Semasa aku menguruskan rawatan susulan ibu_suri di Unit Psikiatri, Hospital Besar Pulau Pinang, Selasa lalu, aku sempat ambil foto-foto di bawah. Muga berguna untuk tatapan kalian yang ingin sihat dan dilihat sihat.
Kalau ada mendengar sahabat atau saudara mara sakit, segeralah ziarah. Tapi ingatlah adab berziarah:
Elakkan:
1. ziarah terlalu lama
2 datang dengan kumpulan yang ramai. Cukup 2-3 orang.
3. terlalu banyak ketawa atau berjenaka
4. bercerita kisah yang sedih
5. terlalu banyak mencecer konon menasihati
Banyakkan:
6. berdoa kebahagiaan dan kesembuhannya
7. bertanya keperluannya. bantulah dengan ikhlas dan segera jika dia memerlukan.
8. beri harapan bahawa dia akan sembuh
9. ingatkan dia ( dengan berhemah ) jangan tinggal solat dan doa.
Muga hidup bermasyarakat kita lebih sentosa dengan perbanyakkan ziarah kerana Allah!
11 ulasan:
Memang selalu terjadi orang yang menziarahi orang sakit terlupa tentang adab...
takut nak chek BP dan gula dlm darah hehe...
Salam,
Saya ziarah ibu_suri di sini dengan iringan doa...semoga tabah serta cepat sembuh...Allah mengasihimu.
Aslmkm.
Memang sukar bagi kebanyakan orang utk melakukan apa yg IM paparkan di sini. Malah ramai melakukan sebaliknya.
Memang sukar pula utk nasihatkan orang.
Tetapi apa yang pasti, kita tentu boleh mengendalikan diri jika kita benar ikhlas & takut kepada Illahi.
saya memang suka menziarah orang sakit terutama di hospital, sebab tahu sipesakit memang mengharapkan kunjungan kita...
tak perlu bawa buah tangan hanya bawa doa dan harapan semoga sipesakit sembuh dan sihat semula..
bab check ni ada juga takutnya, takut mendengar ada yg tak kena, yg pasti kolestrol yang tinggi dah ok semula.
tulisan IM itu berdasarkan pengalaman IM di hospital malah di rumah tatkala menerima ziarah kawan ibu_suri.
muga bermanafaat
salam. beringat sebelum terkena. mencegah adalah lebih baik...
IM..menziarahi orang orang sakit di hospital..memang selalu akak lakukan..kerana diri sendiri pun pernah dok hospital dan tau bagaimana.
memang betul, beringat lebih baik dari dah terkena. masalah kita ni, dah terantuk baru terngadah.
ziarah orang sakit bukan sahaja untuk meringankan beban pesakit malah peingatan untuk kita juga.
dah lama tak check kolestrol... :)
Jadinya, sebelum pi check bacalah doa apa yang patut. he...he...
Catat Ulasan