BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Khamis, Ogos 05, 2010

Tiba-tiba Sunyi

Bergegas aku balik 1/2 jam awal dari waktu habis kerja. Risau aku bila mendengar suara ibu_suri merengek minta tolong di talipon.

"I terk****ng kat katil!"

Huh, sudah beberapa kali begini. Kekadang di atas karpet. Kekadang selangkah lagi nak masuk ke bilik air.

Terpaksa singgah di Petronas untuk isi tangki minyak yang semakin mengiri dan membeli nasi tomato (harap-harap ibu_suri berselera makan nanti) di gerai sebelah Masjid Kubang Semang membuatkan aku terpaksa membujuk hati ini supaya sabar untuk sampai ke rumah.

Sesampai di rumah, aku mandikan ibu_suri, lapkan badannya dan mencari pakaian baru. Selesai mengemas katil dan menterbalikkan tilam yang sudah kering dari kebasahan ( sedikit sahaja ), aku mengajak ibu_suri makan.

Harapan aku meleset bila ibu_suri cuma makan beberapa sudu. Dan dengan pujukan, aku menyuap beberapa cubit daging ayam goreng.

"Abang, kenapa I jadi macam ni? Apa salah I?"

Satu dari beberapa banyak soalan yang diulang-ulang, hingga aku sendiri tiada modal untuk menjawap. Lalu aku cuma diam. Pegun.

Memang aku faham betapa sukar ibu_suri menerima hakikat bahawa tiba-tiba sahaja dunia aktifnya direntap oleh penyakit yang dihidapinya kini. Dunia warna-warni dan hiruk pikuk tiba-tiba menjadi kelam dan sunyi sepi. Penuh murung dan kerisauan.

"Sabarlah. Dalam dunia tidak ada yang lebih hebat dari orang-orang yang sabar dan redha dengan ketentuan Tuhan." pujukku. Aku peluk ibu_suri yang mendepang tangan minta didakap. Aku elus belakang ibu_suri. Aku tahu dia perlukan kekuatan semangat dalaman.

Aku teringat anak-anakku yang di KL, Taiping dan di Bukit Tengah. Aku teringat Tadika Amal Rintis, Muhajjir, Silat Gayong, KRJ, PATT dan kelas Mingguan Dr Danial di Batu Uban.

Sabar dan redha sahaja adanya!

Foto kami berdua_serta rakan-rakan JIM di program lawatan Hospital Besar Pulau Pinang tahun 80an.

14 ulasan:

Unknown berkata...

Bersabarlah...
ada hikmat yg menanti..
yakinlah padaNya..

Murni Alfathunnisa berkata...

IM..bersabar dan kuatlah menempuh hari2 penuh dgn ujian...ada hikmah di sebalik nya.

hentian berkata...

muga Allah beri kekuatan pada IM

Kakcik Seroja berkata...

Moga Dia melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya buat IM sekeluarga. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Maaf jika keterlaluan.. pernah terfikir untuk mendapatkan khidmat seorang pembantu rumah? Pada firasat saya En IM sudah mula mengacuhkan kesihatan.. take care of urself, too, ok?

en_me berkata...

terharunyerr..

FaAtip berkata...

dalam keadaan dia sentiasa murung dan risau, mesti ada sesuatu yg boleh menghiburkan, mungkin kita boleh sama2 fikirkan..mmmm...

ahmad humairi berkata...

salam,

dalam elus terjelma ilusi,
fantasi yang nyata...kita tidak sempurna.

Dama-Ulan berkata...

sabar dengan dugaan ini. walau bagaimana pun saya "tabik spring" laa..

CITY® berkata...

salam saudara,
hmmmmmmmmmmmmm terharunya saya baca n3 ni..
berat mata memdandang berat lagi bahu yg pikul kan?
saya yg jaga mak yg sakit pun kdg2 tahu penat lelah kejar hantar dia, layan dia nak itu ini, makan pakai, sekejab jer jaga tuh ketika saya balik kampong, ini kan saudara yg mmg rutin harian.
kena kuat, sabar, punya kewangan yg stabil dan mental yg kuat juga. semoa dipermudahkan segala urusan.
anak2 selalu balik jengok maka ayah dia kan?
insyaAllah...

Mila@Rimbun berkata...

terharu dengan cerita IM kat sini... sesungguhnya berat mata memandang or membaca tulisan2 IM disini, berat lg bahu IM yg memikulnya.. moga terus tabah..

ibuintan berkata...

semoga suatu hari nanti Allah akan membalas kepayahan dan keresahan IM dengan sejuta nikmat dan kemanisan..
Allah bersama dengan orang yang sabar, jgn abaikan kesihatan sendiri juga..

hentian berkata...

tkasih. IM tak pasti sejauhmana pandangan allah terhadap IM.

Idalara berkata...

kak ida doakan muga segala kepayahan akan datang kebahagiaan akhir nanti..mudah2an IM sentiasa bersabar dengan dugaa yg Allah berikan..muga2 ibu_suri akan cepat sembuh.