BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Isnin, Mei 03, 2010

Seribu tahun Lagi!

Tuhan!

Entah kenapa terlalu semak dada kurasakan hari ini. Fikiranku berkecamuk dengan pelbagai persoalan yang tidak terungkai. Yang kekadang persoalan yang tidak sepatutnya menjadi soalan. Sampaikan bilakah resahku ini menghantui. Aku tidak nampak jalan penghujung. Semuanya samar dilitupi kabus.

Tuhan!

Apakah begini suratan akhirnya hidupku. Meniti hujung usia dengan keserabutan. Tiada ketenangan. Tiada kelapangan.
Aku terasa amat sendirian walaupun di tengah manusia ramai. Aku terasa kemurungan walaupun di tengah hilai tawa rakan taulan.

Kekadang aku cemburu bila melihat mereka gembira dengan keluarga. Ketawa dengan rakan. Penuh dengan aktiviti harian sedangkan aku dengan dunia yang sempit ini. Yang pakum ini. Yang pegun ini.

Tuhan!

Maafkan aku. Berikanlah kesempatan untuk aku hidup dan merasai nikmat kehidupan. Aku kepingin untuk berjalan di jalanmu yang lurus, yang penuh keberkatan, penuh ketenangan dan penuh kelapangan.

Tuhan!

Izinkan aku merasai damai. Merasai udara yang segar.

Izinkan aku untuk hidup seribu tahun lagi!

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga segala kekusutan itu akan segera berlalu..

hentian berkata...

Thanks KCS, antara insan yang selalu beri IM nasihat dan dorongan.

Unknown berkata...

IM..berat mana bebanan kita berat lagi pikulan oleh..Tuan Guru..Namun lihatlah wajahnya.. kita menompang barokah tuan2 guru dan alim ulamak..
Semoga mendung kan berarak lalu..mentari bersinar kembali bersama hidayahNya..rahmatNya..
Bersabarlah..
p/s-ingatlah ketika pancutan air "water canon-ganti melon" menyambut kedatangan IM ke SOGO suatu masa dulu..tentu akan memberikan senyuman sendirian..setidak2nya pun buat seketika cuma..

Dama-Ulan berkata...

Assalamualaikum..

Bersabarlah... sabar itu separuh drpd iman..

Berserahlah... sesungguhnya penyerahan itu merupakan jln kembali..

Bertakwalah... sesungguhnya takwa itu memberi kekuatan diri..

Mungkin senang utk saya katakan kerana sy tidak melalui keperitan seperti mana saudara lalui.. Tapi percayalah setiap manusia akan menumpuh saat keperitan didunia ini.. Hanya musibah dan permasalahan itu yg berbeza.. Dunia satu penipuan.. kembalinya kita tanpa boleh membawa apa2...


Wallahualam...

murid Hang Tuah berkata...

Ujian Allah kpd hambanya pasti datang selagi orang itu bergelar mukmin.Umumnya kpd manusia.

kadang-kadang kita lupa bila kita sendiri yg meminta perkara itu berlaku kpd kita.

Lupakah kita dgn ungkapan "Allah menyangka seperti apa yg kita sangka".Dengan maksud kita pernah berjuang dalm sebuah wadah yg memperjuangkan islam tetapi ketika itu diatas kelemahan kita memberi alasan sibuk la,isteri sakit la,saya byk kerja dan sebagainya.Maka keitka itu Allah menyangka seperti apa yg kita sangka..maka terjadilah dgn kehendak Allah.

Justeru,bertaubat lah saudara..byk meminta ampun kpd Allah.Dan tak perlu saya ajar saudara mcamana nk bertaubat dan apakah rukun-rukunnya...selamat bertaubat..kembalilah pada perjuangan menegakkan islam..

zai berkata...

Salam IM...

Semoga tabahkan hatimu selalu..biarlah dunia ini menjadi neraka utk org2 mukmin asalkan diakhirat kelak ..bahagia adalah milik kita selama2nya...!!