BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, Mei 05, 2010

Drastik

Aku baru selesai solat Istikharah. Memohon petunjuk dari Allah apa yang perlu aku buat untuk menyelesaikan kemelut yang aku depani ini.

Esok aku akan menemui doktor pakar psikiatrik yang merawat ibu_suri sebelum ini di Hospital Besar Pulau Pinang. Aku pergi sendirian tanpa ibu_suri supaya mudah perbincangan. Aku ingin meminta pandangannya sebagai seorang pakar yang pastinya telah merawat pelbagai kes serupa ini selama karier kedoktorannya. Jika sekiranyalah aku terpaksa mengambil satu tindakan yang drastik mungkin aku akan lakukan walaupun mungkin akan berhadapan dngan pelbagai risiko terutama dari keluarga.

Aku harap kalian doakan yang terbaik buat diriku dan keluarga.

Sedari tadi aku mula terasa sakit dada. Aku harap aku tidak mengidap apa-apa.

Aku tidak mampu menulis panjang kerana fikiran aku agak kacau. Mungkin benar komen dari Anak Murid Hang Tuah; aku banyak berdosa pada Tuhan.

Maaf!

7 ulasan:

MaMa MoDeN berkata...

salam IM..
semoga IM terus tabah merawat ibu_suri..entah knapa menitik airmata mama melihat kesungguhan & kesetiaan IM pada ibu_suri... betul2 menyentuh hati...
Bahagianya hidup ibu_suri bersuamikan IM...

khai berkata...

IM, tidak beriman seseorang itu selagi ia belum diuji. kadangkala ujian sebagai kifarah, kadangkala ujian adalah utk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita, untuk memahami tentang qadak dan qadar serta takdirNya. Allah tidak akan meletak sabar segedebuk dlm ati kita, sebaliknya Dia beri bersamanya adalah ujian. Sy doakan IM tabah dan sabar, banyakkan istigfar dan mbaca Quran. Dia dekat dihati kita bila kita dekat dgnNya.

kak ja berkata...

Terasa mcm boleh mengagak kenapa sdr beristikharah.. U're on the right track, insyaAllah.. Tatkala kebuntuan, pd siapalah lagi patut kita mengadu dan merujuk, kan?

Stay strong.. Yakinlah yg Allah swt has somethg really good in store for u..

BTW, blog saya telah diprivatekan atas sebab2 tertentu.. Andaikata masih sudi nak jenguk skali skala, sila bg ur email add utk saya invite..

Kakcik Seroja berkata...

Semoga dugaan2 ini meningkatkan lagi tahap keimanan dan kesabaranmu. Insya Allah.

hentian berkata...

Tkasih atas perangsang. Kekadang aku merasakan bahawa teman bloggers lebih memahami masaalahku dari mereka di luar lantaran aku hanya selalu bercerita di sini. Di luar aku masih selalu ketawa.

al-lavendari berkata...

Baik buruk itu datangnya dari Allah. Jangan sekali2 kita bersangka yang bukan-bukan terhdapNya. Kita tidak tahu perancangan Allah. Dan Dialah
sebaik-baik perancang.

Maiyah berkata...

sememangnya IM sorang yg sabar.. insyaAllah akan ada jln selesainya