BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Disember 19, 2009

Lepaskan hand brake!

Lepas solat Jumaat semalam aku sempat menyertai demo di Masjid Kubang Semang anjuran Angkatan Muda Keadilan ( AMK ). Aku pun tidak mengetahui sebelum ini akan adanya demo. Bila keluar dari masjid diedarkan risalah barulah aku tahu.

Samada tidak ramai orang atau ramai tetapi berlindung di dalam masjid atau mana-mana teduhan lantaran hujan renyai-renyai, aku tidak pasti. Tetapi yang ada berdekatan tidak sampai 100 orang.

Demo ini bertujuan untuk mendesak supaya kes liwat Anwar Ibrahim dibicarakan di mahkamah syariah bukan sebaliknya di mahkamah sivil. Menurut AMK, mereka dapat menghidu bahawa perbicaraan di mahkamah sivil mempunyai niat jahat.

Seperti biasa, polis mula berada di pinggir jalan.

" Tau je depa ni bila PR buat perhimpunan. Macam juga bila ada accident geng-geng tarik kereta accident entah dari mana datangnya. Cepat sampai dan rajin pula jaga laluan kenderaan. "

Tidak lama. Sekitar 10 minit, setelah kenyataan demo dibacakan dan sedikit ucapan dari YB Mansor Othman, ADUN Penanti merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, perhimpunan bersurai sambil diringii laungan takbir dan reformasi.

Sambil aku keluar dari perkarangan masjid aku lihat YB diwawancara oleh pemberita.

Sebenarnya sudah lama aku tidak dapat rasai suasana ini. Sudah lama juga aku tidak berpeluang mendengar ceramah-ceramah politik untuk mendengar berita terkini di negeriku sendiri.

Aku teringat peri dari rakanku R yang berkali-kali bahawa untuk meneruskan hidup kita ini dengan sempurna kita mesti melepaskan hambatan yang ada di depan kita. Hambatan yang menyebabkan kita sukar melangkah, sukar berfikir.

Umpama sebuah kereta, hambatannya untuk bergerak kehadapan ialah hand brake. Maka hand brake itu perlu dilepaskan barulah perjalanan dapat dilakukan dengan lancar.

Tetapi bagaimana dengan hand brake yang ada padaku? Ini bukan sebarang hand brake.

Ataupun hand brake yang sebenarnya adalah sikapku, pendirianku atau diriku sendiri.

Aku harap Maal Hijrah 1431 ini akan dapat memberi sedikit ruang kepadaku untuk bernafas dengan bekalan oksijen yang baru...

( foto ihsan dari al-ahkam.net )

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam. Bro, babah sudah lama tinggalkan aktiviti demo. Selepas Anwar bebas dan dihantar ke Jerman, babah ambil keputusan berhenti. Demo Bahasa hanya menempel di atas bukit depan Istana. Pengalaman paling indah ialah ditangkap semasa demo Anti Perang US-Iraq di Kedutaan US. Babah antara 10 orang yang diberkas dan disebut dalam akhbar. Ditahan reman tak lama. Hanya 8-10 jam. Sekarang sudah tua. Beri peluang pula pada anak-anak muda meneruskan perjuangan...

hentian berkata...

Wa... Babah lagi berpengalaman. IM setakat kena gas sahaja di Demo PPMSI...

Maiyah berkata...

sy nak berdemo utk krusi roda hehe :D

hj atan berkata...

teringat kena gas pemedih mata semasa demo mansuhkan ISA kat KL tmpoh hari..

sapa kena gas baru dia tau..