BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Isnin, Disember 27, 2010

Siapalah Aku?

Sebaik membuka blog Gayong, aku tiba-tiba jadi terpana. Macam mana pula boleh ada 2 blog Insan Marhaen ni?

lihat bloglist sebelah kanan, atas dan bawah
Dan lebih meruapkan darah ialah bila melihat urlnya sama seperti url yang pernah aku guna dahulu - http://hafinah.blogspot.com. Dan nama paparan blognya juga sama - Insan Marhaen.

Aku cuba melayari blog ini. Dari satu n3 ke satu n3. Namun tiba-tiba pula suhu darah aku menurun. Nampak macam blog budak-budak. Dan n3nya asyik cerita pasal artis lelaki cina yang cun sana cun sini.



Entahlah. Aku pun seperti selalu, garu kepala yang tak gatal. Tak faham. Macam mana blog Gayong ini boleh terima blog ini ke sisipannya? Adakah dia juga anak murid Gayong? 

Tapi apa alasannya untuk menggunakan nama hafinah? Dan nama Insan Marhaen sebagai nama profailnya tetapi menggunakan nama Love sebagai header blognya?

Yang aku bimbang dan tak seronok ialah kebarangkalian ada orang yang hack blog aku dahulu untuk tujuan yang tidak baik. Maklumlah, di dunia tanpa sempadan ini semuanya bukan boleh berlaku.

Akan tetapi siapalah aku untuk tujuan yang tidak baik itu jika benarlah begitu?

14 ulasan:

IMANSHAH berkata...

hurm, misteri2

Marina Monroe berkata...

Ishhhh...macam maner boleh jadi macam tuh??

ab@h_Izz berkata...

boleh yer cam tu...sama tapi tak serupa kut IM

ibuintan berkata...

nasib baik blog tak senonoh...

ainnoraini berkata...

macam2 ye...takut pun ade jugakkan kot2 dibuatnye blog yg tak sepatutnye buat citer2 yg bukan2 pulak...

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Semoga IM sekeluarga sihat sentiasa.


Itu jenis cerdik yang menyusahkan orang namanya.

Ariff Budiman berkata...

Sah le ada budak nakal ni. tulisan pun style sms.

Mak Su berkata...

hhaaaaaaaa??

Insan Marhaen berkata...

imanshah,
jgn biarkan anda diselubungi misteri.

marina monroe,
tak tau le teman...

abah izz,
tu yang tak berapa nak semiaq perut ni..

ibuintan,
IM pun dok cari jawapan, tak dapat sampai sekarang

ainnorani,
tu pun kira cerita bukan-bukan le tu..

kunang-kunang,
cerdik ke tu?

budiman,
tu budak umur bawah 12 tahun tu rasanya.

mak su,
relaks mak su.. no sweat..

luahfikiran berkata...

SALAM,
KALAU BUDAK, OK LAH TU. TETAPI KENA BERWASPADA DALAM KEADAAN YANG SERBA MUNGKIN SEKARANG INI

Firdaus berkata...

Mungkin lepas yeop tutup blog lama tu. Baru dia dapat guna nama tu kot...

ANATI SOKI berkata...

uish.. bleyh plak jadi cmtuh.. maybe kamu patut tanya dia tgk.. staright trus tanya dia

S..U..D..@..I..S berkata...

budak nakal ke orang jahat....
hehe cam ni pun ada

Citarasa Rinduan berkata...

IM

kes awak nie lain dr yang lain..first time kita dapat tahu..