BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Jumaat, April 15, 2011

Blogger JH

Semalam, aku terasa kesaorangan di tempat kerja. Blogger JH yang juga sahabat akrab aku selama bekerja di sini pergi ke RSK (Kulim, Kedah) kerana setup Training Centre (LADA) yang baru. Ada desas desus bertiup, jika perkembangan LADA di sana positif, dia mungkin akan terus di transfer ke sana. Bermakna aku akan tinggal kesaorangan di RSM (Penang).

bersama menyertai demo GMI
Selalunya kalau di tempat kerja, kami pasti akan makan bersama di kantin. Malah kekadang curi-curi keluar break sebelum solat Asar di surau. Kami banyak berkongsi cerita hal-hal peribadi, keluarga dan pertubuhan. Kekadang aku menasihatinya. Kekadang dia menasihati aku pula. 

Kalau benar dia akan di transfer ke RSK bermakna aku akan tinggal kesaorangan di RSM. Walaupun ramai kawan-kawan lain tapi takkan sama dengan JH. Rakan yang selalu menolong aku ketika susah dan tumpang gembira bila senang. Rakan yang sesama jatuh bangun dalam pertubuhan, sesama berusrah, sesama bernasyid, sesama bersilat dan sesama ke Gunung Tahan. Malah pernah kami di gelar saudara kembar.

Aku harap persahabatan kami ini akan terus kekal jika pun benar kami tidak akan bersama di RSM lagi.

Semasa memandu  balik dari kerja semalam terasa sayu mendengar lagu ini dari mp3 kereta. Memang benar, kita cuma akan terasa kehilangan bila sesuatu itu sudah tidak ada di tangan.

The Zikr - Antara 2 Cinta

Powered by mp3skull.com

22 ulasan:

kakcik berkata...

Semoga 'ikatan' yang terjalin antara IM dan JH tidak akan terputus walau ditakdirkan tidak bersama di tempat kerja lagi. InsyaAllah.

Omaq oTai berkata...

insya-Allah, selagi hayat dikandung badan, selagi itu peluang terbuka luas. Ukhuwwah itu unik, tambahan pula jika setiap urusan dikaitkan bersama...

Citarasa Rinduan berkata...

assalamualaikum

insyallah..moga IM dan JH sentiasa berhubungan walau kemana jua kalian tuju,,

Benjy berkata...

Alamak ! ... sedih benor tu kedengaran ... relakanlah dia pergi demi pembangunan masyarakat tak sana ... kami blogger2 lainkan masih ada ... kurang2 pun baca entri kami hilang juga kesedihan tu ... jom kita nyanyi lagi (sambil diiringi gitar) "... bertemuuu dan berpiaaa adat manusiaaa biasaaaa .... hilang di mata tapi di hati tak kan lupa ... bla... bla...bla ...(semoga kehadirannya disana memberi sinar harapan bagi LADA)Tq.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum IM...
Semoga persahabatan antara IM dan JH terus berkekalan...

S..U..D..@..I..S berkata...

memang sedih, tapi persahabatan yang akrab x mudah luntur..
harap berpanjangan wlau dimana berada cuma terasa kehilangan

Ariff Budiman berkata...

Salam. IM boleh ganti JH dengan WN. Kitakan seguruan walaupun tidak sekilang. He he. Berkat juga dapat sahabat macam JH. Dia juga banyak juga memberi nasihat padaku. Kaunselor katakan.

NzA berkata...

trkdg salah seorg rakan, ada yg punya chemestry dgn kita..kt org serasi brsama..brkongsi suka duka....

Insan Marhaen berkata...

kakcik,
muga tak putus. JH juga jiran IM.

omaq,
ukhuwwah memang unik.

CR,
muganya begitu.

benjy,
suara IM tak sedap la..

JH,
doakanlah agar begitu.

sud@is,
memang terasa kehilangan.

budiman,
IM teman kauselor dia.

nza,
kebetulan kami banyak persamaan. negeri asal pun sama. belajar pun di politech yang tak jauh dari sekolah IM dulu.

Kamsiah berkata...

berpisah tempat keje..bkn berpindah rumah..:)
kdg2 perpisahan tambah mengeratkan lg perhubungan

yusri berkata...

muka dari tepi macam Azizi , tu la kawan memang ramai, tapi kawan yang satu kepala dengan kita memang susah di cari..

bearcat berkata...

sedih sgt kalau terpaksa berpisah dengan sahabat yang baik.
Sahabat yang baik sangat susah ditemui...yang nak melingkupkan hidup kita tak cari pun depa mai.

Kesian kat IM.

Insan Marhaen berkata...

kamsiah,
kekadang betul. kekadang tak juga. semakin dilupankan...

yusri,
sebab itulah IM terasa kesunyian di ofis walaupun sebenarnya kawan lain ramai..

bearcat,
buat masa ni kawan IM takada lagi yang melingkupkan. semuanya baik baik belaka..

nyanyisunyi berkata...

Salam IM
memang begitulah bila kita akan kehilangan seorg sahabat tempat kita berkongsi suka dn duka..insyallah sahabat yg baik pasti akan berkekalan..

p/s nama arwah bekas suami sy hampir serupa dgn nma siapa ye IM

Sham berkata...

sy pun pernah 'berpisah' dengan sahabat karib...:( takpe IM patah tumbuh hilang berganti...

IMANSHAH berkata...

sahabt menangis sukar dicari

ibuintan berkata...

adat dalam persahabatan namun kita memang amat terasa akan kehilangannya, saya juga telah pernah melaluinya, walaupun kita sentiasa berhubungan namun tetap tak sama seperti dia ada di depan kita

sahabat susah senang sukar dicari

mario berkata...

yelaa..sedih jugak ek klu kwn setempat kerja dah berpindah...

Insan Marhaen berkata...

nyanyi sunyi,
memang terasa kehilangan.

sham,
ya.. adat dunia begitu. datang dan pergi.

imanshah,
sahabat ketawa ramai. tu yang selalu IM pesan pada Akhmal.

ibuintan,
sukar dicari tetapi masih ada.

mario,
insyaAllah, akan ada ganti.

Aida Ali berkata...

Beruntung JH punya sahabat sejati

tehr berkata...

sahabat
sampai bila2 pun akan kita teringat dan terkenang
tapi kata orang, jarak hanyalah menyekat pandangan tetapi tidak menyekat hubungan
kan?

Insan Marhaen berkata...

aida ali,
IM pun beruntung juga.

tehr,
bimbang juga jarak boleh melentur ikatan persahabatan ini..