BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Isnin, Mei 31, 2010

Pertanda Hidup Tak Lama

Aku sempat melihat semua ini. Dan aku kira ini mungkin satu pertanda yang boleh diambil kira. Dan boleh juga tidak!

Aku masih ingat semasa pergi menziarahi Mak Cikkepada ibu_suri yang baru sahaja keluar hospital di Sungai Ara. Umurnya sekitar 50an. Mengadu Mak Cik ini kepada kami;

"Aku ni teringin sangat nak minum ayaq tin. Depa tak bagi. Depa tak kesian kat aku."

"Kami bukan tak mau bagi Cik. Dia baru balik dari hospital. Ayaq tin tu gula dia tinggi. Tak elok untuk kesihatan Mak."

Sesekali fikit logik juga alasan yang diberikan oleh anak Mak Cik tu, kan! Ditakdirkan Tuhan, selang seminggu Mak Cik itu meninggal dunia.

Ziarah kedua ialah Mak Ngah aku sendiri yang terlantar di Hospital Besar Ipoh. Sebaik sahaja aku dapat berita Mak Ngah dimasukkan ke hospital, aku terus ajak ibu_suri balik kampung menziarahinya. Entah kenapa aku rasa bimbang kalau-kalau tidak 'sempat'.

Mak Ngah aku pulak mengidam hendak makan epal.

"Mak tu mana boleh makan benda manis ni. Doktor tak kasi." Terang Tin, anak lelakinya yang paling bongsu.

"Bukan aku minta banyak. Sepotong aje ha..."

"Sepotong ke sebiji ke tak boleh mak. Gula tetap gula."

Kalian tahu apa yang berlaku? Sebaik sahaja aku selesai ziarah, balik semula ke Pulau Pinang. Tapi belum sempat masuk ke dalam rumah aku mendapat panggilan Mak Ngah sudah pergi menghadap Tuhan. Bergegas pula aku dan ibu_suri balik semula ke Ipoh walaupun sudah dinihari.

Lantas bila ditakdirkan abah aku pula dimasukkan ke Hospital Tuanku Bainun, Ipoh akibat kegagalan buah pinggnag. Tanpa fikir panjang aku terus balik ke kampung. Sesampai di katil, abah sedang duduk. Muka abah berisi. Tembam!

"Abah macam mana?"

"Isyy... Aku tak de ape. Tak lama lagi boleh balik le. Deme ni ha... aku ndak benor minum teh. Tak dibagi dik deme."

Serta merta kenangan aku kepada semua peristiwa di atas menerpa benak.

"Nurse, Abah saya hendak minum teh tarik. Tak boleh ke saya bagi sikit."

"Sikit boleh. Biarlah, buat lepas gian dia tu.."

Pantas aku menalipon adik aku, Mamat.

"Mamat, kalau kamu datang tengok abah nanti belikan teh tarik kat kedai yang selalu Abah pegi tu. Tapi buat setengah cawan je. Abah ndak sangat minum teh tarik."

"Abah mana boleh minum teh tarik, Yop."

"Takpe. Abah tu dah tua. Bukan masa dia untuk pantang itu ini. Ini arahan Yop. Kamu beli je.."

Dan bila seminggu selepas Abah dibenarkan balik ke rumah, berita bahawa Abah juga pergi menyahut gilirannya mengadap Tuhan, aku tidak menyimpan rasa terkilan!
  • Abah walaupun kekampungan namun aku tetap menghormatinya!

3 ulasan:

khai berkata...

IM,really touching ur entri. coz khai ada kenangan juga mjaga bapa mertua sepeninggalan mak mertua ngn abg g kenduri kawin. masa tu khai nk exam. bapa ode minta masak sup lembu. ke pasar la khai pepagi. presure cooker lak rosak getahnya, maka mrebus amik masa. sambil tu mbaca yg masuk dan ingatnya sikit sgt2. hi3.kul 2ptg, bapa ode tauhu sumbat lak, siap, bapa minta masakkan perut lembu. yg ni khai bilang..abis sok khai nk jwb apa masa peksa..bapa tawa kekeh2. so khai janji sok nk masakkan. sbnrnya ada niat nk kurangkan masak blemak utk bapa yg masa tu dah buta komplikasi kencing manis dan buah pinggang. khai baca modul dpn bapa dan minta bapa terangkan smula apa yg dia paham dan khai dgr. mlm tu, bapa mtua khai kene stroke yg terakhir yg mbawa kepada pmergiannya. masa kemas2 peti ais dan jupa perut lembu kat tmpt freezer, ati ni Allah yg tahu. but khai yakin telah menjaga dan melayannya ngn baik slama kami bersama. Semoga Allah merahmati roh arwah insan2 yg tlh pergi yg kita kasihi. al fatihah utk yg telah tiada.

Hanisham Ab Halim berkata...

Sedih bila baca kisah2 ni.....

sitizarinah berkata...

Salam tuan,

Kisah tuan dalam blog tuan sungguh menarik. Saya tertarik tentang Akhmal. Bagaimana perkembangannya sekarang.

Tuan, berminatkah menghasilkan buku pengalaman menjaga Akhmal? Buku tuan akan dibayar secara royalti. Harap tuan berminat dan bolehlah menghubungi saya di editor.oasisbuku@karangkraf.com.my