BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, Disember 26, 2009

Seek For Understand

Selesai sudah proses peminangan untuk Angah. Gadis kecil molek itu tinggal tidak jauh dari bulatan Bukit Tengah bersebelahan kilang Allagapa's. Hampir 50 orang kami datang membawa 13 dulang hantaran termasuk sebentuk cincin tanda. Hampir tidak kenal aku pada bakal menantu dek solekannya yang ....

" Abang Sham, saya rasa janggal sikit. Rupanya, lain perasaan orang yang bakal terima menantu pertama kali ni ya!"

Abang Sham yang aku amanahkan untuk menjadi orang tengah peminangan ini cuma tergelak.

Diletakkan hantaran sebanyak RM6552 selepas proses tawar menawar dibuat sekadar mencukupkan kehendak adat meminang

" RM552 itu mas kahwin, ya! " Aku sengaja menekankan untuk kepastian. Teringat aku di Selangor yang heboh pasal mas kahwin yang diumumkan oleh JAIS naik dari RM80 ke RM300. Di Penang, kadar ini adalah biasa.

" Kalau dah puas hati hati semuanya, bagaimana kalau saya minta IM bacakan sedikit doa. " sambil wakil dari pihak perempuan menuding ibu jarinya ke arah aku. Ai...nak test aku ke ni

Aku memang dah bersedia untuk itu setelah diperingatkan oleh biras aku Abang Mail sebelum ini. Perlu ada sesaorang yang boleh bacakan doa jika diminta oleh pihak perempuan.

Lalu aku pun.... Al Fatihah... tapi sayang, doakan yang memang sudah aku rangka dalam kepalaku sebelum ini hilang entah kemana. Mujur aku memang selalu diminta membacakan doa di majlis-majlis kecil maka pengalam itu membiasakan aku dan tidak menggugupkan.

Seusai jamuan dan sembang-sembang, aku minta izin untuk undur diri kepada tuan rumah. Sesampai di rumah, riuhlah keluarga sebelah ibu_suri mengagih-agihkan hantaran balas yang diberi hampir 20 talam.
" Harta rampasan perang " usik adikku Niza. Mak aku yang terpaksa duduk di kerusi roda tidak putus-putus memberikan peransang kepada aku. Aku cuma tekun mendengar.

" Mak, hari ini saya belajar satu perkara. Seek for understand... " meminjam kata-kata dari presiden Ke 2 Jamaah Islah Malaysia ( JIM ).

Di kala malam baru terasa badan teramat letih. Bayangkan, aku terpaksa melayani kerenah saudara mara yang berbagai. Terlewat datang ke rumah pengantin perempuan semata kerana menunggu kakak iparku dari Bertam. Kemudian terpaksa menjadi Marshal kepada gerombolan 6 kereta. Nasib tidak baik, sepanjang jalan dari Permatang Pauh, lampu trafik serba erah. Kereta terlalu banyak hingga menyebabkan kenderaan bergerak perlahan.

Sebagai tanda penghargaan kepada semua yang telah menolong aku tak kira dari sekecil-kecil sumbangan, aku hantar sms terima kasih.

Aku ketepikan semua perkara-perkara remeh yang berlaku seperti datang lambat, air tumpah, anak menakan yang kecil memunggah koleksi kesayangan ibu_suri, sesaorang yang aku sangkakan datang untuk mahu meraikan rupanya mempunyai niat lain untuk meminjam wang; aku cuba lupakan. Sebaliknya aku hargai kedatangan mereka, aku hargai kerjasama mereka dan aku hargai teguran dan pandangan mereka. Aku sms untuk ucap jazakallah khairan kathiro.

Muga mereka tidak akan jemu untuk datang membantu aku di majlis walimah Angah nanti malah majlis walimah Along dan Akhmal yang entah bila.

Sayang, aku tidak dapat sertakan foto-foto mereka di sini kerana menggunakan kamera adikku Mamat yang masih menyimpannya. Dia berjanji untuk muatnaikkan foto-foto ini ke dalam album Photopagesnya bila balik ke Ipoh esok.

6 ulasan:

Maiyah berkata...

slmt brtunang pd angah

Bearcat berkata...

Nampak IM macam muda lagi, rupanya dah nak nak terima menantu.
Tahniah! Orang dekat, jadi senanglah nak balik kampung sana dan sini.

Kakcik Seroja berkata...

Bila dah ramai...
ragamnya bermacam... sabar jelah :)

al-lavendari berkata...

ini bakal menantu pertama ke ? apa-apa pun tahniah akan dapat menantu dan insyaallah akan jadi datuk pulak.

Syahazli berkata...

tahniah buat Angah juga buat IM sekeluarga.......tak lama dah tu nak dapat title Datuk.

Unknown berkata...

tahniah angah dah bertunang rupanya

eik, dapat orang sana? wah..kalau lalu alagapas..sure terbau keharuman serbuk kari..

melekat kat tudung ayu time pusing situ..heheh