Aku ambil keputusan untuk balik kampung semalam bersama bakal menantu menggunakan 2 kereta. Wah, tak perasan rupanya familiku dah sedikit membesar. Setahun dua lagi, mungkin lagi besar sebab bakal bergelar DATUK. Alamak, segan pulak rasanya...
Pertama, singgah ke rumah besan di Permatang Batu (belakang kilang Allagapa's, Bukit Tengah). Sempat bincang-bincang pasal tarikh walimah Angah dan dijangka ianya pada 19 Jun 2011.
Kemudian terus ke Kampung Batu 3, Tapah; rumah pusaka bapa mertua. Rumah beratap zink, tengaharinya memang hangat walaupun di tepi hutan, di tepi anak sungai dan di kaki Cameron Highlands. Teringat nak pergi ke rumah blogger JH di kampung Lubuk Katak dan ke Kuala Woh untuk mandi manda namun kondisi ibu_suri tidak betah untuk aku banyak menyinggah.
Dari Tapah aku naik semua ke Kampung Kepayang, Ipoh. Di rumah mak adik beradik dah ramai yang balik. Aku salam dan peluk mereka semua tanda masih kasih dan terima kasih. Dan... apa lagi, aku mencari lemang dan rendang tapi kali ini bukan lagi dari air tangan abah tetapi oleh adik-adik. Namun, rasanya tak lari mana.... tetap sama.
Dan paling mengagumkan aku ialah bila melihat motor tua abah di sini sudah bertukar wajah menjadi motor klasik. Apabila abah sudah tiada, motor ini terperap di bawah rumah tak siapa jaga. Maklumlah, nak jual pun tak seberapa harganya. Nak ditukar milik tak boleh pula. Aku agak akan jadi besi buruk la jawapnya.
Namun jangkaanku meleset. Dengan usaha mak dan adikku Napi, motor abah telah dibaikpulih dengan kos RM1k. Fuhhh... bukan main cantik dan terasa kagum pula.
"Angah berkenan tang cermin tu, ayah!"
"Heh, ayah suka tengok lampu dia. Ada oning pulak!"
Ha... ha...ginilah fe'el manusia kan. Yang buruk tidak dipedulikan. Bila dah cantik baru terhegeh-hegeh ngaku berkenan.
Aku terfikir pula;
"Motor ni ada roadtax ke, dik?" tanya aku pada Kedek.
"Adaaaa... "
"Hik! hik! pelik undang-undang kat Malaysia ni, ya! Motor yang tuannya dah jadi Allahyarham 3 tahun dulu pun masih boleh diperbaharui. Macam tak logik je.. Tak heranlah kalau Allahyarham juga boleh pergi mengundi masa pilihanraya, ya! "
Sayangnya aku tak dapat nak ambil foto motor abah kerana hari dah malam. Kamera handphone aku agak koman, tak ada flash untuk snap gambar waktu malam.
Seperti biasa, bila balik dari kampung ke Penang aku akan singgah ke R&R Sungai Perak untuk makan nasi dengan gulai tempoyak ikan patin. Namun bagi ibu_suri, dia lebih mahu duduk dalam kereta seorang diri.
Raya kali ini ibu_suri memang betul-betul manja. Di rumah mak, asyik nak baring atas riba aku sahaja!
12 ulasan:
salam,
aksi begitu (baring atas riba), biar dalam bilik sahaja.
SALAM,
ORANG PERAK RUPANYA. SAMALAH KITA. TEMAN MEMBESAR DI BAGAN DATOH DAN TELUK INTAN. BILA PULANG NANTI, BERHATI2 DI JALAN RAYA
Salam IM...
Tak payah lah IM buat kerja lain.. sebab ibu_suri nak bermanja..mcm ibu2 yg ada anak kecil.. buat alasan pegang anak, kan????
salam IM,
hehehe...manja nye ibu-suri, masa nilah nak manja lebih sikit raya tahun 2012 nanti mungkin dah jadi datuk, datuk sibuk nak pangku cucu lak..
Parit 5 Chenderong Balai tanah kelahiranku
ikan patin masak tempoyak buat aku terliur...
sy pun dah jd nenek, ada cucu sedara tu :D
Biarlah ibu_suri berbaring atas riba IM. Muga itu akan menjadi kenangan manis.
asalkan ibu suri senang dan tak meragam, ikutkan sajalah ya kehendaknya kan
ya.. betul begitu sebenarnya.
bayangkan IM balik kampung cuma 2 jam sahaja. lebih lama memandu dari memandang wajah mak...
JH berada di Tapah cuma 2 malam sahaja. Selapas itu hari Sabtu kena balik Penang untuk santuni keluarga sebelah Kak Ida pula.
IM dapat beraya di Ipoh itu pun kira amat bagus. Maknya tentu gembira anak-anak semuanya pulang.
org perak...jgn lupa jemput wat majlis nnt..hehehe
kalau belakang kilang Alaggapa tu ramai adik-beradik Hj Nahar..mungkin tersangkut dgn Hj Nahar SUA JIM
Catat Ulasan