BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, April 13, 2011

Kekok

Barangkali ada benar kata-kata blogger JH beberapa hari lalu di surau tempat kerja.

"IM sejak dua menjak ni asyik senyum memanjang"

Aku ingatkan dia kenen aku pasal dapat surat kenaikan pangkat awal April lalu.

ibu_suri dan bakal menantu
"Maklum le nak dapat menantu." sampuk kawanku sorang lagi.

Ohoo... kesitu rupanya!

"Tapi dia pun kekok juga tu nak dapat menantu perempuan. Dalam rumah dia mana ada perempuan melainkan ibu_suri je...."

Betul juga tu. Selama ni dalam rumah ku semuanya anak lelaki. Kalau tak pakai baju atau nak ke bilik air, aku tak kisah sangat sebab semua kami kaum sejenis. Tapi tak lama lagi aku akan dapat menantu perempuan.

Hurmm... nampaknya aku kena buat sikit adjustment dalam kebiasaan hidup seharianku kelak. Dan lagi, aku perlu belajar mempunyai sikap sebagai bapa mertua dan besan. Aduhai... hidup ini tak lepas dari pelbagai ujian. Lepas satu....satu....

22 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Tahniah IM... dapat kenaikan pangkat dan bakal dapat pula menantu. :)

sud@is berkata...

Tahniah IM 2 in 1 bulan ni....

aLieF si Muncung ManiS berkata...

wahhh..dapat menantu dan dapat cahaya mata..huhuuhu

NzA berkata...

cantik bakal menantu IM n ibu_suri..Tahniah!!!!semoga segala perancangan brjln lancar...amin!!!!

sekadar satu coretan berkata...

tahniah IM...bakal dpt menantu..
ayu jer menantu tu ye...

ahmad humairi berkata...

kiranya separuh bogella tu...
otomatik di edjas bila tiba masanya nanti.

Kakzakie Purvit berkata...

Wah... dah menyunting bunga kiranya IM. Tahniah darti kakak. Mana tahu boleh jadi terapi buat ibu_suri, bolehlah sikit ibu_suri berkongsi bicara sesama perempuan.....

mama maman aka yana berkata...

hidup kita gitu la... akan smpi masanya bagi kami nnt...:)

Yunus Badawi berkata...

Tahniah! Kegembiraan berganda. Patutlah senyum sokmo hehehe

norh berkata...

Tahniah IM..

hentian berkata...

kakcik,
tkasih. 2 dalam 1.

sud@is,
tkasih juga. dalam suka ada juga duka nih!

alief,
huu.. cahaya mata? erkss...

nza,
ibu_suri dulu lagi cantik..he..he..

ainoraini,
namaanya pun AYU. so, mestilah ayu. harap, peribadinya juga ayu..

ahmad humairi,
oppss....

kakzakie,
jauh di sudut hati juga harap akan jadi begitu. tapi bimbang juga kalau sebaliknya..

mama maman,
dunia ini bulat.

YB,
senyum di bibir semua orang nampak. hati terbakar siapa yang tahu.

norh,
tkasih. ente bila lagi?

Ariff Budiman berkata...

Salam Im. Perlahan-lahan saya menuruti jejak langkah IM. tak lama dah He he

al-lavendari berkata...

2 tahniah dari saya.

satu, fasal naik pangkat. dua, fasal dapat menantu. saya memahami kekekokan awak .. sebab saya dah melaluinya walaupun menantu saya lelaki.

Sham berkata...

itu kan satu anugerah IM...lepas ni adala kawan ibu surie kat rumah tu...syabas n tahniah ye...

ibuintan berkata...

tahniah IM... rezeki kurniaan Allah

kekok sementara saja tu tapi tahun depan kekok jadi datuk pulak

tahniah.. dua-dua berita gembira

tehr berkata...

kekok juga kan dapat menantu
saya sendiri anak sulung juga lelaki

macam mana la nak ejas gaya hidup nanti
hehe

tahniah

Kamsiah yusoff berkata...

aii IM..tak nak jemput kita ke ke majlis kenduri nnt...:)

hentian berkata...

budiman,
perlahan tu yang tak sedar tu. tau-tau je ada orang mai rumah. macam blogger JH juga..

al-lavendari,
kalau menantu lelaki boleh buat kawan.

sham,
harap-harap gitulah.

ibuintan,
IM dah cakap siang-siang kat angah. "anak kamu esok, kamu jaga sendiri. ayah dah letih jaga budak kecik."

tapi ibu_suri pula tak sabar nak timang budak kecik..

tehr,
takkan lari pokok di kejar. jangan terhantuk dah la..

kamsiah,
IM buat kenduri kecik je. sep budget...

Itu Aku berkata...

Tahniah IM
jd bapa mentua
nnt jd datuk
:)

hentian berkata...

biarlah angah belajar menahan kesakitan.

tak pernah saakit pun tak boleh juga...

alongxp berkata...

rileks la abg IM,tu bukan ujian,tu anugerah tu, pembantu & kwn kpd ibu suri, dan penambah keceriaan dlm rumah,sekaligus mencipta agenda baru dlm rumah abg IM,syukur n tahniah bang...

LadyBird berkata...

Uncle Im, Alhamdulillah.. dah nak jadi bapa mertua.. :D.. dah banyak level kehidupan uncle lalui.. Pasti banyak asam masinnye kan.. ;d..