Sambil bawa ibu_suri jalan-jalan seperti selalunya, aku singgah ke kedai buah di Kompleks Kailan, Kepala Batas. Kali ini aku nak beli betik sebab dah selalu beli pisang. Terserempak pula dengan jiran. Setelah bertanya khabar tiba-tiba satu soalan terpacul di mulutnya.
"Kamu bukan rajin tulis blog ke? Isteri saya rajin baca blog kamu." aduhh...terasa segan lah pulak!
"Banyak sabar ya. Menjaga isteri yang sakit macam tu banyak pahalanya. Jangan suka sangat pergi jumpa bomoh ni. Amalkan baca ayat Quran." sambil menepuk-nepuk bahuku.
"Tu la... kekadang ni nasihat adik beradik ni tak tertolak juga. Depa tu yang beria-ia suruh jumpa bomoh. Tapi saya memang fikir masalah kesihatan ibu_suri ni lebih kepada perubatan hospital."
"Yelah.. memang kekadang ni kita susah juga nak jaga hati adik beradik ni. Bagus juga. Ada laptop. Boleh tulis-tulis untuk berkongsi."
"Ni, amalkan makan buah. Buah prun pun bagus untuk lawas buang air besar. Ni, cari apa?"
"Ingat nak cari betik."
"Ahaa... elok la tu. Saya balik dulu ya! Tadi ziarah kawan sakit." sambil sekali lagi menepuk bahu aku. Terasa mesra pula bila ditepuk begitu.
"Abang, saya nak cari betik yang just nice esok lusa baru masak. Ada ke bang?" tanya aku pada penjual bila jenuh pusing keliling petak petak buah tapi tak jumpa yang berkenan di hati.
Entah kenapa terasa segan benar bila terkenang kemungkinan ramai lagi silent reader blog aku dari jirana-jiran rumahku sendiri. Habislah semua rahsia aku depa tahu.
Haiii... Kalau kalian jumpa ibu_suri, jangan pulak cerita kat dia yang aku selalu tulis pasal dia dalam blog ya! Tak pasal-pasal nanti telinga aku kena piat..he..he..
20 ulasan:
jangan risau bang...janji takde yang menyakitkan hati para jiran tetangga.adakala mungkin blog abang dowang jadikan rujukan dalam soal2 perubatan ye dak..teruskan ngeblog.
Salam IM
ada silent readers yg tak mengata kita kt belakang oklah..yg tak bestnya bila jd silent readers lepastu dok mengutuk kt belakang kita...saya alami gitu..so skrg saya lebih hati2 bila menulis..
Salam IM
Saye dulu pernah dituduh sebagai orang tak de agama... die siap tulis nama saye besar2, post kat FB...
Tak yah risau ape2, kalo tak wat salah tak yah risau kantoi ape2 ha3
saya pernah jugak terkene tp kat tempat keje ler..."tibe2 dia tanya mcm mane dah ok ke masaalah tu"
aik!!! mcm mane dia tau ni...pada hal saye tak mesra sgt dia nie...
baru ler teringat mesti dia bace blog aku niiiii...
as salam IM,
...kalau ibu-suri tau pun dia tak kan marah tu
saya pun tak tahu ade ke tak silent readers dikalangan jiran, anak jiran yang ada fb mungkin ada yang baca
Assalamu'alaikum IM...
eh! ibu_suri tak tahu IM berblog ya? Tak apa.. dia tak akan marah kalau dia tahu pun.. :)
Kakcik pun rasa ada silent readers blog kakcik dari teman2 sepejabat kerana sesekali mereka bagai tersasul menyebut sesuatu yang hanya kakcik ceritakan di blog!
biskut,
blog macam dah jadi candu kat IM. insyaAllah, akan tetap terus berblogging!
idalara,
tu yang IM risaukan juga. mengutuk kat belakang bukannya nak menasihati depan-depan.
