Akhmal yang masuk ke rumah tiba-tiba bertanya aku;
"Ayah, kenapa ramai-ramai di luar tu?"
Aku menjengah ke luar pagar. Baru tadi aku dan Angah pergi ke rumah jiran sebelah. Berbincang tenttang perincian tempahan makanan untuk majlis walimah dengan katering PSC. Tak pula dengar apa-apa cerita yang lain dari biasa.
"Zam, kenapa tadi ramai-ramai tu?"
"Khalwat, ayah. Kami syak ada yang tak kena sebab kami perasan ada lelaki masuk ke rumah si X tu. Kemudian lampu katup. Lama juga kami panggil, baru dia buka pintu. Memang sah.."
"Suaminya mana?"
"Suaminya kerja kat Perak. Seminggu sekali baru balik. Anak dia bagi mengasuh kat jiran berek polis tu."
Fuh, lega juga hati aku kerana rupanya bukan kes kecurian. Tapi tak terlintas pula di fikiran aku kes yang itu pula.
gambar hiasan |
Aku teringat mak aku pernah menasihatkan anak jiran sekampung masa aku masih bersekolah dulu. Dia tidak mahu mengikut suaminya pindah luar dari negeri Perak.
"Kamu jangan gitu. kamu kena ikut ke mana laki kamu pergi. Udah rezekinya di situ, di situlah kamu kena tinggal. Tak ada eloknya sorang di sana, sorang di sini. Esok, dibuatnya cari satu lagi di sana, menangis air mata darah pun tak guna sebab salahnya esok.. salah kamu tak ngikut laki..."
Agaknya, itu jugalah puncanya. Isteri jauh dari suami. Balik cuma seminggu sekali tidak cukup untuk melepas dahaga si siteri yang tersungkur dek gejolak nafsu!
17 ulasan:
iskh2..macam2 sekarang ni kan IM. saya pun dulu weekend husband gak..tapi tak sanggup/larat hidup macam tu...wife cuti tnpa gaji dulu...moga2 dpt pindah balik, baru sambung keje...mudah mudahan
Salam IM...
Sib baik la jiran2 semua prihatin mencegah kemungkaran...Kalau biarkan nt bila ALLAH turunkan bala,dgn org yg x berdosa pun kena tempiasnya nt..
Semoga isteri curang tu diberikan hidayahNya sempena thn baru ni..
apa lha ertinya perkawenan kalau terpaksa hidup dalam kejauhan sesama pasangan...apalha ertinya hubungan asmara kalau tidak dengan owank yang telah dihalalkan bagi kita.hmmm...kenikmatan yang terlarang,dalangnya setan.
tak mau berjauhan..cari cikgu senang..hehe
Salam IM,
Susah juga kalau hidup 'perkahwinan jarak jauh'. Godaan banyak, kenalah jaga diri bila suami tak ada di rumah.
Memang elok kalau tidak hidup berasingan. Dua2 sekali banyak yang menggoda dan tergoda. Imam kena kuat.
erk.... whatever it is, sy stuju, isteri kena ikut suami
abah_izz,
tahniah kerana buat keputusan yang tepat dan cepat. apa sangatlah harta dunia..
cik shinju,
kesian suaminya. bersusah payah cari rezeki, isteri buat onar..
biskut,
betul tu. maksiat ini dalangnya adalah syaitan.
imanshah,
nasib baik cikgu yang ini tak kena posting kat serawak..
kunang-kunang,
kalau dah berjauhan macamana nak diri rumah tangga, ya tak?
IM, akak nak cadangkan IM letakkan iklan nuffnang di blog IM, bukan perlu bat apa pun...sebab akak tgk blog IM dah ramai followers dan orang selalu masuk baca... InsyaAllah sambil berblogging juga boleh menjana income...
cadangan saja...
Kak Azzah8
http://nurazzah8.blogspot.com/2010/12/maal-hijrah-1432.html
salam maal hijrah IM... semoga Im terus diberi kesihatan yang baik oleh Allah untuk terus dapat menjaga ibu-suri dengan baik
tergamak siisteri berlaku curang semasa ketiadaan suami sedangakn suami bekerja keras mencari rezeki..
Salam IM...
Terlaknatlah isteri yg buat macam tu...takutnya kenang dosa yang tak akan hilang walau dicuci dengan selautan air mata pun...bertaubat pun entah Allah akan terima atau tidak dengan berlaku curang dgn suami mcm tu sekali...saya pernah berjauhan dgn suami selama 1 tahun masa bekerja diperak 14 thn dulu tapi tak dak plak teringat nak buat hal yg bukan2..hai ntahlah...dunia akhir zaman ni macam ni agaknya..
tula...suka dgn nasihat mak im tu...
mak su,
kalau dah suami isteri, kebersamaan itulah sepatutnya.
kak azzah8,
lama dah teringat cam tu. boleh ajar tak caranya?
ibuintan,
manusia la ni.. macam macam.
mario,
mak IM memang menjadi tempat rujukan jiran jiran sekampung.
salam.
sgt prihatin la jiran2. gud2. memang x patut si isteri tu. harap simpang la jauh2 benda2 mcm ni bila dah kawen t.
salam IM..
subahanallah...terdetik dihati saya takkan tinggalkan en zalie..
semoga pengajarannya...suami isteri selalu bersama2 walau kemana2 jua
Bila nafsu mula beraja dihati..
huH!!...bahaya2..skrng bnyk cte2 pelik..bila dh nafsu dh jd raja diri,semuanya dilupakan demi mengecapi nafsunya.nauzubillah
salam IM
kalau duduk jauh2 pun tak terdetik nak buat cam tu.......... pernah jugak berjauhan dengan suami.... my laling kat Ipoh I kat Penang tapi 2 tahun jer........
Catat Ulasan