Sambil beriringan keluar dari surau lokasi kerja, aku sempat mengadu kepada R ( blogger Jendela Hatiku ).
"2-3 hari ni aku rasa letih dan tak bersemangat. Tak tau kenapa. Mungkin letih mengemas rumah hingga larut malam. Majlis pertunangan Angah makin dekat."
"Aku amalkan minum kopi Radix dan madu. Kau cubalah." R memberi saranan.
"Aku amalkan minum kopi Radix dan madu. Kau cubalah." R memberi saranan.
Bukan takada kopi Radix di rumah. Maupun madu. Tapi Angahlah yang rajin meminumnya. Aku tak berapa suka kerana manisnya tak serasi dengan citarasaku. Madu pula hanya tersepok di dalam peti ais. Jangan-jangan dah melebihi tarikh lupus.
"Atau kau cuba makan vitamin B Complex. Boleh minta kat klinik kita."
"Atau kau cuba makan vitamin B Complex. Boleh minta kat klinik kita."
"Aku dah try makan B Complex tu. Nurse klinik kita bagi masa aku mengadu sering kebas-kebas tangan dan seram sejuk tak menentu. Tapi akhirnya aku berhenti makan sebab aku rasa kesan sampingannya membuatkan selera makan aku bertambah."
"Umur macam kita ni perlu jaga badan. Makan supplement adalah salah satu dari cara mendapat tenaga tambahan."
"Umur macam kita ni perlu jaga badan. Makan supplement adalah salah satu dari cara mendapat tenaga tambahan."
"Ya lah!" Sambil teringat pula sebotol kapsul Minyak Habbatus Sauda jenama Halagel yang masih tak berusik di atas meja. Ianya dihadiahkan oleh rakanku Abdul Wahab semasa ziarah dan bincang-bincang mengenai pelaburanku dalam Public Mutual beberapa minggu lepas.
Rasanya yang penting bukan semata apa jenis nutrisi yang kita makan tetapi setakatmana kita konsisten dengan pemakanan itu. Selalunya nutrisi seperti ini mengambil masa yang lama untuk menampakkan hasil. Seperti juga opah dan atuk kita yang sedari muda mengamalkan makan ulam atau patuh pada petua-petua.

Dalam perjalanan balik ke rumah, aku singgah di Pasaraya Jimat , pekan Penanti untuk membeli cat dan berus seperti yang dipesan oleh Angah. Kononnya dia nak bantu aku mengecat pintu pagar rumah. Kononya lah! Takut-takut nanti aku juga akhirnya yang menyudahkan kerja tu nanti.
Sambil belek-belek berus cat aku senyum sendiri.
Sambil belek-belek berus cat aku senyum sendiri.
7 ulasan:
kalo letih bwk berehat .. jaga kesihatan nanti ssh plak kalo sakit :)
ada brus halal?
Taktik berniaga la tu. Kalau ada berus halal, mesti ada berus haram. Aku tanya kat Angah, berus haram tu macam mana? Dia jawap....
Sekarang ni label HALAL pun masih boleh diragui kehalalannya... :(
Takleh pakai.'
Tu bukan cop Jabatan Agama Islam
:-)
Salam. mmg kna hati2 utk membli berus ini. Pengalaman ibu guru, pembelian utk sek. Pernah bbrapa kali dipulangkan kpd pmbekal & pembekal yg berbangsa c itu pun mengaku dbuat dr..................
Daripada tak ambil langsung makanan atau buah-buahan asli lebih baik kita ikhtiar ambil yang telah diproses seperti dalam pil atau kapsul.
Benda dah ada dan di depan mata, manfaatkanlah. Esok jika rasi boleh amal terus.
Catat Ulasan