BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, September 25, 2010

Anak Kita

Bila aku terdengar bunyi riuh di luar rumah aku segera menjengah menerusi cermin pintu. Seorang ibu sedang melaung nama anaknya yang menyelinap di celah gelap malam, entah ke mana.

Aku teringat zaman aku membesarkan anak-anakku yang 3 orang ini. Aku pernah lalui keadaan sepertimana jiranku itu. Bagi aku membesarkan anak di dalam suasana tempat tinggal di Taman berbeza dengan kampung. Di kampung aku dulu hampir semua penduduknya adalah asal membesar di situ dengan satu budaya, satu bahasa dan kebanyakannya mempunyai pertalian saudara.

Di Taman, boleh dikatakan semua penduduknya datang dari berlainan tempat, berlainan cara hidup dan berlainan pendidikan. Maka apabila bermastautin di satu kawasan, masing-masing membawa budaya itu di sini. Maka berbagai-bagai pengaruh bercampur baur dan yang menjadi bahan eksperimennya adalah anak-anak kita.

Justeru itu jangan mengeluh atau membanding-bandingkan kehidupan kita dulu yang agak baik berbanding kehidupan anak-anak kita sekarang yang penuh dengan unsur-unsur yang kurang sihat. Bimbang, kita tidak menggunakan neraca yang adil.

Aku membahagikan tempoh usia anak kita seperti ini;

1. Usia lahir hingga Tahun 6 ( 12 tahun ) adalah usia kita berbulan madu. Apa saja yang anak kita lakukan dilihat manis belaka walaupun dia kencing dan berak di riba ayahnya.

2. Usia belasan adalah usia yang mencabar daya tabah dan minda kita. Usia ini mereka mula tiddak mahu keluar bersama kita sebaliknya lebih suka dengan kawan-kawannya yang kita sendiri tak kenal. Baju tidak lagi kita pilih sendiri sebaliknya duit kita ditagih saban hari untuk beli sendiri. Di usia ini bagi sesetangah ibu bapa adalah usia yang boleh mengalirkan airmata. Tidak nyenyak tidur malam dan hati selalu berdebar-debar.

3. Usia puluhan adalah usia di mana kita perlu berkawan dengan anak kita. Menjadikan mereka sebagai pelindung kita dan sebagai teman bicara.

Dan sikap kita mesti:

1. tabah dengah kerenah mereka

2. teguh semangat dan jangan putus asa

3. jangan maki hamun mereka sebaliknya nasihat dengan lembut menggunakan pelbagai pendekatan

4.gunakan elemen lain yang boleh membantu kita seperti kawan-kawannya, saudara mara kita atau anak-anak lain

5. hormati hak-hak mereka seperti makan pakai mereka yang sudah dewasa

6. buka sedikit ruang untuk mereka meneroka. jangan terlalu tegas dengan prinsip dan pantang kita tanpa hikmah

7. kekadang kita mengalah bukan bermakna kita kalah tetapi sebenarnya kita sedang nampak apa yang orang lain tidak nampak

8. jangan cepat melatah dengan apa saja insiden yang berlaku. tenang dan berfikir secara positif, jauh ke hadapan

9. jika terpaksa memilih antara 2 kemudaratan pilihlah satu yang kurang mudarat. Jangan di campak kesemuamya ke dalam longkang

10. jika terpaksa berdepan dengan polis atau mahkamah berdepanlah secara jujur, secara lelaki, secara manusia yang benar dan secara seorang bapa. Kalau anak kita salah akui kesalahan mereka. Rendahkan diri  meminta maaf dan menggantikan apa saja yang rugi. Percayalah, orang luar akan mengatakan kita pesimis tetapi satu hari nanti mereka jugalah yang akan mengangkat ibujari ke atas  dan  mengakui kehebatan kita yang mereka sendiri tak mampu lakukan.

11. Hargai pandangan anak dan isteri kita malah minta pandangan mereka jika kita ingin membuat sesuatu perubahan di dalam keluarga. jangan terlalu ego dengan pandangan sendiri kerana mereka mungkin tahu sesuatu ilmu yang baru lebih baik dari pengalaman lama yang kita ada. sesekali, istilah aku makan garam lebih dulu elok diketepikan.

Akhmal memang sedari  umur 7 tahun begitu menguji kesabaran, kepintaran dan kekentalan semangat ku untuk berpencak dengan tarisilatnya. Kini dia sedang meniti hujung usia belasan. Aku harap tidak lama lagi aku boleh menarik nafas lega. Dan dia akan berubah ke arah menjadi payung tempat aku berteduh.

berdiri kiri: along,angah, akhmal dan ibu_suri
lokasi: sek. tunas bakti, taiping. syawal 1430

Satu pesanku pada kalian, anak yang nakal hari ini jangan dibenci selamanya. Bukan mustahil,dialah kelak  yang akan menjadi anak yang setia menjaga hari tua kita.

Tanggungjawap ibubapa adalah menjaga mereka sedaya upaya. Allahlah yang maha mengetahui siapa mereka di hari esok.  Sedangkan nabi Noh lagikan tidak mampu mengIslamkan anak dan isteri mereka. sedangkan Nabi Muhammad tidak mampu mengIslamkan bapa saudaranya. Siapa kita?

Aku harap agar ibu itu tadi banyaaaaakkk bersabar dan teruslah didik serta doakan anaknya itu!

