Baru perasan rupanya dah hampir RAYA
Baru perasan rupanya Puasa hampir ke hujungnya
baru perasan rupanya Lagu RAYA mula berkumandang mengatasi lagu Ramadhan
Baru perasan rupanya orang lebih suka shopping kuih RAYA daripada kurma
Baru perasan rupanya orang mula kalut ke pasaRAYA daripada berterawih di masjid.
Baru perasan rupanya orang dah mula mengira cuti RAYA
baru perasan rupanya orang dah mula ke bank mengeluarkan duit untuk beRAYA
baru perasan rupanya orang dah mula mengantung langsir RAYA
baru perasan rupanya orang dah mula hantar servis kereta
Baru perasan rupanya ada yang dah mula balik kampung untuk beRAYA.
Mungkin ada yang terlupa masih ada orang yang tak kisah pasal RAYA
orang gila
penagih
dalam penjara
Mungkin ada yang terlupa ada orang yang hari RAYA pun akan berpuasa
orang papa
pemgemis
Mungkin ada yang terlupa untuk balik kampung berhari RAYA.
.
.
.
.
Hik! Hik! Hik!
.
.
.
.
Aku pun baru perasan rupanya minggu depan RAYA
Aku terlupa bahawa tiada siapa lagi yang boleh diharap untuk melangir rumah supaya seri hari RAYA
Aku terlupa bahawa anak-anakku juga aku perlu ambil kisah RAYA mereka
Aku terlupa bahawa mak di kampung belum lagi di hantar duit RAYA
Aku pun tak perasan berapa rakaat sudah aku berterawih menjelang RAYA.
.
.
.
Hik! Hik!
.
.
.
Aku termenung melihat sejadah di ruang tamu
Aku berteleku memandang langsir yang masih berdebu
Aduhai ibu_suri, mana perginya langsir kita yang dulu?
23 ulasan:
Cantik dinding rumah IM..
kakcik pun tak kisah sangat pasal RAYA! :)
salam IM,
raya tetap tiba samada kita tunggu atau tidak, raya hari beraya untuk anak-anak .....
kak cik,
tu foto 2008.masa tu ibu masih boleh dikatakan ok untuk menghias rumah.
Hari ini IM sorang-sorang je. Sesekali Akhmar tolong.
ibuintan,
mahu tidak mahu memang RAYA perlu diraikan.
IM cuba menjadi pemangkin pada anak-anak IM supaya RAYA mereka tidak hambar.
mood raya belom datang!!!
hu... susahlah camni kalau semuanya nak tunggu mood.
selalunya orang melalyu ni moodnya mai last minute.
IM..walaupun IM tak buat tu semua..raya tetap datang..ramadhan tetap berlalu..
Salam,
Ramadhan akan meninggalkan kita. Moga kita dapat menemuinya lagi tahun depan
salam
taman guar perahu kat mana tu,lorong berapa..saya besa pi sana,ada bapa sedara..umah dia kat masjid tu...
oren gitu.. kalo rya mana bleh lupa kan kan kan..
Jangan kita lupa ada satu malam lagi selain Lailatur Qadar iaitu di malam Raya. Beribadah pada malam itu kerana ganjarannya tidak kurang hebat.
Jangan lupa fitrah belum bayar lagi.
Jangan lupa disunatkan pagi raya itu makan dulu sedikit sebelum solat Aidil Fitri. Pergi jalan lain balik jalan lain.
Jangan lupa ada lagi tanggung-jawab selain keluarga sendiri. Iaitu jiran dan sahabat.
Tidak lupa nak saya ucapkan. Selamat Hari Raya daripada JENDELA HATI. Maaf Zahir Batin
salam,
memangle....ko kena layan perasan ko tu.....
aku...sedar diri sendiri...
selamat hari raya, maaf zahir batin.
kita memang tak sedar puasa bakal pergi dan raya menjelma tiba..kerana berbagai2 yg melanda dalam jiwa...namun raya tetap terpaksa diraikan demi anak2..
