BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Mei 22, 2010

Biar Bertongkat Siku

Aku agak terkesan dengan komen dari iBu gUru dalam entri ini. Memang aku amat terbeban dengan apa yang telah dan sedang menimpa diriku. Dugaan dari Allah ini bagiku amat berat untuk kutanggung.

Sebermula dari khabar bahawa anak ke3ku disahkan menghidap Disleksia, salah satu kategori Masalah Pembelajaran ( LD ) pada 2004. Sejak itu aku mula mengesani sikap anakku yang nakal dan mula terlibat dengan kes juvana akibat pengaruh persekitaran. Belum sempat aku dapat menarik nafas lega, ibu_suri pula diserang mild stroke pada 2007 dan depression. Maka aku terpaksa menanggung 2 permasalahan sekaligus..... seorang diri.

  • ibu_suri di hutan Gunung Panjang, Gopeng, Perak

Pun segala kegusaran di dalam hatiku jarang dapat dikesan oleh rakan-rakan. Aku selalu cuba menyoroknya dari terpancar di wajah. Aku selalu ketawa dan berbual seperti biasa dengan kawan-kawan. Aku percaya kepada kata-kata SMILE IS THE BEST MEDICINE.

InsyaAllah, hari ini dan hari-hari seterusnya aku masih dan tetap akan tabah menjaga anak-anakku dan ibu_suri yang aku tahu jauh di dalam hatinya amat mengharapkan aku selalu berada di sisi menemaninya. Sebusuk-busuk daging, kucicah, kumakan jua. Biar bertongkat siku aku tetap bergerak ke hadapan.

Selalu, bila dalam keadaan stabil ibu_suri berkata;

"I kasihan tengok u susah-susah jaga I. Bila I nak sihat macam dulu?"

"I beruntung dapat u. U baik dengan I. Tak pernah jentik I walaupun sekali. I saja yang selalu cubit u."

Ketika sujud dalam sembahyang aku selalu berdoa muga Allah beri aku kesempatan untuk hidup dan menjaga anak serta ibu_suri hingga sempurna disamping memberi kesempatan untukku bertaubat dan menebus segala dosa.

Dan insyaAllah, aku akan cuba untuk tidak mengeluh dan kesah terhadap apa yang terpaksa aku tanggung. Aku akan cuba untuk menyusun semula kehidupanku ini dengan cara dan kemampuanku sendiri. Aku tahu tiada siapa yang dapat membantu dirku melainkan diriku sendiri.

Terima kasih kepada semua rakan bloggers yang selalu memberi komen peransang maupun kritkan yang aku terima sebagai membina. Terimalah aku sebagai aku ini adanya. Aku hanya insan marhaen, ciptaan Allah jua...

4 ulasan:

Maiyah berkata...

Allah memberi dugaan.. setiap kesabaran akan tercatit ketentuan yg membuka ruang kelegaan di masa hadapan.. insyaAllah.. jgn mngalah.. utk sy juga..

ninie's corner berkata...

setiap manusia akan diuji dgn pelbagai ujian mengikut kemampuannya.....itu tandanya Allah sayang kita...semoga kita tidak leka dlm mengejar kesempurnaan hidup di dunia dan juga semoga Allah beri kita kekuataan utk mengharungi setiap dugaan-Nya.....

ibuintan berkata...

salam insan,
selagi kita bergelar manusia dan masih hidup didunia yang fana ini, selagi itu dugaan dan cubaan menguji kita,
setiap sesuatu ada hikmah dan rahmatnya,
hanya kesabaran dan kekuatan yang kita perlukan

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm.
Setiap insan pasti diduga, cuma caranya berbeza. Itulah kehidupan! Insya Allah, mmg ada ganjaran bagi setiap yg kita lalui dgn tabah & jaya!
Anak dylexia masih boleh berjaya dgn cemerlang dlm hidup ini ... contoh nyata ialah Tom Cruise.
Begitu juga dgn mild stroke tu ... isteri mesti digalakan supaya kuatkan diri luar & dlm. Insya Allah akan membaik.
Apapun Allah Maha Penyayang ... kita tidak akan diduga diluar kemampuan diri ... itu janjiNYA. Jadi yakinlah bahawa kita tidak berseorangan dlm menghadapi cabaran hidup. Allah bersama makhluknya yang sentiasa bersyukur, tabah & bersamaNYA.