Seperti biasa, 2 minggu sekali aku ziarah Akhmal di STB, Taiping. Kudis-kudis di tangannya semakin merebak. Ini adalah serangan kedua. Serangan pertama berlaku semasa dia baru dihantar ke sini kira-kira 6 bulan lalu. Aku nasihatkan dia supaya jangan sekali-sekali meminjam pakaian orang lain. Selalu jemur bantal dan tilam.
Ibu_suri buat perangai pula. Tak mahu duduk di kerusi sebaliknya di atas meja. Dia makan dan minum begitu. Memberontak kerana aku tidak mahu usaha lebih sedikit agar Akhmal dapat pulang tatkala majlis pertunangan Angah nanti. Demi hal itu, aku diam.
"Ibu sakit kaki, u tau." terangnya pada Akhmal.
"Ibu sakit kaki, u tau." terangnya pada Akhmal.
Aku beritahu Akhmal bahawa aku dah buat permohonan supaya dia dapat dibawa balik untuk 2 hari dengan risiko yang aku tanggung sendiri sempena majlis pertunangan Angah nanti. Sebenarnya aku telah diberitahu bahawa pihak STB memberi kebenaran namun aku simpan rahsia itu sendiriku. Tidak beritahu sesiapa hatta ibu_suri kerana aku belum mendapat kebenaran hitam putih. Tak berani aku. Mana tahu, tetiba saja pihak STB membatalkan kebenaran itu. Parah aku nanti nak beritahu ibu_suri yang tentunya akan naik angin seluruh badan. Hummm...
Sejak akhir-akhir ini kalau balik dari ziarah Akhmal, ibu_suri akan suruh aku memandu ikut jalan lama. Aku tak mau bantah banyak-banyak. Ikut sahaja dengan lapang dada. Buat apa nak tension kan? Aku ini pemandu kereta. Di tangan aku terletak keselamatan kami bersama. Dan untuk itu aku perlu sentiasa tenang dan tenteram serta segar.
Singgah menyinggah ini udah jadi kebiasaan ibu_suri. Di Lebuhraya, ibu_suri tak dapat berbuat begini. Lebuhraya, kan stereotype sahaja pemandangannya. Bagi dia boring la begitu. Tidak ada variasi bila pandangan mata dilemparkan keluar kereta...
Acapkali aku lalu di pekan Kamunting ini pasti akan melintasi gerai menjual air Jambu Batu + Asam Boi. Tiap kali aku ingin berhenti membeli, ibu_suri akan berkata;
"I tak mahu. Tak sedap. Pi terus.. Pi terus.."
Namun kali ini;
"I tak mahu. Tak sedap. Pi terus.. Pi terus.."
Namun kali ini;
"U tak mahu tak apa. Abang yang nak minum." Lalu aku memberi isyarat memberhenti kereta.
Segelas 2 ringgit. Orait juga rasanya. Daripada meminum air sirap yang banyak pewarna, baiklah minum air jambu batu ini. Ada juga khasiatnya...
Bilamana masuk waktu Asar, aku singgah di Masjid Al Athar. Selalunya aku akan mencari masjid yang berlainan dari sebelum ini supaya aku dapat menikmati keindahan senibina dan susun atur serta 5S pelbagai masjid.
Masjid Al Athar ini terletak di Jalan Gula, utara Taiping. Biasa singgah di masjid ini lama dulu. Semasa lebuhraya PLUS belum dibina. Seronok solat di masjid ini. Tenang dan tenteram.
Akhirnya aku tiba di rumah menjelang waktu Maghrib. Letihnya, Tuhan sahaja yang tahu.
Malam itu aku tidur awal walaupun ibu-suri merengek-rengek ajak keluar lagi. Angah cuma menggelengkan kepala. agaknya...
Malam itu aku tidur awal walaupun ibu-suri merengek-rengek ajak keluar lagi. Angah cuma menggelengkan kepala. agaknya...
8 ulasan:
saya suka sangat makan jambu batu yang dah di potong2 dgn asam boi - yg harganya RM1 satu plastik tu !
kat Taiping, tak try kueh tiaw doli ?
Bukan semua orang dianugerahkan kesabaran seperti dirimu, IM...
Warna hijau dalam air jambu tu bukan pewarna ka? :-)
IM ni memang kesabarannya setinggi langit.
Saya pun suka jambu cicah asam boi ...dan saya doakan majlis pertunangan angah bakal berlangsung dengan lancar,InsyaALLAH
Yang Maha Mengetahui mengurniakan kesabaran & ketabahan yg tinggi kpd saudara untuk menghadapi dugaannya. saudara adalah insan yang terpilih........ bersyukurlah
kat ipoh air jambu leleh rm 1.50 ajo...... tapi tawar bikang...
sabar membawa ketenangan dan segalanya pasti akan berjalan lancar :)
salam buat tuan umah,
waa..tu masjid tinggi nama temat masjid tu...
Catat Ulasan