Selamat HariRaya...
saya tumpang sekaki.............
salam tuan punya blog, ini kunjungan kali ke2, kali pertama sekadar meninggalkan jejak di shoutbox.
menarik cerita tuan untuk dihayati, tetapi kerana saya menggunakan perisian internet download manager, lagu raya tuan sangat menganggu pembacaan saya kerana auto downloads.
saya hanya dapat membaca beberapa entry dalam blog tuan, namun amat bersimpati dengan keadaan tuan apatah lagi dengan keadaan ibu suri.
tabahkanlah hati tuan dalam meneruskan kehidupan ini, sesungguhnya ketabahan dan kesabaran tuan akan ada balasan baiknya di hari akhir nanti.
sekian, wassallam.
baru perasan yang kita dh belanja berlebihan untuk nk raya ni....next gaji lambat gi.....
baru perasan nk ucap selamat hari raya buat IM sekeluarga...."selamat hari Raya Aidilfitri"....
Aslmkm IM.
:) Lebih baik buat saja apa yang perasan baik, & tinggalkan apa yg perasan tak baik! Lebih baik gitu kan?
Kak G sentiasa cuba waspada - bersyukur & tabah dengan segala yang dilalui ... samaada gembira atau sebaliknya duka, tiap sesuatu tetap dugaan dalam hidup ini kerana Allah SWT menghisab semuanya!
kak Erna,
kita tunggu saja ramadhan dan syawal datang bersilih ganti dengan azam baru.
luahfikiran,
muga kita masih sempat sebab banyak lagi yang belum kita selesaikan.
kamsiah,
kat mana? hik! hik! rahsia. malu la IM. rumah IM berselerak macam kapal pecah...
maiyah,
itu kaler kuning. tahlha, ibu ni suka sangat kaler tu. katanya ada sikit-sikit keturunan di raja...
hrusli61,
tak lupa. tak lupa. kalau buat laksa, jangan lupa orang belakang rumah aa....
ahmad humairi,
selamat hari raya juga. IM sedar. IM cuma insan marhaen...
Salam Aidilfitri IM... tak pe terlupa persiapan raya.. asalkan tak lupa menghambakan diri kepada yg Esa di saat akhir Ramadhan..
idalara,
nak buat macamana. sabo jer le...
kakwan,
selamat hari raya juga. IM tumpang 1 meter, boleh?
noor azam,
IM dulu pun ada masalah guna IDM. IM buang sebab selalu ganggu bila blogging.
tkasih kerana sudi baca tulisan IM. sekadar menyimpan kisah-kisah muga anak cucu IM boleh baca sejarah hidup orang tua mereka simasa hidup.
entah kenapa IM tak suka tempek tulisan orang lain dalam blog IM. terasa rugi kerana tidak ori.
abah_izz,
dah terlambat sebab duit dah poci. tapi belum terlambat ucap SHR.
muga kita tidak terlebih raya.
DDrfauziah,
yalah, kita buat apa yang kita mampu buat dengan terbaik. lainnya serah pada tuhan...
mila,
muga-muga juga IM tak lupa suruhan tuhan. susah juga berlawan dengan nafsu ni..
assalamualaikum sir marhaen
Wahai hamba yang budiman semoga teruslah hidup di dalam naugan ilahi yang sentiasa DIA itu mengucup mu dari nafasnya sendiri. Dan tidaklah pengujian mu itu meletakkan dikau di dalam kalungan yang membinasakan melainkan pengujian itu untuk membakar sakarat nafsu mu yang berkarat itu. Dan janganlah dikau berputus asa dari mentaati pengujian itu melainkan hikmah yang tersembunyi yang tidak engkau sedari dari pengamatan mu. Sesungguhnya allah itu maha mengetahui apa yang terjadi maka adukanlah seglanya pada yang maha mengetahui itu. Dialah allah yang maha membimbing hati-hati yang tidak pasti hingga keyakianan itu menepis setiap prasangka dan wasangka. Jadilah dikau insan yang mulia lagi memuliakan isteri mu walau isteri mu hanyalah secebis pengujian iman dan takwa mu. Sesungguhnya DIA maha mengetahui apa-apa yang tertulis di hati mu. Hendaklah diri mu bersangka baik walau terasa perit kerana itulah keuntungan dunia dan akhirat.
zakir lazarus,
tkasih. tinggi sangat penghargaan. bimbang... IM tidaklah sebagus mana.
Catat Ulasan