BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Khamis, Disember 16, 2010

Banyak Potasium, Tak Bagus Juga!

Semalam aku bawa ibu_suri seperti biasa ke Unit 102 Psikiatrik, Hospital Besar Pulau Pinang. Dr Izani tersenyum dari jauh bila melihat ibu_suri menolak daun pintu dan masuk.

"Assalamualakum. Waa.. ceria nampaknya! Macam ni la.. bagus."

Sambil membelek kad kuning membaca catatan doktor di lawatan sebelum ini, Beberapa soalan biasa diajukan; makan, tidur dan urus diri secara kendiri, bagaimana? Aku biarkan ibu_suri menjawap sendiri sebab aku perasan doktor tidak memandang ke wajah aku sebaliknya ke wajah ibu_suri.

"Ada dengar bunyi suara bisik-bisik di telinga?" Geleng!

"Doktor. I think she come back to the previous stage. Energetic and full of ideas. Kalau betul doktor, huuu.. very tough to me."

"Dia sekarang ni masuk ke stage mood di-order. InsyaAllah, jaga pemakanan ubat dia, akan ok."

semakin ramai orang yang bermasaalah ni ya!
"Masaalah dia sekarang, rambutnya gugur secara drastik. Risau saya. Tangannya juga menggigil macam sindrom Parkinson. Dan dia juga susah buang air besar. N*j*snya keras. So, saya selalu beri dia makan pisang. Dulu dia mengadu kebas mulut sebab kurang Potasium. Pisang banyak Potasium dan serat."

"Ooo.. jangan selalu sangat makan pisang. Seminggu sebiji dua  ok. Pisang memang tinggi kandungan  Potasium. Tapi, banyak Potasium dalam badan pun tak bagus untuk jantung. Dia kurang minum air kosong ni. Dan kena banyak makan makanan berProtein. Rambut gugur mungkin kerana kurang Protein"

Ooo.. macam tu pulak!

"Awak kena banyak minum air, makan ikan, daging, sayur dan buah-buahan. Selalu senaman ya! Ketar tangan itu memang kesan sampingan dari ubat yang awak makan. Jadi di samping ubat Epilim 200mg, Respidon 2mg dan Sertraline 50mg saya tambah Benzhexo 2mg."

"Hmmm..Rajin baca paper tu ya!" Tak sangka doktor itu sempat kerling akhbar Harakah yang aku pegang walaupun aku cuba menyorok tajuknya. "Agak-agak PRU13 tahun depan jadi, ya!"

Aku hanya senyum sahaja. Tak mahu panjangkan tajuk itu sebab ini hospital!

24 ulasan:

kakcik berkata...

Semoga senyuman ibu_suri bersama riang hatinya akan berpanjangan. InsyaAllah.

nurazzah8 berkata...

Salam,

Semoga hari-hari mendatang bertambah sihat dan ceria..Amin.

nurazzah8
http://www.nurazzah8.blogspot.com/

Abd Razak berkata...

Moga ibu_suri kembali sihat semula

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Dalam elok ada juga tak eloknya bila kita makan pisang ni yea...


saya memanglah suka sangat pisang mentah ni..

ANATI SOKI berkata...

heheh.. pisang itu best!!!
moga ibu suri cepat sembuh :)

Kakzakie berkata...

Salam IM,

Semoga ketabahan dan kekuatan diberi buat IM dan ibu_suri. Besarnya ujian Allah berikan...

Kakak pun menunggu PRU13 juga ni bila nak umum ye? Takut kot?.....

Insan Marhaen berkata...

kakcik,
senyumnya sekarang ini mententeramkan IM.

nurazzah8,
hu..sihat dalam kategori yang IM boleh kawal la hendaknya..

abdrazak,
harap doakan selalu..

a.z.r.i.n.a.03.07,
apa apa pun mesti sederhana.

anati soki,
pasal tu monyet pun suka pisang. banyak khasiat..

kakzakie,
tak sabar nak raya ye..

S..U..D..@..I..S berkata...

haah..aku fobia HPP.....tapi kena p...

tentu ibu_suri cam aku juga....
oh harap tidak baik2 saja......

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Satu maklumat yang bagus bahawa potosium tidak elok bila banyak dalam badan. Kebetulan akak peminat pisang.

