BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Khamis, September 30, 2010

Jika Aku Seperti Dia

Tadi malam seperti malam-malam sebelumnya, ibu_suri gelisah di katil lantaran tidak dapat memincingkan mata. Jam 3 pagi dia gerak aku yang lena di sebelah.

"Kenapa I tak boleh tidoq?"

Soalan yang sukar untuk aku jawap.

"U dengaq tak perut I... kruk... krak... kruk.. krak..."

Aku masih pejam mata.

Balik kerja selalunya dia sudah sedia menunggu aku. Belum sempat tanggal baju dia akan minta aku memeluknya kemas-kemas.

"Dada I rasa berdebar-debar. Kenapa?"

Aku cuma diam. Dah tak ada jawapan yang nak aku fikir dan berikan. Aku tahu tindakan kimia di dalam badannya yang tidak stabil membuatkan dia jadi begitu. Itu apa yang aku faham lewat penerangan dari pakar Psikiatrik, Hospital Besar Pulau Pinang.

Semalam aku lansung tak boleh nak buat apa-apa. Sekadar mandi, basuh kain dan sediakan makan malam. Lebih dari itu aku hanya habiskan masa duduk di sisinya. Picit-picit kaki dan tangannya yang katanya lenguh.

Jauh di sudut hatiku berbisik; jika ditakdirkan aku tiada, siapalah agaknya yang mampu menjaga ibu_suri paling tidaknya sesempurna aku?

Dan jika ditakdirkan bahawa akulah yang sakit seperti dia kini, adakah dia boleh menjaga aku sesabar aku menjaga dia?

'Tuhan! Terima kasih kerana kau berikan aku keadaan yang seperti ini. Benarlah bahawa Engkau meletakkan dugaan kepada hambaMu itu sekadar yang mampu ditanggunginya.'

14 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Memang tidak mudah menjaga orang sakit - kesabaran itu asas yang paling penting. Semoga IM terus kuat dan dikurniakanNya dengan kesihatan yang sentiasa baik.

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Menjaga orang sakit memerlukan kesabaran yang tinggi, sabarlah..jgn sesekali merungut dan buat muka 'give up' or 'fed up'pd si sakit..kerna ia akan meninggalkan pedih yg mendalam.

ibuintan berkata...

semoga IM terus diberi ketabahan dan kesihatan yang baik demi ibu-suri

Murni Alfathunnisa berkata...

Salam IM...

tabah lah...terima setiap ujian dengan senyuman..

"orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang bila ditimpa musibah dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman"

Tanpa Nama berkata...

En IM tu positif je selalu.. dia x de apa2 tu.. oh ya! x lama lg nak dpt menantu kannn... boleh la dia tolong apa yg mampu

kak wan berkata...

Tahniah buat IM..,sebenarnya tak ramai orang yang sanggup hadapi situasi spt IM ni..tak kira suami atau isteri.
Apa kata selepas balik kerja IM bawa ibu_suri jejalan kasi luas pandangan...

Ariff Budiman berkata...

Baru2 ni ada saya mendengar kuliah maghrib. Antara yang menarik untuk saya share ialah, kata ustaz Allah memberi dugaan kepada mereka yang dia kasih dan setiap dugaan itu mampu dilalui. Insyallah IM mampu sebagaimana saya lalui

ibundo berkata...

IM seorang yang bertuah kerana diberi dugaan begitu olehNYA. InsyaaAllah, janjiNYA itu benar....

iBu...gUru berkata...

salam IM
Moga tabah dalam menghadapinya....berat mata memandang.............. sabar

hentian berkata...

tk. muga ujian ini juga akan selalu mengingatkan IM pada kelemahan ibadah IM padaNya.

zakir932 berkata...

assalamulaikum...

zakir tak tau nak kata apa-apa... nak beri kata semangat IM memang mempunyai jiwa yang cukup ketahanan....

nak bagi kata-kata nista pada IM tak layak pulak sebab pengorbanan IM bukan calang-calan lelaki mampu harungi....

apa-apa pun terima kasih kerana memperjuangkan hidup itu bukanlah mudah selagi ada hawa dan nafsu yang sering menggoda ke arah kemelaratan....

tahnah IM.....insan mulier(braveman heart)

suatu hari nanti pasti ketemui jalanNYA....insyaallah

Maiyah berkata...

salam IM..

betul2.. tuhan lebih tahu apa yg terbaik utk kita

khai berkata...

IM, mendoakanmu sekeluarga selalu..take care

Unknown berkata...

SALAM,
ALLAH MENGUJI KITA. ALHAMDULILLAH PUAN TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK. TERUSKAN