Banyak yang telah aku pelajari selama hidup, sebenarnya. Belajar erti kesabaran. Erti kecekalan. Erti menjaga maruah. Erti menjaga hati kawan. Dan erti menghargai pemberian. Aku akui aku tidaklah pandai dalam ilmu dunia sepertimana orang lain. Jauh sekali dalam ilmu akhirat seperti orang lain juga. Aku hanyalah aku. Seorang yang tidak punya apa-apa dan tidak pandai dalam apa-apa.
Entah kenapa hari demi hari aku merasakan diri aku semakin perlu diperbaiki. Banyak yang kosong di dalam diriku. Kosong amal, kosong cita-cita dan kosong sokongan. Gimanapun aku tetap bersyukur pada Tuhan kerana masih memberi aku peluang bernafas dan meneruskan perjalanan walaupun dalam susahpayah.
Aku masih meletakkan harapan agar aku akan terus bersikap kalau pun tidak lebih baik, paling minima mempunyai sikap seperti hari ini. Punyai sikap merendah diri, menghargai perasaan orang lain dan sentiasa senyum walaupun ada airmata di dalam hati.
Sesekali aku juga hairan entah kenapa akhir-akhir ini aku lebih gemar sendirian di luar rumah. Merenung ke dalam diri dan berangan untuk masa hadapan. Aku menaruh cita-cita yang besar. Cita-cita untuk kembali semula menjadi aku yang aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti dahulu tanpa ada hambatan hidup yang menghalang.
Aku rindu pada puisi. Aku rindu pada sejadah. Aku rindu pada rama-rama. Aku rindu pada puncak gunung dan aku rindu pada air sungai.
Aku sudah jemu menonton hutan batu. Aku sudah jemu menjalar di jalanraya yang sibuk saban waktu.
Namun aku tahu. Suratanku jika begini maka beginilah yang mesti aku tempuhi. Tidak perlu kesal. Tidak perlu futur.
Namun aku tahu. Suratanku jika begini maka beginilah yang mesti aku tempuhi. Tidak perlu kesal. Tidak perlu futur.
Aku beruntung kerana mempunyai anak-anak yang dapat membantu. Punya adik-adik yang amat memahami. Punya rakan-rakan yang sedia membantu.
Juga paling beruntung kerana masih mempunyai emak yang sentiasa mendoakan aku dan selalu berkata kepadaku;
" Emak dah ampunkan semua dosa-dosa kamu. Tak ada satu pun yang mak simpan dalam hati mak. Jagalah diri kamu baik-baik, ya! " Begitu murni hati seorang mak.
Tidak hairanlah jika entah kenapa aku tiba-tiba tersentak pabila semalam aku mendapat panggilan talipon dari adik;
" Yop, mak sebenarnya dah sebulan lepas doktor sahkan kedua-dua buah pinggang mak rosak. Mak sekarang ni cuma bertahan dengan memakan ubat. Mak tak bagi Uyah cerita kat sapa-sapa pun. Tapi Uyah tak sanggup. Uyah rasa paling tidak Yop sebagai abang paling tua kena tahu. "
Subhanallah!
( foto IM semasa mendaki Gunung Tahan sekitar 1985 ini adalah ihsan dari koleksi blogger Jendela Hatiku )
Subhanallah!
( foto IM semasa mendaki Gunung Tahan sekitar 1985 ini adalah ihsan dari koleksi blogger Jendela Hatiku )
6 ulasan:
salam tuan....,
doa adalah senjata mukmin yang hebat dan penuh rahasia...,
setiap penyakit ada ubatnya... iaitu jangan berputus asa... doa yang baik adalah doa nabi ayub as
Yop, paragraf terakhir tu paling signifikan. Anda akan memulakan satu episod lain dalam hidup. Episod yang hanya sedikit orang berjaya menempuhnya. Episod itu ialah menjaga ibu yang sakit. Saya mengalami saat itu dengan seribu ketabahan kerana ibu saya sakit sehingga pikun(nyanyok). Dugaan besar Yop. Adik beradik lari dan lepas tangan. Semoga anda tabah jika perkara itu berlaku kerana pahalanya bukan kepalang...
harap mak byk berehat
Kesian mak yop.. bersabarlah dan banyakkan berdoa...
Masih ingat lagi senyuman manis Makcik Wi...
Hargai ibu....diatas segalanya, beruntung mereka yang masih hidup berpayungkan doa ibu........
Catat Ulasan