BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Ahad, Januari 02, 2011

Tak Pernah Rasa Susah!

Lepas sembahyang Jumaat semalam aku singgah membeli makanan di Astaka Taman Guar Perahu. Dah pukul 2 lebih, lauk pauk semua pun tinggal ciput je.

Mujur ada gulai pajeri terung kegemaran ibu_suri. Aku beli sebungkus bersekali dengan 2 ekor ikan goreng. Sebungkus lagi aku beli untuk Akhmal - nasi dengan ikan 2 ekor serta 1 ketul ikan masin. Ternampak pula peket Sarbat Tea Patani. Aku beli 2 peket.

"Berapa?"

"Lima belas ringgit lima puluh sen!"

Mak aiii.., getus hatiku. Kalau macam ni boleh karam poket aku!

Memang terasa amat harga makanan naik mendadak akhir-akhir ini. Kalau dulu kos makan di luar untuk aku dan ibu_suri sekitar RM8. Kemudian naik ke sekitar RM12. Kali ini ianya boleh mencecah RM15.

Aku tak mengapalah juga sebab makan untuk cuma 2 mulut. Tapi bagaimana dengan mereka yang ada anak ramai dan pendapatan pula rendah? Takkan nak kata; ha... tu la.. sapa suruh beranak banyak-banyak?

Sambil melangkah masuk ke kereta aku terfikir;

'Kerajaan ni cuma nampak cara nak naikkan harga barang tetapi tak pernah berusaha bagaimana hendak menurunkan. Agaknya sebab mereka tak pernah jadi orang susah...'

Kartun Ihsan: jeritjohor

20 ulasan:

FeeZ~Hafizah~cucuatokaji berkata...

huhu..kalaupun kerajaan nak naikkan harga barang sebab diorang kata harga pasaran dunia meningkat pun...atleast naikkanlah jua gaji pekerja...

ni tak..menteri2 semua dok sedap je gaji melambak2...rakyat gaji seciput je..heuh

ummu berkata...

assalamualaikum IM
memang terasa sangat sekarang ni.
nak travel ke hospital pun
terpaksa mencongak dan kadang2 terpaksa dismissed ke temujanji.
dugaan akhir zaman...

iqbalhakimi berkata...

huhu..kita rakyat yang trpaksa tanggung..

Marina Monroe berkata...

Tadbir ekonomi keluarga sendiri dengan hati2 supaya pembelajaan tidak terlajak dari kemampuan.
Emm..tambah2lah akak dan abang yg dah pencen tapi duduk di KL yang cost nya sememang lebih tinggi.

IMANSHAH berkata...

salam

Membuatkan takut untuk berkeluarga.Namun teringat kata ibu, Allah pasti memberikan rezeki yang cukup untuk hamba-Nya

hrusli61 berkata...

Jika mahu perubahan kita mesti berusaha merubahnya.
1. Merancang berbelanjaan berhemah mengikut keperluan dan kemampuan.
2. Berbenlanja mengikut perancangan tadi.
3.Berusaha menegur perkara-perkara yang mengikut saluran berwajib.
4. Gunakan hak sebagai rakyat dan pengundi dalam sistem sedia ada. Pilih yang akan membantu rakyat.

biskut berkata...

mereka tak kan faham bang...mereka sumer cuma tau melihat statistik per-pendapatan rakyat.ntah betul ntah tidak buat bancian ekonomi tuh.

tapi kesusahan menjadikan kita berdikari.risiko kenaikan kos nih gak yang menyebabkan wujud masalah jenayah.ramai yang terdesak.

kakcik berkata...

KIta juga yang kena menghadapi sedangkan 'mereka' buat tak mengerti! :(

S..U..D..@..I..S berkata...

ya IM ..memang xadil
hanya laungan jgn naikan harga barang tapi masa yang sama naikkan harga minyak..

apapun rakyat terpaksa memikul

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Ya, semua barang naik harga. Beli barang yang perlu sahaja...

ibuintan berkata...

salam Im,

memang semua barang naik harga sekarang, RM50 hanya untuk sekali berbelanja untuk sekali dua makan saja

mereka di atas tidak peduli kerana mereka tidak merasai kehidupan yang kita sedang lalui, mereka telah disediakan semuanya

kak wan berkata...

Salam IM..,
Pada pendapat saya ...nilai duit kita yang semakin kecil..
Saya jeles....ngan orang yang sering bertukar kereta dan membina rumah ..begitu besar dan cantik macamana agaknya perbelanjaan makanan mereka ye..tidak kah mereka sering bersungut cam kita.

Insan Marhaen berkata...

cucutokaji,
kalau dah barang naik, gaji naik, brg naik, gaji naik.. satu hari nanti negara kita merudum!

ummu,
tu la.. tengah fikir ni. pru13 tak lama lagi!

iqbal hakimi,
sampai bila kita nak tanggung? IM tak lama lagi nak hidup atas dunia ni, tapi anak cucu IM?

marina monroe,
berbanding kl rumah murah makan mahal, di penang pula rumah mahal, makan murah sikit.

imanshah,
rugi besar kalau tak berkeluarga. sunnah nabi tu..

hrusli61,
dalam maknanya ayat-ayat enta tu..

Insan Marhaen berkata...

biskut,
betul tu. bila rakyat susah, jenayah juga bertambah.

kakcik,
siapalah kita dimata mereka..

sud@is,
tu yang dikatakan telunjuk lurus kelingking berkait, ya!

abd razak,
rasanya semua kita dah jemu dengar nasihat begitu. kita disuruh beli yang perlu sahaja sedangkan 'mereka' bebas membeli yang tak perlu pun..

ibuimtan,
semalam Angah mengeluh kakt IM, pergi Tesco habis rm200 macam tu je..

kak wan,
itu budaya di bandar. tak sama budaya dikota. itu sebabnya yang perlu diubah ialah budaya sekitar kita yang banyak mempengaruhi pemikiran kita..

Ibu n Abah berkata...

salam IM..
memang perlu kita ambil perhatian mengenai hal ini... tiap kali gaji dinaikkan, peniaga mula naikkan harga.. kita memang bergantung dengan mereka... bagi yang beranak ramai tu memang akan lebih menyulitkan lagi...
susah kan nak memikirkannya...

ainnoraini berkata...

tanpa kite sedari semua harga brg naik...pening jugak memikirkanye...yg nak beli tu semuanye keperluan...jd kite terpaksa jugak kene membelinye...

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM...

Saya jarang beli lauk pauk kat luar..Ptg2 salu p beli kuih jer..memang nampak kenaikan harga yg mendadak...lepat ubi favourite saya 5 ketul = RM2...Kuih2 lain pun sama,naik harga...peniaga mmg sesuka hati naikkan harga,,Kerajaan hanya pandai bg amaran tapi xde penguatkuasaan...Kita gak yg jadi mangsa..

Kakzakie berkata...

Salam IM,

Kakak yang anak 3 org ni pun sekolah tak tinggi lagi perbelanjaan mencecah hampir RM 3000/-. Belum lagi keperluan routine kita. Bagaimana yg anak sepulun kalau income 2/3 ribu?

Terasa semakin rendahnya nilai RM kini.

student berkata...

harga barang memang makin mahal sekarang ni kan?

kenaikan gaji dan kenaikan harga barang tak seiring..memang agak sukar lah untuk 'survive' kalau berterusan macam ni..hu

siti murni berkata...

Salam IM..
ya..saya pun perasan..harga makanan dah naik. Nasi lemak untuk sarapan pun dah makin sedikit...kesian kita..