17 ulasan:

ibuintan berkata...

sangat setuju bahawa anak yang nakal, yang kurang berjaya dan yang banyak menguji kesabaran ibu bapa semasa kecil jangan terus dipinggirkan, mungkin anak itulah yang akan menjadi pendamping dan peneman kita di ujung usia..

mungkin anak yang baik semasa kecil dan berjaya bila dewasa sibuk dengan hidup dan kejayaan sendiri sehingga melupakan ibu bapa mereka..

sekadar satu coretan berkata...

setiap anak ade kelebihan & kekurangannye...kite sebagai ibubapa seharusnye tidak meminggirkan yg kurang berjaya tu...manatahukan itu yg byk menolong kite nanti...

Werdah berkata...

Salam IM

Setuju sangat.. kita hendaklah banyak besabar, biar apapun kelakuan anak kita mereka tetap anak kita.. bila ada tingkah laku yang tak menyenangkan kita tegur dan berdoa, jangan sekali-kali mendoakan yang tidak elok. Sebaik-baiknya kita beristighfar, mudah2an mereka tidak lagi merungsingkan fikiran kita. InsyaAllah

ahmad humairi berkata...

salam,

percaya dan redho pada ketentuan ilahi..

Tanpa Nama berkata...

Yg kono kojar tu macam kes CgMas maso belasan taun (garang bapak den tuh!).. skrg anak2 den buek kek blkg, bilo den tau ghaso macam nak buek macam Bapak den buek gak.. Bapak borek, anak rintik apply pd ayam yo.. jgn la pado den yo!.. Mak selalu ingatkan, doa jangan dilupa...

Acik Erna berkata...

IM..walu bagaimanpun sikap dan sifat anak2 kita..dia tetap anak kita kan..semoga allah sentiasa melindungi..dan memelihara..serta menutupkan pintu hati..anak2 kita kearah kejahatan dan membukakan kearah kebaikan..serta menjadi anak2 yang solleh dan solehah

ab@h_Izz berkata...

TQ atas info yg baik dr IM..Anak2 aku kini semakin membesar..tentu lg hebat cabarannya nanti pada zaman akan dtg...sama ke cabaran nk besarkan anak2 lelaki ngn perempuan?

kak wan berkata...

T/kasih atas info yang berguna memang saya perlukan buat mendidik anak - anak saya yg sedang meningkat remaja.Tapi Alhamdulillah cuma sorang jantan tapi takut juga sebab perempuan paling banyak dugaannya.
Bab anak yg di benci yg bakal menjaga kita...saya amat - amat bersetuju sbb cthnya sudah ada depan mata saya.

hentian berkata...

tulisan IM berdasarkan dari pengalaman sendiri. bagi mereka yang anaknya tiada masalah disiplin mungkin merasakan tiada manafaat apa-apa.

tapi IM percaya bukan semua ibubapa bernasib baik untuk punya anak yang mendengar kata.

IM pun kira ok. ada ayah yang mengalamai nasib lebih buruk dari IM.

kerana itu IM selalu memanjatkan syukur walau sesekali amat tertekan...

Maiyah berkata...

mmg rasa risau tp slalu berharap dan berdoa moga Allah lindung mrk dr kemungkaran.. hnya dpt berserah pd Nya

izman berkata...

setuju, mendidik anak memang mencabar. namun, bagi saya kita sebagai ibubapa wajib mendidik mereka dengan ikhlas.

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm IM.
Idealnya benar begitu.
:) Kak G tak pakar nak komen lebih ... Kak G anak tunggal & Kak G pun hanya mempunyai seorang anak tunggal lelaki.

Unknown berkata...

berbahagialah depa yg ada cahaya mata...

hentian berkata...

tugas mendidik bukan terbatas pada anak sendiri sahaja tetapi juga kepada anak saudara dan anak jiran.

itu semua adalah sekoloni dengan anak-anak kita juga tu, saling pengaruh mempengaruhi...

zai berkata...

salam IM...

Mmg benar spt saranan IM tu..seharusnya kita menangani kerenah anak2 dengan penuh kelembutan dan kasihsayang walaupun adakalanya perbuatan mereka sangat melukakan hati kita..dan doa yg tidak putus2 adalah sgt penting..

Tapi berapa ramaikah ibu bapa yg mampu bersabar dgn keadaan spt itu..?? Mudah2an kita semua selamat dunia dan akhirat..

Hj Atan berkata...

Saya kurang setuju nabi Noh dijadikan pembandingan didalam kita mendidik anak2 kita.Kita nak meletakkan kegagalan nabi Noh dlm mengIslamkan anak dan isterinya sebagai neraca kealpaan kita...oh no..no.bro.Sebenarnya bab tu adalah lebih penekanan didalam bab aqidah.Begitu juga Nabi Muhammad tak mampu baginda mengIslamkan paman beliau.

Siapa kita..sudahkah kita berdakwah mcm Nabi Noh?..sudahkah kita mendidik mcm Nabi Noh?..cukup dgn dua soalan tu dulu dah mengaru kepala yg tak gatalkan?...

maaf berlawanan sikit

Ibu n Abah berkata...

IM,
Alhamdulillah...
ada sesuatu di entry ini dapat menyedarkan akak mengenai 'mendidik anak'. sewaktu kita mendapat anak, kita tiada diberikan manual bagaimana untuk mengendalikan hal-ehwal anak2 kita... entry ini sedikit sebanyak bagai 'manual' buat akak. Terima kaseh IM.