BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Jumaat, Disember 31, 2010

Tanda Sayang

Semalam aku balik kampung. Tengok mak lansung uruskan majlis merisik adik yang lebih mesra digelar Mak Su. Dah besar rupanya adik aku ini.. Akan dipinang orang. Malah tak sangka juga, bakal jadi inspektor polis rupanya. Tak sangka aku, dalam keluarga besarku ini ada juga yang akan memasuki bidang anggota beruniform. Tumpang bangga!

Mak Su

Mujur ibu_suri agak mudah diurus. Itupun segala keperluannya aku dahulukan baru uruskan hal lain. Mandikan dia, pakaikan baju, sisirkan rambut, beri makan ubat.

Semua hampir semua adik-adikku balik samada dari Selatan maupun utara.

 "Ini adik kita yang terakhir. Yop kalau boleh nak hadir di dalam semua urusan berkaitan perkahwinannya. Lagipun abah dah tak ada. Mak pula tak mampu berjalan. Yop rasa bertanggungjawap atas semua urusan."

Aku sempat jumpa satu-satunya kawan abah yang masih ada di kedai Mee Kari tepi Sungai masuk kampung. Sunnahnya, tanda kita sayang pada arwah ibubapa kita yang telah pergi, kita perlu rajin ziarah saudara mara dan kawan-kawan mereka yang masih hidup.

"Sorang je?"

"Sorang aje le. Mana ada kawan aku. Habis semua menginggal. Aku ni ditakdirkan Tuhan masih sihat ni pasal aku selalu mengayuh basikal ke sana ke mari."

Aku maengangguk kecil. Betul juga kata pak cik tu.

25 ulasan:

REPUBLIK N9 berkata...

salam ziarah IM... tahniah utk adik IM dan dan IM sekeluarga :)

kata2 pak cik tu makan dalam gak he3... ade kebenarannyer.

Kakzakie berkata...

Salam IM,

Tahniah buat Mak Su IM. Tugas sebagai anggota polis banyak dugaannya. Beruntung masih ada emak walau sudah tak sihat. Jaga hati emak-bapak termasuk kata Im sahabat bapa yg masih panjang usia.

fa*atip berkata...

salam. cantik pulak rumah baru ni..warna lebih kurang macam rumah saya... :)

ainnoraini berkata...

nak ucap nahniah buat mak su IM...
selamat tahun baru IM...semoga tahun 2011 lebih menceriakan...buat IM sekeluarga...

kak Erna berkata...

salam IM..tahniah buat adik IM dan juga seisi keluarga..semoga berkekalan hingga kejinjang pelamin..

Kamsiah berkata...

salam
seronok ya bakal terima adik ipar...
jgn lupa jemput bila hari kenduri nanti..:)

Insan Marhaen berkata...

republik n9,
muga maknanya yg tersirat di ambil iktibar.

kak zakie,
biasa le. dugaan permainan hidup.

fa'atip,
serupa tapi tak sama.

ainnoraini,
cabaran 2011 ialah majlis walimah angah.

kak erna,
IM pun harap gitu juga.

kamsiah,
seronok gak. adik ipar muda trang tang tang!

Ibu n Abah berkata...

Salam IM...
memang benar jika kita sayangkan arwah kedua ibu bapa kita makanya kawan2nya eloklah kita ziarah... sebaik arwah mak meninggal dulu, terus saya cari kawan-kawan baiknya.... Memang terharu dan sedih tapi seronok dapat jalinkan persahabatan dengan mereka juga walaupun ibu kita sudah tiada....
Selamat menerima adik ipar...

S..U..D..@..I..S berkata...

selamat bertunang untuk maksu
bestnya jumpa family semua utara selatan mesti byk cerita..

Yunus Badawi berkata...

Alhamdulillah awak rajin menziarahi kawan2 dan saudara mara arwah ayah awak. Itu mmg salah satu amalan sunnah.

Yunus Badawi berkata...

Cun Mak Su ini hehehe

Semoga menjadi pegawai polis yg berjaya.

luahfikiran berkata...

SALA,
BILA BUAT KENDURI NANTI, JANGAN TAK JEMPUT. SELAMAT TAHUN BARU

Insan Marhaen berkata...

ibu n abah,
memang rasa besar hati bila dapat berbual dengan kawan-kawan abah. apalagi, IM anak yang sulong. kebanyakan meraka kenal IM.

sud@is,
memang best dapat berhimpun dengan adik beradik dan anak saudara.

YB,
memang cun. tapi dah ada orang tanda.

LF,
mak kata buat kenduri kecik je. adik-adik IM kata kecik-kecik pun dengan 1000 tetamu juga tu. maklum le keluarga besar...

@na berkata...

hanya org yg penuh rasa kasih saja yg dapat menunjukkan tanda sayang..tahniah IM

biskut berkata...

kerna terlalu habiskan masa di perantauan maka aku telah banyak ketinggalan hari bersejarah keluarga ku..hanya doa dan ucap selamat untuk mereka.

beruntung IM masih punya kesempatan.

abu muaz berkata...

Salam dan selamat tahun baru.
cantik rumah IM ni...

ab@h_Izz berkata...

Salam IM, Selamat tahun baru ,rumah baru,adik ipar baru..dll yang ada baru kot..

..smoga IM ,ibu suri, family sihat2 & suksess hendakya..

Insan Marhaen berkata...

@na,
ya.. kasih perlukan kejujuran..

biskut,
selagi nafas masih ada selagi itu peluang tetap terbuak.

abu muadz,
hidup perlu selalu disegarkan.

ab@h_izz,
IM saja semakin lama..

izman berkata...

tahniah bng bakal dapat adik ipar baru. moga majlis nanti berjalan lancar dan meriah.

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM...

Selamat Bertunang pd Mak Su..
Bila majlis pertunangannye?
Semoga majlis berjalan lancar dan diberkati olehNYA...

Idalara berkata...

Salam IM..
tahniah buat adik IM..
betul tu Im..org tua patut dijenguk sekerap yg boleh..sementara masih ada..kelak bila dah tiada lebih jaranglah kita balik kampung..

kak wan berkata...

Selamat tahun baru buat IM dan ibu_suri.
Tahniah buat maksu...wah ..itu kerja impian kakwan yang tak kesampaian tu..

IMANSHAH berkata...

Salam IM

Kalau di kampung, orang2 tua yang berusia dalam libgkungan 70 hingga 80 an masih cergas berkayuh basikal 20 km ke pekan..

Insan Marhaen berkata...

izman,
dpt adik ipar baru dan anak orang baik-baik..

shinju,
majlis dijangka 29hb jan ini.

idalara,
ya.. kebanyakan yg IM lihat begitu. bila orangtua dah tak ada, rumah peninggalannya menjadi usang.

kak wan,
kita cuma menanam cita-cita. yang memakbulkannya, allah jua.

imanshah,
tu la.. IM terfikir gak nak beli basikal hih!

student berkata...

ouh..badan sihat, hidup berkat.. mudah-mudahan... ameen.