najwa,
insyaAllah sat lagi IM jenguk. tapi IM bukan minat sangat sangat dengan contest cam ni. Masa IM terhad depan pc.
ainnoraini,
IM pun pernah terkena di tempat kerja. tapi so far depa +ve dengan penulisan IM.
ibuintan,
pernah satu hari ibu_suri minta IM ajar dia tulis blog. tapi IM tahu ibu_suri bukan seorang yang sabar hendak belajar IT. belajar memasak dia terel la..
kakcik,
memang IM rahsiakan dari ibu_suri pasal blog IM.
rasanya ibu_suri akan berbangga kalau baca blog ni, dia punyai suami yang penyayang..betul x IM
hebat dah tu jadi penulis blog.
kalau NST @ utusan ajak kerja dengan mereka jangan terima ya.... baik jadi penulis blog bebas dari jadi penulis upahan.
hasrul,
huh..berat tuduhan tu. lagi berat dari tuduhan ISA
sud@is,
tak pasti la respon ibu_suri kalau dia tahu..
abu muadz,
dulu cita-cita nak jadi penyajak dan novelis. tah macam mana jadi blogger la pulak.
salam,
x kan ibu suri x tau kot?
...dia memang sporting. Untung IM.
dulu pun saya menjadi silent reader beberapa blog juge..saya bangga dengan diaorang,,sampaila saya pun jadi gatai tangan...
apa2 pun...kita tak kacau orang kan!
Teruskan berblog kerana kakwan tau IM banyak mendengar nasihat daripada kawan - kawan maya..
Ibu_suri tak kan marah punya..malah bangga.
Salam IM
saya pun selalu terkena, mak bapak murid saya rupanya peminat setia blog saya..haish..tersipu2 den..mujo tak tulis yang mengarut
salam IM..
saya ler silent reader (wife) yg suami saya tegur IM se mlm tu..i love reading ur blog..my hubby berniat baik tu.. sb keluarga kami pun pernah di timpa musibah besar.saya sering berceritakan ttg kebaikan IM pd ibu suri .bertuah nya ibu suri dpt suami yg pengasih.
bila suami saya bgtau dia jumpa dan tegur IM,terus saya ckp..for sure tentu jadi bahan idea IM menulis di blog.hahaha.dont worry sy ni bukan jenis jiran busybody.
kwn yg kami ziarah se mlm tu di hosp kpla batas dah meninggal pagi tadi.sedihnya
humairi,
ibu_suri bukan kaki sport..he..he..
abah_izz,
IM jadi silent reader blog politik!
kak wan,
memang, blog antara podium IM minta pandangan dan mendapat pengajaran
imanshah,
huish.. makbapak + dengan anak murid..ramai follower tu. bertuah jadi guru ya..
tanpa nama,
tkasih lah selalu ziarah IM yang agak pemalu ini. bukan sangat pengasih tapi pertanggungjawaban.
IM dan ibu_suri pun memang kenal baik dengan suami. maklum lah sesama aktif dalam politik bawahan.
fatihah buat yg pergi.
Betoi Abu. Saya pun kadang-kadang pergi kenduri dengan isteri. Bila pulang isteri tanya , Abang tuis apa dalam blog. Ramai wanita dok cerita dekat dia. Fening-fening
Salam IM,
bila kita dah menulis di blog ni, ramai org yg akan tahu sbnrny... ramai dlm kalangan mereka yg jd silent reader je...
IM, saya tag utk satu contest ni. Checkla kat blog sy. Klu IM berkenan, lehla join... sori, sy main tagging jer...
ibu suri mesti bangga ada suami macam im. apa salahnya kalau dia tahu im ada blog hehe..
budiman,
nanti IM pun fening lalat!
areef,
dah tengok contest tu. hu.. la ni blogger dok buat contest je IM tengok..
kakpah,
huuu.. memang salah kalau dia tahu!
Catat Ulasan