BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, Januari 19, 2011

Kena Kacau

"Awai hang bangun pagi ni...!" tegurku pada Akhmal sebaik saja aku keluar dari bilik tidur.Jam baru 6.00 pagi sedangkan dia sudah pun memakai pakaian. Aku perlu bawa dia untuk lapor diri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Akhmal tak boleh tidur. Pukul 4 tadi Akhmal kena kacau."

Hmmhh... buat dah..., getusku.

"Tu la.. semalam hang lalu kat Jalan Sungai Lembu tu kenapa. Tempat tu keras."

Ini kali kedua yang aku perasan dia diganggu. Katanya, malam tadi lembaga itu duduk bertenggek dekat siling antara biliknya dan setor. Dia terasa susah bangun dan bercakap.

"Lain kali bila balik jauh malam jangan terus masuk rumah. Duduk dulu kat luar." Saja aku lontarkan petua itu yang aku pun tak pasti sejauh mana betulnya. "Kaki tak basuh tau-tau terus tidur."

Akhmal memang gitu. Mudah merayan. Kekadang aku ingat dia bercakap dengan aku rupanya dia mengingau. Pernah dia bangun seperti hendak ke bilik air tapi bila aku tegur dia berpatah balik ke sofa dan tidur di situ.

Entahlah... Agaknya rumah aku masih kurang dengan suasana Quran dan zikir. Justeru itu ada hamba Allah lain suka singgah.

Astaghfirullah!

14 ulasan:

REPUBLIK N9 berkata...

2x5 ngan gua... suke merepek waktu tido...

nurazzah8 berkata...

Salam IM,

Amalkan baca Ayat Kursyi selalu...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Amalkan surah al-Mukminum ayat 115 hingga 118...insya Allah

ahmad humairi berkata...

assalamualaikum,

makhluk itu singgah tidak mengapa, bila mengacau mengapa?

Kita makhluk yang lemah...moho pertolongan Allah.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

menyeramkan betullah IM.

nak percaya salah tak percaya pun salah dibuatnya..

Citarasa Rinduan berkata...

salam IM

ngerinya...adeh...IM kena sentiasa buka vcd yasin. alquran.....adeh..mana tau kan??
jin @syaitan suka rumah tak bertuan...

hrusli61 berkata...

Saya selalu balik rumah jauh malam (pagi). Saya biasakan baca Al Fatihah sekali & Al Ikhlas 4 kali baru masuk rumah.

Makhluk ghaib itu memang ujud. Maka berhati-hatilah bila balik malam.

Kena minta petua dari Jiman nie.

Insan Marhaen berkata...

republik n9,
kesian kat orang sebelah yang terganggu tidurnya.

nurazzah8,
kena ajar akhmal la nampaknya..

abd razak,
tkasih atas panduan. kena bukak quran tengok makna ayat.

ahmad humairi,
yelah... kita semua makhlok Dia..

azrina,
mau tak mau kena percaya.

citarasa rinduan,
rasanya baca sendiri lebih berkesan. pahala pu dapat. hati juga dibersihkan.

hrusli61,
tkasih atas pentunjuk. bukan takat minta petua, kena berguru habis-habisan agaknya dari jiman nie...

Kunang-Kunang berkata...

Salam IM,

Benda2 macam ni memang suka kacau manusia.

Kena beringat2 bila melalui tempat2 begitu.

biskut berkata...

uish..seram gak dengarnya.

macam aku gak,balik2 dah luar terus hempas badan ke katil.hanyut terus...tapi kalau soal kena tindih tuh rasanya dah jadi lali kot...

jadikan ayat2 suci al-quran itu sebagai pendinding dari kekejaman setan.

S..U..D..@..I..S berkata...

makhluk tu sentiasa cari orang yng lemah....hanya ayat quran dapt menghindar....

pernah juga jadi camtu IM

Insan Marhaen berkata...

kunag-kunang,
bila ingat tu yang kena. kalau tak tahu, takpa..

biskut,
bila ada hantu je baru ingat tuhan, ya..

sudais,
IM so far tak pernah alami..

Syed Hilmi Syed Yahya berkata...

syed kadang mengigau gk,tp x selalu..smpi org lain yg belum tido pown takut tengok Syed....

ahsfantasy24 berkata...

huhuhu..
yahkut drive kt tmpat snyi mlam2..
huhuu~