Aku tiba di STB lewat sejam kerana ibu_suri tiba-tiba muntah di katil selepas sahaja selesai sahur. Jenuh bersihkan katil dan tenangkan dia yang sedikit ngelabah.
Tapi agaknya inilah hikmah, fikirku bila majlis masih belum bermula walaupun dijadualkan jam 9 pagi. STB masih menunggu waris pelatih yang datang. Paling jauh dikatakan dari Jempul, N9.
"Pak cik datang dari KL. Lepas sahur pukul 5 dah bertolak. Naik kancil aje." terang pak cik yang sempat aku berbual dan bertanyakan tentang anaknya di sini. Ada yang datang naik mercedes mata belalang, ada yang berpakaian jubah putin dan ketayap. Ada yang bercakap dengan bahasa yang aku sendiri tidak pasti. Ada yang berbangsa Cina dan berbangsa India. Tapi biasalah... paling ramai bangsa kita, Melayu!
Program dirasmikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Perak, Chong Phaik Kee dan dihadiri oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat juga merangkap ADUN Selama.
Seperti yang aku jangka, ibu_suri tidak boleh bertahan lama di dalam dewan. Dia mula meratus. Serba tak kena. Akhirnya aku suruh dia berehat di dalam kereta yang kebetulan dibenarkan oleh pihak STB untuk diparkir berdekatan dengan dewan. Semua kemudahan ini aku pinta menggunakan segala kemahiran berdiplomasi aku dengan polis yang menjaga pos pintu masuk STB dan kakitangan STB yang baik dan ramah!
Selain ucapan ada persembahan pentas oleh pelatih yang antaranya khatam Quran, nasyid, ikrar dan pertunjukan slaid. Antara lagu yang menyentuh hatiku ialah lagu latar belakang pertunjukan slaid (yang diperdengar sekarang) yang hampir membuatkan aku menitiskan airmata kerana sedikit sebanyak ianya juga mengingatkan masa lampauku ketika Akhmar masih kecil dan selalu membawanya beraktiviti bersama NGOku. Kalau hendak dengar dan muaturun, sila klik di Doa Perpisahan - Brothers.
Memang berbakat pelatih di sini dan sudah pasti staf yang sabar melatih mereka. Kalau tengokkan muka sesorang, kussss... semangat. Aku pun gerun bercampur seram.
Memang berbakat pelatih di sini dan sudah pasti staf yang sabar melatih mereka. Kalau tengokkan muka sesorang, kussss... semangat. Aku pun gerun bercampur seram.
Tiba saat penyerahan pelatih kepada waris. Pelatih dan waris akan dipanggil nama; akan bertemu berdua di hadapan audien dan akan menerima watikah penyerahan dari Pengerusi ALP. Bila saja namaku yang munggil ini dipanggil aku berjalan 'mengawal macho' ke hadapan. Aku dakap Akhmar dan menepuk-nepuk belakangnya. Kemudian baru bersalaman dengan (lelaki sahaja) deretan ALP, Pengarah JKM dan staf STB.
Kemudian pelatih seramai 32 orang yang akan dibebaskan beratur di pintu keluar dewan dan akan bersalaman dengan semua pelatih dan staf yang akan keluar dari dewan untuk bersurai. Di masa inilah aku perhatikan hampir semua mereka menangis termasuklah pelatih-pelatih yang menggerun dan menyeramkan itu.
Aku dapat rasakan bahawa sebenarnya pelatih-pelatih ini adalah insan seperti kita juga. Yang mesti ada sedikit rasa hati kemanusian, rasa hati keinsafan, rasa kasih sayang di sebalik wajah nakal mereka. Cumanya mereka ini sedikit tersasar dan rata-rata waris mereka mengatakan ini kerana pengaruh kawan. Lantas hatiku berkata sendirian: kalau semua mereka ini tersasar kerana pengaruh kawan, maka kawan itu terpengaruh oleh siapa?
Hakikatnya, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, kan? Kita kecil-kecil dulu pun bukanlah baik-baik sangat!
Hakikatnya, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, kan? Kita kecil-kecil dulu pun bukanlah baik-baik sangat!
Aku teringat pesan blogger Jendela Hati semasa memandu balik semula ke rumah membawa pulang Akhmar. Aku singgah di Masjid Padang Ibu, aku mandikan dia dengan air kolah masjid. Mudah-mudahan berkat lebihan air wudhuk yang jatuh semula ke dalam kolah dari mereka-mereka yang soleh itu akan dapat melembutkan hatinya. Kemudian kami bersolat jamaah Zohor dan bersama kami solat sunat Syukur.
Bila melihat Akmar dapat mengambil wudhuk dengan sempurna, mendengar bacaan solat dan boleh membaca ayat Kursi dengan baik, sejuk hatiku.
Barangkali, inilah hikmahnya terhadap keputusan drastikku tidak mahu menjaminnya semasa di mahkamah lalu membiarkan dia di bawa oleh trak polis ke STB 14 bulan lalu!
( Akhmar berbaju Melayu kuning bersampin pelikat sesekali mengesat airmatanya)
15 ulasan:
Membaca di sini, semuanya seperti berjalan lancar. Tetapi hati manusia, siapa yang tau.. Hr ni rehat...
IM tak pula dapat rehat. Kena pergi pasar. balik kemas rumah sebab tinggal 2 minggu je lagi nak raya. petang kena nak masak sebab jemu dah makan lauk tunjuk-tunjuk nih!
Salam IM..
semoga perubahan positif Akhmal itu akan berpanjangan ke akhirnya. InsyaAllah.
salam ramadhan..moga ceria selalu..
salam IM,
alhamdulillah, itulah hikmahnya, semoga Akhmal kekal dengan perubahan yg diperolehinya di STB, semoga kepulangan Akhmal juga dapat menceriakan ibu-suri
IM..alhamdulillah..semoga Akhmal dapat menemani ibu suri..setelah dia berada dirumah..dan membantu tugas2 IM..
IM tengah fening ni draf plan untuk hari ini dan hari depan akhmar.
muga allah beri kekuatan. doakan untuk IM!
Fa juga ada 3 anak lelaki remaja. Yg sulung 19, 16 dan 15. Pengaruh kawan memang dahsyat. InsyaAllah, teruskan berdoa sesungguh hati. Banyakkan berbincang dgn dia, teruskan beri moral support. Kadang2 kita tengok satu2 perkara tu nampak pahit tapi kita tak tahu penghujungnya mungkin manis..... :)
InsyaAllah.. dia akan berubah.. krn dia dpt sokongan dr keluarganya.. itu yg pnting
muga-muga allah berkati doa kita semua...
salam..entri ini mengetuk pintu hati sy..trime kasih...
salam,
saya ajar murid saya menyanyikan doa perpisahan ini...memang menyentuh perasaan.
memang diharap semua tulisan IM memberi tauladan pada yang membaca.
terima kasih atas sokongan moral.
Aslmkm.
Semoga semuanya akan semakin bertambah baik. Amin.
Kan Ku Utus Salam Ingatan
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu........
Moga jalan2 yang bakal dilalui oleh Akmal akan mendapt petunjuk dan hidayah dari Nya
Catat Ulasan