BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, Disember 29, 2010

Penjaga Parkir

Semasa aku keluar dari TM Point Bayan Baru membayar bil Streamyx tadi petang, aku terjengah-jengah mencari pekerja parkir. Hari panas elok. Kesian melihat penjaga parkir yang kelihatannya berpanas sejak dari pagi.

Aku menggamit. Aku hampir kenal pada semua penjaga parkir ini kerana kerap ke sini. Malah ada  diantara mereka yang tahu nama aku. Agaknya mereka terlihat lencana kerja yang tergantung di poket baju.

Foto ihsan: http://persma.com
Aku menghulur resit parkir. Penjaga parkir menulis sambil membelek no plat kereta. Sambil mencarik bil dari buku, dia mengambil duit yang ku hulur. Gaya dia hendak memulangkan baki, aku memberi isyarat 'keep the change'. Bukan kerana aku banyak duit. Apalah sangat RM1 tolak 30 sen, harga duit parkir untuk aku berbanding dia yang mungkin gajinya tak seberapa.

Dia mengangkat tangan tanda terima kasih sambil memerhati aku beredar. Tak kiralah samada dia jujur mengutip duit parkir dan memulangkan seluruhnya kepada taukeh atau sebaliknya.

Yang pasti aku amat menghormati mereka ini kerana mencari rezeki dengan titik peluh sendiri berbanding mereka yang pernah aku lihat meminta-minta semasa aku solat Jumaat di masjid yang tak jauh dari sini.

13 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM,
PEMBERIAN YANG IKHLAS, INSYAALLAH ALLAH AKAN MEMBERIKAN GANJARANNYA

Kakzakie Purvit berkata...

Salam IM,

Biasanya kita lebih suka memberi kepada mereka yg tidak meminta-minta. Walau sikit tapi penghargaan dari yg menerima amat besar.

ab@h_Izz berkata...

..apa ada pada nilai jika tidak ikhlas,

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..

IMANSHAH berkata...

IM

kadang2 tngok depa ni kena herdik masa kat gerbang malam..bagilah 50 sen depa amik gak

kak wan berkata...

Parking keta kat tempat kakwan dah takda dah yang sen - sen ni..selalunya seringgit @ duaringgit..., melainkan MPK yang pakai kupun 0.45 sejam.

sud@is berkata...

asalkan rajin bekerja jgn hanya meminta....
org pun kesian btul x IM

ibuintan berkata...

apa salahnya menghulur sedikit setelah mereka memberi kita bantuan

sedikit pada kita mungkin amat bermakna pula bagi mereka

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM...

Tgn yg memberi lebh baik dr yg menerima...Semoga keikhlasan hati IM dibalas dgn ganjaran kebaikan olehNya..Sya pun kesian tgk dorang,nak2 kalau warga emas tp masih membanting tulang...

hrusli61 berkata...

Wow IM orang yang murah hati juga mungkin baru dapat bonus.

Sedekah itulah yang akan menjadi hak kita di Akhirat kelak

@na berkata...

Alhamdulillah..Sedekah ikhlas walaupun sedikit, mampu menghidarkan bala...Wallahualam

Maiyah berkata...

yg ikhlas tu amat memberi nikmat.. :)

ghost berkata...

tidak akan luak harga diri kita dengan menghormati pekerjaan orang lain.

student berkata...

rezeki halal.. cukup dengan sedikit, berkat dengan banyak!