main komputer tu? Tak mahu tidoq. Jagaaa.... nanti I baling komputer tu.."

Foto Hiasan
Aku pernah juga sekali dua tak boleh pincing mata hingga lewat pagi. Bila gitu, aku akan buat berbagai kerja rumah - seterika baju, kemas meja dan buku atau lainnya yang tidak membisingkan. Buat kerja rumah malam-malam ni best juga. Tenang dan tenteram. Lebih best kalau hujan malam.

Entah kenapa sejak akhir ini tv  kerap sangat siar filem hantu di lewat malam. Tak macam masa aku sekolah dulu, tv banyak siar rencana atau cerita bersiri.

Entahlah, tv sekarang ini makin banyak karut marutnya. Habis, nak salahkan ibu-bapa kerana tidak mengawal waktu menonton anak-anak mereka...

17 ulasan:

ghost writer berkata...

mungkin itu sudah jadi normal di peringkat usia2 begitu Abang IM..kadang berfikir bahwa sudah mengalami insomnia tapi sebenarnya hanya melalui tahap2 dalam meniti usia yang lebih lanjut.

hani@debumelukut berkata...

betul kata ghost weiter tu. akak ni mmg tido mlm senang terganggu. pantang tersedar, terus terkebil2 sampai pagi..Tuhan nak kita rajin solat sunat tahajjud tu...

ahmad humairi berkata...

benar...konsistenkan amalan sunat tahajjud tu...ini peluang kita..

NzA berkata...

sy pn brsetuju dgn IM...tv skrg suka sgt siar cerita hantu..kalu dulu dh digamkan.....

ainnoraini berkata...

mmg byk citer hantu...dah la saye ni penakut sikit...mmg tak tengok ler jwpnye kalau sorang2 tu...

Insan Marhaen berkata...

ghost writer,
dari sudut ibu_suri mungkin akibat sindrom bipolar dis-order yang diidapinya itu.

hani,
ibu_suri dah boleh sembahyang 5 waktu itu pun dah kira cukup bagus.

ahmad humairi,
memang amalan tahajjud itu pendinding diri kita.

nza,
jadi tak heranlah sosio budaya hidup kita berubah ke arah yang kurang menyenang.

ainoraini,
elok pun tak tengok. kalau tengok nanti takut pulak nak solat tahajjud sorang-sorang.

mamaku berkata...

Tak boleh tidur satu hal...

asyik nak tidur lagilah boring....

harap byk bersabar ...

S..U..D..@..I..S berkata...

ksian ibu suri byk yg bermain difikirannya kot...

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Angah dah nak jadi Raja Sehari yer. Tahniah.

Akak juga perasan semenjak umur-umur dah petang ni, jarang boleh tidor macam dulu. Tapi ada hikmahnya, macam2 kita boleh buat, kalau terdayalah.

ibuintan berkata...

Bila langsungnya majlis Angah tu.. tentu sedang sibuk sangat kan

saya pun kekadang ada masa2nya tak boleh lelap sampai ke dinihari, faktor umur barangkali

Insan Marhaen berkata...

mamaku,
IM pantang letak kepala. ghaibbb..

sud@ais,
memang gitu sejak mengidap sindrom bipolar disorder ni..

kunang-kunang,
kena terima hakikat umur kita begini..

ibuintan,
cuti sekolah bulan 6 ini. kalut juga sebab ibu_suri tak mampu nak tolong.

yusri berkata...

lagi la malam jumaat..semua tv nak tayang cite hantu..tu alasan kenapa saya tido awal...hahahaa

Ariff Budiman berkata...

Salam. kata orang kalau tak boleh tidur kita bayangkan anak kambing dan kira. Lama kelamaan dah letih lena la. Saya kadang2 kira pun silap. Payah juga nak tidur

ummu berkata...

ASSALAMUALAIKUM IM
Semoga IM seihat sejahtera.cuba dapatkan green tea colustrum,saya faham menjaga orang sakit memerlukan stamina yang tinggi.sepanjang suami saya menjaga saya yang sakit ini, dia mengambil bebrapa supplement agar dia fit selalu.inshaAllah,Allah bersama hamabaNya yang sabar dan istiqamah

Insan Marhaen berkata...

yusri,
boleh percaya ke alasa tu? atau dot..dot..dot..

budiman,
takut-takut nanti mengingau dok kira kambing.

ummu,
along pun selalu juga suruh IM minum green tea. tapi IM ni penggemar Ali Tea..

pB berkata...

salam

mak pB kalau bab bab tido ni sensitif sikit...

kalau dia terkejut masa tido , mesti dia pening

LadyBird berkata...

kalau lady jadi ibu suri.. pasti komputer tu dah selamat masuk longkang.. :P