BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Disember 04, 2010

Selimut Putih

"Sudahlah. Tutuplah lagu tu!" tiba-tiba ibu_suri meninggikan suara.

Segera aku tekan mute mp3 keretaku walaupun aku memang suka mendengar lagu Selimut Putih apatah lagi di dendangkan oleh vokalis Munif - Hijjaz yang bersuara lunak. Dikatakan, Munif ini jika melagukan semula nasyid dari Orkes El Suraya, huh.. mendayu-dayu!

Aku faham perasaan ibu_suri. Sejak dia mengalami sindrom bi-polar pusingan kedua ini, dia lansung tidak mahu mendengar berita sedih, menonton gambar kemalangan malah menziarahi kematian mak kawan baiknya semasa sama-sama aktif sebagai AJK dalam Kelab Remaja JIM (KRJ) - Latifah Bee di Taman Pekaka minggu lalu pun dia tak mahu.

Sebenarnya, lagu Selimut Putih itu juga mengingatkan aku  kepada konsert kesenian islam yang kerap aku dan kawan-kawan seniku terutama Muhajjir pentaskan. Berlatar belakangkan sajak Sakaratul Maut oleh NadaMurni, kami sering membuat persembahan samada di Pulau Pinang, Kedah hatta ke Perak.

Bayangkan, berlatar belakang lagu Selimut Putih kami mengusung keranda yang ber'mayat' melalui celah-celah penononton di padang dengan harapan untuk menerbitkan  rasa gerun dan insaf kepada audien.

merenung pusara bapa mertua sambil menitis air mata

Aku curi-curi pandang wajah ibu_suri sambil memegang stereng dengan perasaan simpati. Aku pun jika berada di posisinya, akan terbayang-bayang kemungkinan yang berbagai-bagai. Berbagai-bagai yang menggerunkan dan mendebarkan!

24 ulasan:

ong ong kedek kedek berkata...

Salam ukhwah dan salam ziarah :)

Layan lagu rock la pulak he3...

Tapi seriously, lagu2 dulu2 especially dari nada murni memang best dan menginsafkan...

Yunus Badawi berkata...

Salam IM,

Kenalah selalu beri semangat kepada ibu_suri supaya dia kembali stabil. Sokongan keluarga amat diperlukan.

Acik Erna berkata...

salam IM..saya juga suka dengar lagu2 macam tu.tapi tentu berlainan dengan ibu suri..

Mila@Rimbun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mila@Rimbun berkata...

layan lagu maher zain plak.. for the rest of mylife.. mesti ibu suri suka :-)

H.A berkata...

kesian ibu_suri..kena bagi sokongan kat dia banyak2 ....

kematian sbgai peringatan kepada kita ..setiap insan pasti merasa alam tu nanti

hentian berkata...

hasrul nizam,
nantilah, IM masukkan lagu rock tasbih (bukan rock kapak!). rock yang ada mesej..

YB,
memang itu dan begitulah IM. setiap hari beri dia harapan dan ransangan.

kak erna,
sambil terhibur dapat pahala kerana mengingati allah

mila@rimbun,
kalau pi makan kat restoren depan taman abdullah fahim, kepala batas akan ditemani dengan lagu lagu maher zain.

ibuintan berkata...

salam Im,

berikan ibu-suri lebih semangat

keadaan kesihatannya menjadikan ibu-suri lebih sensitif tu

Mario berkata...

wah...bro pun nyanyi nasyid jugak eh....

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Salam IM, emm...percaya tak kalau akak kata...suami akak kena selama 3 tahun..malah lebih dahsyat dari ibu suri..
Nanti2 akak akan citer bila tiba masa nya nanti.dlm episod2 kisah akak..
InshaAllah

hentian berkata...

feez,
kematian..ya.. itu yang merisaukan.

ibuintan,
hmm..sensitifnya tu memang kekadang meletihkan IM.

mario,
IM cuma suara latar. bapa IM dulu penyanyi juga. penyanyi majlis kahwin..he..he..

marina,
best kalau dapat berkongsi pengalaman.

paling perit bagi IM ialah bila ibu_suri nak jumpa Ketua menteri pulau pinang.

abu muaz berkata...

kena jaga perasaannya tu bang.

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM...

Saya pun suka lgu tu..
Sayu hati dgr suara Ustaz Munif tu..


Salam utk Ibu Suri yer :)

sekadar satu coretan berkata...

suke dgr lagu "pergi tak kembali lagi" rasa insaf dan sedih...

semoga ibu_suri jgn sensitif yee...kene kuat semangat...

mcm mak saye...dulu kene stroke tak boleh jln langsung & semua keperluan harianye pun kite kene uruskan dah seperti baby sekarang alhamdulillah...boleh uruskan diri sendiri dan boleh berjln w/pun bertongkat...kene kuat semangat

Hanisham Ab Halim berkata...

Itulah seronoknya mendengar lagu dulu2...

sud@is berkata...

Semasa dengar lagu insaf sekejap...
lepastu mula mengarut balik...

Lagu lawak jenaka elok juga bagi ibusuri dengar

hentian berkata...

abu muaz,
dok jaga selalu lah ni..

cik shinju,
munif tu bukannya ustaz

ainnoraini,
blogger JH tak suka irama lagu tu. katanya lagu tentang mati tapi iramanya rancak.

echam,
laagu dulu ada kenangan untuk orang yang dulu.

Cikbelog berkata...

lagu selimut putih sangat bermakna

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Kematian itu pasti..

Suhana Shuib berkata...

klu dengaq lagu tu..mmg insaff la... rasa cam gerun pun ada... huhu..

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.

Salam ziarah.
Semoga ibusuri akan lebih tabah menghadapi segala dugaan.

TQ

Kakzakie Purvit berkata...

Salam IM,

Sebenarnya nasyid tu menyentuh perasaan menyebabakan dia tidak berdaya utk mendengarnya. Sebagai seorang wanita kakak faham nalurinya ditambah keadaan dirinya itu.

Unknown berkata...

Kome hebat IM...
ketabahan bersama ibu suri boleh dijadikan teladan..

hentian berkata...

cikbelog,
bermakna pada yg mahu menghayatinya.

abdrazak,
waalaikum salam. sebab pasti itulah ibu_suri rasa gerun

suhana shuib,
hati-hati yang lembut memang terkesan bila dengar lagu tu

admin P@P,
IM selalu beri semangat pada ibu_suri begitu

kakzakie,
IM juga faham. sebab itu IM selalu berada di sisinya... menemani

lana-bulu,
TQ. mike juga hebat!