BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Isnin, Mei 24, 2010

Permata Hijrah

Pantang ada sebarang iklan yang menarik terbaca di akhbar atau terpampang tv. Bingkas ibu_suri mencuit aku.

"Abang, ni... Permata Hijrah ada di TESCO, Sg Petani. Kita pi ya. Mata I ni... dah makin kelabu ni. Dah tak berapa nampak."

Sungai Petani... kira oklah. Dekatnya udah macam ulang-alek ke Bukit Mertajam sahaja.

"Peringkat umur kita ni memang gitu. Dah semakin kabur. Tuhan mula ambil nikmat mata kita tu sikit-sikit."

"Kita pi periksa apa salahnya."

Akhirnya aku tiba di Tesco yang aku sendiri tidak pernah sampai dan putar-putar juga mencari jalan masuk. Kelihatan setiap kerusi sudah ada orang duduk untuk didemokan yang kebanyakannya adalah golongan veteren.


"Mak Cik Ada darah tinggi ke?"

Aku angguk dan beri isyarat tangan tanpa pengetahuan ibu_suri bahawa tahap darah tinggi ibu_suri pernah mencecah 250 bawah 140.

"Kalau gitu makcik guna spray sahajalah ya. Dan nanti saya urut dengan tangan. Pak Cik nak cuba ke? Nah, pakai cermin mata ni ya."

Aku pun memakai cermin mata warna biru tua. Rasa segan juga. Maklumlah, perasan orang ramai tengok aku sebagai model. Dah rasa macam angkasawan je. Hensem ke tak aku ni?

Secara otomatik cermin mata itu bergetar dan mengurut keliling mataku.

"Bagaimana pak cik, rasa segar tak?"

Ya.. Memang rasa kepuasan. segar dan ringan mataku.

"Tapi mata I tak cerah pun. Masih kena pakai spec bila membaca." gerutu ibu_suri. Aku kuit lengan ibu_suri. Nampak kekampungan pula kata-kata itu.

"Bukan la la ni boleh baik. Kena buat rawatan macam ni selalu. Mungkin sebulan, 2 bulan atau setahun baru ok," terangku.

"Ya..betul kata pak cik tu. Itupun ikut tahap penerimaan badan."

"Oooo.. ingatkan mai-mai sini boleh baik dah.."

Aku minta pamplet dan terbaca laman sesawang Permata Hijrah di sini.

Jika hendak beli produk mengikut tahap kerabunan aku ( >100 ) berharga RM119.00

Boleh tahan juga ya....

3 ulasan:

maiyah berkata...

sy pun rasa nak cuba..

Dama-Ulan berkata...

hihihi... produk dia okey.. saya dh beli sewaktu PH wat promosi di Ipoh.. harga RM100.00.. memang okey.. senang nk tdo malam.. satu lagi ubat telinga dia memang bagus..

ibuintan berkata...

ada kawan yang dah guna skarang tak payah pakai spek lagi,
tapi kena beli produk tu la, bukan hanya cuba skali saja,
saya pun nak juga cuba nanti