Satu ketika dulu, ibu arwah ibu mertua pernah mengalami 'seolah2 hilang ingatan' (tak kenal orang dan cakap mengarut2). Selepas dimasukkan ke hospital, doktor mengesahkan yang ibu mertua saya mengambil kalsium yang berlebihan.

Tak tau macam mana jadi begitu sedangkan ubat-ubat didapati dari hospital yang sama. Bila dah berjaya kurangkan kalsium dalam badannya, barulah ingatannya pulih.

Mak Su berkata...

boleh bersenam tak ibu surinya? senaman mampu mengaktifkan usus, makanan serat sprt buah jambu, peach, berri, betik, sayur2an.

anyway, klu org diet, x digalakkan mkn pisang.

salam hormat :)

p/s: tunggu antologi sajak? apa tu?

ANATI SOKI berkata...

heheheh.. monyet pandai.. dia pilih pisang nk bg die tough.. hahahaha :)

ibuintan berkata...

selang selikan makan pisang dan betik... okey kot


moga ibu-suri makin ceria

Areef Ibn Naim berkata...

salam IM,

betul gak ckp dr tu, kkdg kite igt bile mkn pisang leh bantu sistem penghadaman, tp yg paling penting bykkan minum air putih.

sy sendiri pun payah betul nak minum air putih, klu minum pun selaluny yg sejuk dlm peti air, hehehe...

pru13? adakah satu permulaan baru yg lbh baik?

Insan Marhaen berkata...

sud@is,
jangan-jangan pernah beretuh bahu tak..

kunang-kunang,
gitu pulak kalau terlebih kalsium ya.. ish..ish.. ibu_suri dok amal minum susu high calcium tapi rendah lemak.

maksu,
ibu adalah masaalah obes. susah nak jalan lama apatah lagi jogging.

Kamsiah berkata...

la..tak bagus jugak makan pisang byk2 ya...pisang dan betik anatra yg wajib sbg desert kat rumah saya hehe..

Insan Marhaen berkata...

anati soki,
tough sikit sikit ok. jangan terlebih.

ibuintan,
memang gitu nasihat doktor izani

areef,
orang tua-tua kata banyak minum air mati..

kamsiah,
budaya di rumah IM jarang makan buah..

biskut berkata...

rupanya ketika sakit terlalu banyak larangan dalam soal pemakanan.ya sampaikan pisang yang punya serat yang tinggi juga harus dicatu.namun paling penting ikut saja nasehat doktor,dia lebih arif.

Mak Su berkata...

maaf, sy x brp paham. adakah obes nyer terjadi kerana pengambilan ubat2an? ataupun faktor keturunan? sy kalu ikut keturunan, potensi jadi obes sgt besar. tp luckily mak pak tak dak sakit apa2. cumanyer arwah mak sayaler - obes.

so saya kena paksa diri saya berexercise.

mgkn ibu kena ambik apa2 makanan bantuan utk kurangkan obesnyer?

again, sorri to interrupt in your personal life

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM...

Baguslah kalau mood Ibu Suri dah ok..
Semoga cepat sembuh..
Saya pun alami mslh rambut gugur skrg ni..Sbb krg protein gak kot..huhu..

siti murni berkata...

Salam IM..
secara tak langsung dpt info baru kat sini...terlebih potasium pun tk baik untuk jantung rupanya....
good one! :)

kak wan berkata...

Salam IM,
Pisang goreng tu lagi la tak elok untuk kesihatan ye..

Kakwan pernah di bagitau supaya minum susu utk mengelak kan rambut gugur..protein..

Insan Marhaen berkata...

biskut,
kerana itu jagalah masa sihat sebelum datang sakit,ya!

mak su,
ibu_suri jadi obes sejak makan pil perancang keluarga selepas lahirnya angah. ditambah dengan suka makan lewat malam.

shinju,
u kata ok la. tapi i mula gbra nih. takut dia kembali bersikap agresif macam dulu.

siti murni,
apa sekalipun bersederhana adalah yang terbaik..

kak wan,
mulanya ibu_suri minum susu penuh krim. ada orang nasihat tak bagus kerana kandungan lemak tinggu. tukar pada susu low fat high kalsium. ingatkan bagus untuk kuatkan tulang. rupanya tak boleh minum selalu pulak sebab terlebih kalsium pun akan memudaratkan otak.

fening!

HASRUL NIZAM berkata...

Moga cepat sembuh, amin...

IMANSHAH berkata...

Eh IM, macam2 jenis ubat yang IM dah kenal dan hafal ya